Tuesday, December 18, 2012

Penang here we GO!

Malam ni saya ke Penang bersama si DIA. Alamakkk.. nervous yang sangat amat.
Mana tak nervous,jumpa bakal parents mertua.
*ececey! belum pape dh perasan

Doakan ku berjaya okey! :)

Wink Wink



Tuesday, December 11, 2012

Us,We,Together Forever
Insyaallah
:) 




Loves,
PN

Monday, December 10, 2012

Lepaking di Old Town HAMPEH!

Wahai Old Town White Coffee Alam Damai, dah nak 15 minit aku dok kat sini, sekor staff pun takda amek order. Saje nak kasi wifi free eh? Aku tak kisah nak kasi duduk free je, takde hal. Perut bukan lapar mana, tgh tgu encik boyfie pun nie, dia pun tak habis kerja lagi  :) 

Sape yang nak guna tenet free tu meh la datang sini, their staff don't bother taking order pun. Nampak pakcik tepi nie pun takde makanan pape kat meja dia, air pun takde. Mmg sedekah jariah kot?


Terima Kaseeeh!


Restorante! Opening Soon.

Mood nak kerja bawah orang dengan peraturan and workload yang x boleh control semua ni dah takde. Serious nak berhambus je. Lantak la gaji 3k ke 2k sekali pun. Dah sangat takda mood. Rasa nak upgrade kan diri sendri jadi bos pulak, hehe! So.. Dengan itu, saya dengan tekadnya nak teruskan cita cita yang tergendala, iaitu nak ada restaurant sendiri. Insyaallah..

So far, semua dalam perancangan.. barang barang pun ada lagi.Kalau takde pape, dlm early 2013 boleh la buat grand opening! Weee...!!

Doakan segalanya berjalan lancar ye.

:)


Sunday, December 9, 2012

If you ask me WHY?

Heeello! Post kali nie hasil dari cakap sorang sorang dalam kereta sepanjang perjalanan KL-SBN petang tadi. Biasa lettew, luahkan perasaan kat kereta eh. Jem pulak tu, membebel jap. Nasib la orang sebelah pikir aku gila. Ngehh..

Ouh, As you know, aku dah ada si jantung hati perawat luka kan now. Yeeeah, based on entry lepas ler, kalau hangpa follow.
Hmmm... Heee semakin hari semakin sayaaang kat yayannggg :)
He was my friend, the only I rely on, the one I talk to, the one yang aku kekadang meroyan merepek cerita tah pape sepanjang broke up dengan A, the one yang sangat menjadi pendengar setia. Tak sangka kan. Kawan yang selama ni aku dok potpetpotpet cerita macam2 hal, jadi HATI aku sekarang :)
Tak sangka juga yang dia selama ni hadir dalam hidup aku, tanpa aku sendiri sedar. Ish, rabun betul aku!

Thanks yayang, for finally have the courage untuk luahkan apa yang awak rasa kat saya selama nie, and thanks sebab jadi cintahati saya, thanks sebab awak hadir dalam hidup saya..  :) I appreciate a lot!
Me love you tooo! (dgn confident si dia yg membaca cakap iloveyou kat akuu!haha) 

If they/you/them/whoever asked me why I choose him...
Because he never failed to make me laugh, make me happier, make me stronger..
Because he appreciate me  - ingat segala perjalanan kitorg masa berkawan dlu, apa yang aku pernah cakap, cerita, buat semua dia ingat! Superb!
Because you superrrr nice and sweeet! :)
Because you know me very well..
Because you stalk me sepanjang 3 tahon! hahaha. stalker!
Because you care... ever since we met!
Because you accept me whoever I am, whatever I am
Because you never asked me to change
and many more.. haha! - letih nak taippp...

He is not a kind of guy yang aku jumpa tepi jalan and macam - eh hai, boleh kenal?
I met him masa aku sambung degree dulu, dia classmate aku. Kitorang first cakap pun masa kat Cambodia kot. Class trip. After that, kitorang macam bestprengg sebab habis semua kisah peribadi, masalah chenta, masalah habis segala aku pi cerita kat dia. He is a good listener! Dok la dengar dengan tabahnya..

Sambil2 3 tahun kawan tu aku putus ngan A and kenal M and putus dgn M segala bagai. Semua dok cerita kat dia kot. Dia pun dengar jelaaa, mana aku nak tau hang minat kat aku. Aku pun cerita dgn tanpa rasa bersalah.. masyuk bercinta pun cerita jugak. haha.

So basically dia mmg dah kenal aku in and out and 3 tahun dia tau habis semua kisah aku.. and lepas dah lama baru la dia ada semangat yang jitu nak habaqkan perasaan dia, cheewah!
So now, kami together2 sikit pun aku x rasa kekok. Aku rasa bahagia gila sebab dia treat aku mcm wow! and aku rasa sgt di appreciate.

So worth the wait, aku nak siapkan perancangan nak kawen! hahaha.

Kepada S: Me love youuu, kehkeh. *tau aje dia akan baca.
Kepada ML: Kau berhambus je.  Somakkan otak den, bazirkan 6 bulan aku jerk.
Kepada AA: Things happen between us, punca dari anda jugak. Scandalous sgt. 
Kepada familia: Will introduce soooon... haha!
Kepada diri sendiri: Doakan jodoh berkekalannn. Amin..



XOXO!
-budget gossip girl?- 






 




Saturday, December 1, 2012

Sister and Brother talk :) haha

Lambatnya masa berlalu nak tunggu 11pm. :) Can't wait to date you,Yayang.
Woo, today got something happen.. Ngee. Untuk pertama kalinya aku heart to heart dgn abang mintak restu hubungan. haha! YeLaa.. abang sulong, banglong. kono la tunggu dia say YES. Once YES, boley proceed for the next step. Insyaallah..

Eventho baru jek couple seminggu (belum genap agi..he..he) rasa macam dah berzaman, kira2 tarikh balik, laaaa baru 1 week ke? Maybe sebab dah lama kenal kot? Betul eh?
3 years friendship, tukar jadi benda lain dah. Hooyeh.

Oh ye, pasal abg tadi. Dia pelik, kenapa adik dia nie tiba2 cakap soal kawin nie, siap mintak back up lagi. Haha, so aku ceritakan dgn sejujurnya I met the one :)  Dia soal siasat la sikit. Fuh.. Fuh.. Lepas tu dia cakap, ahaaa boleh kawin lettew, cepat sikit. Haaahh? Pantas lu der?

One day nak bawak mereka2 nie berjumpa. Kita tengok acane..

To mom & dad: I Will fight for what I want, tanak buat cam dulu dah. Macam lalang!
 * but org jadi lalang pun bersebab kan?


Friday, November 30, 2012

Buku Baru.New Chapter.

26 November 2012 detik permulaan...
Ouch, Ingatkan 2012 is my disaster, end up ada jugak pelangi yang melabuh sebagai penutup tahun. Alhamdulillah..

Rangkap kata as a quote yang kat dalam FB aku, memang menjadi kenyataan :
Be strong now , things will get better. It may be storming now, but it can't rain forever" 


A friend who will me up and down, rise and fall, laugh and tears is my BOYFIEEE! :)

Kite dah jumpa cinta hati kita, selama nie depan mata je :)  Hopefully, sampai ke akhir hayat. Insyaallah.


P/S: Ye, awak baca. Sila senyum sampai lebam. Ngeee..  :)



Monday, July 23, 2012

Erti hidup


Ramadhan kali nie banyak buat anjakan paradigma kat diri aku sendiri. Alhamdulillah, aku lebih tabah, lebih bersabar dan yang lebih penting, surprisingly aku dah boleh terima hakikat hidup. Hakikat hidup yang aku maksudkan pasal CINTA. Cinta yang kita tanam selama 5 tahun, kita sayang, kita ada dia selama ni, dah jadi milik orang lain. Pass few months sejak December 2012 memang aku meroyan, aku teringat, aku sakit hati bila tengok dia dengan orang baru, aku mencuba nak merampas, aku cuba nak sakitkan hati pihak sana, aku dah buat masterplan baik punya!
Sejak aku tengok Ramadhan ni, diorang dua sangat happy. Happiness yang dia dapat sekarang aku tak Nampak dulu, kesetiaan dia sekarang tak sama dengan setia dia dengan aku dulu. Ini maknanya apa? Maknanya diorang happy together. Aku rasa serba salah nak rosakkan even aku dah ada plan sendiri, aku rasa mcm tak mampu nak buat plan semua tu..
Bila kita dah mula terima hakikat tu, instead of sebelum ni kita menyampah tengok kebahagiaan dia, sekarang aku boleh senyum, seriously aku tumpang gembira.
If we love that person, we love when that person happy, even with someone else. Even you’re not mine now, I ‘m happy that you happy. Seriously..
Ramadhan kali nie banyak mengajar aku. Selain dari menerima hakikat yang 8 bulan aku struggling, aku dah makin kuat sabar, Alhamdulillah.
Abah yang masuk hospital, kena angkat dia pegi toilet, kena amek kan air sembahyang dia, kena suapkan makanan dia, kena suapkan air dia, buat aku rasa that eventho I’m not attached to anyone pun, I’m still daddy’s daughter. I’m still mummy’s best partner. I’m still daddy’s best friend.  I don’t care if I’m single now, as long as I have them and I have my best friend.
Alhamdulillah…

Sunday, July 15, 2012

Bruno Mars gittew!


‘ Apa yang kita mimpi tu, akan berlaku yang sebalik nya’ Itu yang aku dok fikirkan sampai sekarang,even orang cakap mimpi tu satu permainan tidur. Kalau apa yang aku harapkan berlaku tu terjadi dalam mimpi,dan aku terus anggap benda tu sama sekali takkan menjadi. Semalam untuk pertama kali nya aku mimpikan dia. Dah sebulan dia pergi macam tu saja aku tak pernah mimpi pape pasal dia… until last night!

Dan… mimpi tu mmg apa yang aku rindukan dari dia. Mimpi dia datang balik.. Hmm.. Terus aku bangun dan anggap mimpi tu takkan berlaku dalam dunia sebenar. Dream won’t come true.

SEDIHnyeee!

Sedih bila kita taktau apa yang kita tunggu tu berbaloi ke tak? Dia janji, Dia cakap bagi dia masa, tapi nanti bila tiba masanya dia masih ada ke?

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find…

Ini lirik lagu I won’t give up dari Bruno Mars yang betul perfect kat situasi aku sekarang. Aku boleh tunggu, aku boleh sabar, tapi sekurang kurang nya dia kena bagi clue kat aku yang aku menunggu bersebab, apa yang aku tunggu tu ada makna.

Aku takut nanti aku menunggu, tiba masanya dia pergi terus dengan orang lain, memang haru!

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am




“ I don't wanna be someone who walks away so easily” Memang aku taknak macam ni, aku bukan jenis macam nie..

So here I am.. confuse nak keluar dari “rumah” tu atau tak.

Friday, July 13, 2012

Some words..

‘I love you’ 
means that I accept you for the person that you are, and that I do not wish to change you into someone else. It means that I will love you and stand by you even through the worst of times. It means loving you even when you’re in a bad mood, or too tired to do the things I want to do. It means loving you when you’re down, not just when you’re fun to be with. 
‘I love you’
 means that I know your deepest secrets and do not judge you for them, asking in return that you do not judge me for mine. It means that I care enough to fight for what we have and that I love you enough not to let go. It means thinking of you, dreaming of you, wanting and needing you constantly, and hoping you feel the same way for me.

Sunday, July 1, 2012

Apa nak jadi?


….. Sedih gila life cani bilaa…
1. Lepak breakfast sorang2
2. Lunch sorang2
3. Pegi round KLCC sorang2
4. Usha ticket2 movie,nak beli, tp tgk fikirkan nak tgk sorang2 tu..isk
5. Jogging sorang2
6. FB notification setakat 2 – 3 jea
7. Malam2 termenung
8. Office jadi tempat paling seronok,even stress nak mati!
9. Kengkawan busy dengan hal sendiri.. waaa
10. Weekend, kalau tak merayap sengsorang, lepak dlm bilik main game racing
11. Bila games2 dlm phone dh master!
12. Tak mampu nak layan drama romantic melayu, menyampah tetiba
13. Plan macam2 tapi semua orang nak pegi berDuet, and aku out of list
14. Tengok orang berkepit bercinta sana sini
15. Jadi lamp post orang dating
16. Pikirkan apa dah jadi.. what the hell
17. Orang tu dah terpikirkan  ‘awek baru?’ Cis bedebah
18. Fikirkan apa yang penah dia janji dulu, palsu belaka
19. Ingatkan dia baik, rupanya anak setan!
20. Sedara Tanya ‘mana dia?’ then aku jwb, oh dia busy.. padahal??
21. Phone takde nak bunyi2 dah
22. Bateri phone takde aku tak kesah dah
23. Phone dh takleh nak FB sgt and aku x kesah dah
24. Tgk botol transformers nie… arghh
25. Pandang balik note ala ala LOVE hotak dia tu
26. Kita sayang dia, tapi taktau dia cane?
27. Ex ex BF punya GF nak dtg Malaysia July nie.
28. Memandangan 20 July takde makan kat chillis dh
29. 20 July kini dia berDating dgn org lain
30. Tahun depan 8 May taktau apa nasib
31. Tahun depan 3 May aku pandang je TGIF Mid tu
32. Tgk gambar2 dia dlm FB bergumbira,tapi katakan busy tak hengat





Tuesday, June 26, 2012

HILANG

Ya Allah, rasa macam nak delete je semua post lepas lepas pasal lover dovey tu pastu act macam tak ada apa apa pernah jadi. Boleh taK?

Its 4 months. Dah 4 bulan aku dengan ML. Tengah tengah OK, dia pulak menyepikan diri. Tak sms, tak call, rasanya dah nak 2 minggu tak contact each other. Tak jumpa dalam seminggu lebih.

Its fine for me kalau dia busy, but agak agak lah pun kan? Busy pun tak kan tak sempat nak tanya khabar ke, sms sehari sekali pun jadi lah, cukup buat diri ni rasa dihargai. Ni terus senyap tu! Hebat memang hebat!

Drama apa dia bagi dulu? Drama cinta monyet apa dia tawarkan? Lepas tu lari. Ya Allah, terasa macam orang sepak kita dengan kaki lepas tu pijak sampai kemek! Haish.

That day aku masuk hospital. Alah, buat macam last year punya cardiac tu je. Kali ni second time I know what to expect dah lah. So macam malas nak drama sangat, takde la kecoh dalam FB. Even best friend sendiri pun tak tau. (sorry awakkk..) Disebabkan ML dok buat drama dia sendiri, nak marah orang tiba tiba semua nie, aku rasa macam malas nak inform. Bukan dia tak penting bg aku, just macam, aku tak rasa aku penting pun bagi dia. So macam, buat apa nak semak kan otak dia fikirkan aku kan? Aku just inform pun kat bakal kakak ipar dia je, itu pun pesan awal awal jangan bgtau orang. Just inform dia, in case umur tak panjang, dia boleh lah sampai kan pesanan terakhir kan.. hehehe..


Operation bukan nak operate sangat lah, bukan open heart pun. Just.. argh too scary to explain.
Senang cakap benda tu not that bad sampai kena stay lama kat hospital. One night is enough.
Pulakk.. aku balik je rumah, esok nya pegi keje. Dah tu aku mula lah mengupdate status balik kat FB.

Yang si ML nie, baik punya buat kesimpulan sendiri, cakap aku tipu dia? OMG!

Nak cakap get well soon pun takde, nak bagi kata kata semangat pun takde, nak tanya dah sihat ke belum ke takde, nak tanya how's the things pun takde, dia pegi buat spekulasi " aku penipu " Perhhhh! Sadis doh.. sangat sadis!

Soo... entah lah, macam melampau kat situ. dia taktau kita sakit cane, kita hidup kat sini cane, kita perlukan seseorang cane, dia boleh buat statement camtu?

Perhhh.... tertusuk tajam! After that, memang seriously aku pun takde mood langsung nak perbaiki semua nie. Aku sakit kau buat cerita lain kan? huh!

Nak percaya atau tidak, TERPULANG!

Sekian..


Yang panas hati
PN

Sunday, May 13, 2012

PN & ML

Hello!
Its been almost 3 months me and ML been together, Hooooray! Alhamdulillah, so far so good. So far, I'm happy and hopefully this happiness will never end. I love him, so much, truly love him.
Hihi.. Tak sangka eh? sangat tak sangka.. When I first met you I don't know you become this important to me. <3
Kita jumpa kat KDU, first setakat pandang senyum senyum, yang aku plak mcm "eh... perhh.. sape tu" haha, cuci mata dalam diam. ngeh ngeh.. nak makan kat cafe time tu ase mcm heaven gila! rasa mcm, ishhh bila lagi lunch time nie, lepas kelas sanggup saje pass by cafe tu.. Yela kot2 terserempak. *gediks.

Siapa sangka, He is my man. He is my everything. and I can't live without him dah sekarang.

Dear ML, sangat2 thank you kerana hadir dalam hidup saya. me love you thiiiiiiiiiiiiiiis much!

Insyaallah, kali nie harap lah kami kekal yea.. Aminnn


Loves,
Pu3

Sunday, April 29, 2012

Taj Mahal dalam kenangan!

Helloo. baru lah ada kesempatan nak sambung blog pasal trip India nie.
Okey.. next destination is Agra! where is Taj Mahal located. From Kashmir to Delhi kena naik flight, malangnya hari tu flight delay sejam. So sampai Delhi dah malam. From Delhi nak pegi Agra pulak dlm 4 jam lebih perjalanan. Sepanjang perjalanan tue semua lapar, singgah McD beli dinner take away jap..
Aku as a tour leader nie turun dgn tour guide and sorang client ni, berlari pegi McD tapau untuk 24 orang.
McD India takda beef. and ada meal utk vegetarian. so bayangkan vege burger. huhu. mostly kitorang makan fillet o fish jea.
Tengah malam baru sampai hotel kat Agra. Lupa pulak namanya.. sesampai je buffet dinner kitorang dh disediakan. Bayangkan eh, tgh malam diorg still fresh utk siapkan meal utk kitorang and makanan dia sangat sedap and still panas. bagus kan? even ngantuk, tp disebabkan makanan sedap, kitorang makan mcm zombie. hahaha..

and let me show you my room..
Bilik dia bagi executive suite, and sangat besar and aku stay sorang. I can't sleep well that night sbb takut. haha! pasang semua lampu and ON kan tv. layan kan aje lagu hindustan time tuu.

The very next day, cover Taj Mahal

Betul orang cakap, bila kita sampai sana and dengar cerita cinta dia nie, rasa sebak pulak. Sangat cantik Taj Mahal nie, no wonder lah. serious sangat cantik. I repeat, SGT CANTIK!



Tuesday, April 24, 2012

Video punya pasal! cis..

Benda yang menyakitkan hati dah datang setelah dah berapa lama aku dah normal ni.
Beberapa hari lepas aku nampak dlm FB si gila nie post videoclip slide show dia dgn AA kat satu online travelguide nie. Semua tempat diorang pernah jelajah bersama ada dalam tuu, termasuk Melaka. The same spot, the same exact location.

Mana tempat aku dgn AA pernah pergi dulu, AA g visit dgn dia nie pulak. Huahuahua. Meroyan kejap bila imagine kan the same location, the same pictures, but different character. Instead of aku dulu, sekarang tukar orang dah.

Yela, patutnya dia ada hak untuk pergi mana dia nak kan? But well, I’m a human being jugak. Macam mana pun rasa sedih tetap ada. To tell the truth, perasaan agak tergangu waktu tu.

Sorry ML, bukan sengaja. Just that bila gambar tu keluar, siap dengan pelbagai macam post, siap dengan lagu lagi.. buat aku sedih. Termeraung kejap..

Bukan kita tak bahagia dengan hubungan sekarang.. Just that serpihan kenangan lampau tetap segar lagi. Serpihan sedih, kecewa, sakit hati tetap ada.

Insyaallah., suatu hari nanti jiwa nie tenang balik…

Monday, April 23, 2012

NORTH INDIA TRIP December 2011

Dah berzaman, baru ada masa nak upload gambar India.
Alkisahnya macam nie, dah setahun kerja baru la dpt offer bawa group ke India ari tu. 
Alhamdulillah.. 
Biasa la, as a group leader, semua pun FREE lah kan! ahakss.
seronok jugak even pergi bekerja. Stress tetap ada, tapi anggap itu sebagai pengalaman..
So.. ini gambarnyaa..
Pergi naik Airasia X. 
Perjalanan dalam 5 jam. 
*take note, sila book hot seat kalau nak selesa sikit. Lama jugak kot, and ofcos semua pun tau AK seat sempit kan. 

Ini hotel aku :) 
Ramada BMK. 4 Star
Good hotel, staff pun baik. 
kalau nak tau, kat India, 4 star dia mcm kita punta 3 star. 3 star dia mcm kita punya? 
2 star! pandaii..

Ini lah group yang aku lead kan tu.. All chinese in one family.
Bagus kan? family trip taw..

Lepas dah stay semalaman di Delhi, esoknya kitorang gerak ke Kashmir pulak. Weehoooo! 
December is winter. sooo... gila la diorang semua excited nak ski.

Di Kashmir kitorang stay dalam houseboat, houseboat terletak di Srinagar, to be exact di Dal Lake. Houseboat ni maknanya.. tinggal atas air..
Haa... nie houseboatnya..

interior houseboat nya cani laa..
ini biliknya..

living room..

and this is dining room.. wuu wee

Satu boat ada 3 bilik. so boleh muat 6 - 7 orang. tengok aje lah bilik aku yang stay sorang tu pun, sampai 2 katil dia bagi. seronok gila nak golek golek. lepas tu dia sediakan electronic blanket kasi kita warm masa tidu. Senang cakap, well equip lah benda alah nie. Seronok. 


Okey.. ini boatman! dia pun baik. 
Dr main land nak ke houseboat kena naik boat, so that's it. memang sepanjang ber-boat aje lah kan.

2nd day in Kashmir, in ready for my Gulmarg trip.

Up up and away..
Naik cable car!


Overexcited kanak kanak di dalam snow. 
Oh ye, one thing pegi atas dasar kerja ni, sy takde geng!!! arghh

Okeyy.. trip to Kashmir sudah. nantikan sambungan trip ke Agra & Jaipur pula yea..


Sudah tu biarkan sudah. teeheee...

I just found out something, that MA dah ada bunga dalam taman dia. As for me? Nak kata apa lagi, tumpang happy ajer lah. Takde apa nak cakap agi. And tak perlu nak kata apa pun sangat lah kan. Its okey. Orang happy, kita pun happy. Why not kan?

Sekurang nya aku takyah nak pening sangat. Pening? Kenapa nak kena pening kan kepala? Hahaha.. haish. Entah la, feeling yang tak semena mena nie. Tak paham aku dengan diri sendiri.

Kita kena fokuskan pada mana yang ada depan mata. Insyaallah I will be happy.

Kita cuba untuk bahagia kan diri sendiri walau kadang kadang meraung jugak malam2 fikirkan tah apa2. Apa yang ML suruh buat tu betul, delete gambar AA. Buang kenangan sejauh yang mungkin. Takda apa nak dikenang kan sangat. Buat rugi kapasiti otak je. Ye tak?

Alhamdulillah, kehadiran ML dalam hidup banyak mengubah diri aku jugak. Yela, dulu mana ada orang nak arah aku buat macam2, sakit pun AA bukan peduli sangat. Nak dapatkan some word of advise dari dia? Huh. Macam tunggu bulan jatuh.So yeah.. that’s it. Aku kena belajar banyak untuk kenali hati budi orang baru. Yela, 5 tahun kenal orang yang sama jea, and 5 tahun jugak aku di manja kan sangat. Ahaha manja tu bukan ape, dulu nak pegi mana pun semua AA kena teman, hellooo nak pegi fotostat pun aku ajak AA okey? So skrg nie ML agak jauh, and kena la buat semua sendiri. And aku jugak takleh nak ngade2 sangat sbb ML garangg.. waaa….! Hehehehe…

Sunday, April 15, 2012

L.O.V.E

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

(trumpet instrumental)

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Yes, love was made for me and you

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you


* Dedicated untuk cinta tak kesampaian.. MA :)

New beginning..



I love the way you care for me
I love the way you make me feel safe, when wrapped in your arms
I love the way you protect me
I love the way you’ll always be there for me

This is how we begin...
First saw him: KDU College
First met: The Curve
First meal together: A&W The Curve
First movie: Azura
First date: Rasta TTDI

And its all start from 16 February 2012
until death, Insyaallah..




Friday, April 13, 2012

BUKU BARU OOOKEYYYY!

Hello. hello. hello! 
Dah berzaman kot asyik cerita sedih aje kan. Malas dah nak belek kamus lama balik,nak tatap untuk apa? Sakit kan hati sendiri? haa.. yang dh pergi tu biarkan pergi. Tuhan lebih sayang dia. Ehh.. mati ke kauu? haaahahahaha...

Aha, letih la nak sedih sedih sangat. Bengkak mata g office kan dah tak chantekkk?  Terpaksa la pakai eyeliner,celak,kaler semua bagai kan. Nak cover mata bengkak? takk payah! 

Daripada kita cerita kisah sedih berlagu pilu nie, balik aku cerita benda baru. Latest news yang tak seberapa nak latest lah.

Saya kini sudah ada cinta baru! Wakakaka. ayatt.. macam kasanova tak? Err.. tak lah. Daripada sedih teringat yang lama, kita bukak kisah baru, kan ke elok macam tu. Alhamdulillah, yang kini wayyyyy better than before. Haaa dengar tu AA! ko ingat ko hensemmm??? *sorry ter emo

Betul la, kita bukak buku baru jea. Fokus pada yang ada depan mata, kenapa nak kena toleh belakang lagi. 
Since AA pun tak hidup lagi dalam FB aku, so tak payah lah nak sedih2 mcm post lepas pasal ex dia post semua benda kan. So.. yeah! HAVE FUN! 

* nantikan kisah gedik pulak lepas ni. wakakaka...

so kepada ML. as i promised earlier. I will be my best for you.. only for you. 


Wednesday, April 4, 2012

kembali ke alam maya!

Helo, helo helo semua! (bapak perasan statement SEMUA tu kann?)
Lama sungguh aku x update blog yang sawang bagai nak rak dah nie. Ho Ho Ho! (gile?)

Okey, so ape cite skrg? Uish.. banyak sangat nak kena catch up nie? kasi summary cerita aje la boleh?
Last update tue rasanya lepas buat cardiac tu kan. Hurm, banyak sangat yang jadi lps tu. that was JULY last year. And DEC last year bermula lah segala ceritera yang agak sedih+annoying+sakit hati+gundah gelana ini.

JULY 2012 : kemain meriah sambut birthday insan tersayang AA.

DEC 2012: INDiA trip. Tourleading to Delhi,Agra,Jaipur + Kashmir di kala winter yang tebal.

End of DEC 2012: HUH! sang kekasih hati AA sudah punya kekasih baru dan tinggalkan kekasih lama yang hidup dengan dia sepanjang 5 TAHUN ini. WTF? WTH? haaa...! ofcos la sakit hati kan? hati sape tak sakit. aku rasa mcm nak pengsan kan dia pastu tikam hidop2. hahaha. astaga.. uish!  * takdelah memain je.

And yeah, banyak nak cerita psl AA. All my post previously pun semua pasal dia kan. and tup tap.. dia pergi macam tu aje. tau la gua tak baik sangat, tp gua dah berubah. saya dah berubah bang.. sudahh! percaya lah bannngg! (uish.. drama queen sgt nie)
and yeah, dia jatuh ke tangan seorang minah indon yang kerja as a trainee kat hotel dia. HUH!
mana tak nya, budak tu kan pandai masak, pandai geli2, panggil dia abanggg, manja2. aku nie? ganas, kaso, nak suh panggil abang? huisssh! abang aku pun aku x panggil abang tau? TOLONG. PLEASE. EXCUSE ME!

ahah. disebabkan faktor tah apa apa. dia tinggalkan aku camtu je. ayat dia best sangat:

"saya nak mulakan hidup baru.. tapi, bukan dengan awak.. dgn orang lain"

Hurm.. time tu nak buat ape kan? senyap jela. REDHA lah konon nya. Tapi itu la, ajal maut,jodoh ditangan tuhan. Nak meroyan sgt, nak marah sangat, nak merayu sangat, nak sayang sgt, nak cinta sangat pun tak guna kalau DIA tak tentukan.


So.. that's it lah, nak tak nak kena lah terima.
Untuk kaum wanita di luar sana, sayangi lah diri sendiri lebih dari anda sayangi boyfriend anda. Takde guna korang nak berkorban diri untuk lelaki kat luar sana. Ada jodoh ada lah tue. Kita cuma mampu berdoa untuk dapat kan yang terbaik.

Tipu diri sendiri lah kan kalau aku cakap tak sayang AMER ASYRAF BIN NAZRI tu kan? but well, apa boleh buat.

Insyallah.. kita akan bahagia akhirnya..