Tuesday, October 4, 2016

ALHAMDULILLAH!

ALHAMDULILLAHHHH!!!

Rupanya memang patut lah tak dpt period lagi. Haha! Alhamdulillah, aku dah Berjaya pregnant after 10 months of trying. Alhamdulillah.

5 august hari tu, aku pelik tak period lagi so pegi Giant beli pregnancy test sampai 3 .  Balik je dari Giant terus test, and its double line! Seriously, perasaan waktu tu mcm tak percaya. 
Betul ke ni? Orang ckp kne 1st urine in the morning. Tapiii, betul ke ni? Aku bgtau Bak & Rein. Haha! Mcm tak sangkaa.

So tanpa berlengah lagi, few hours after that aku buat 2nd test.
Betul lah! Double line lagiii. Kali ni terus whatapps kakwani tunjuk both results. Kakwani ckp confirm lah pregnant. Hahaha!

I’m Happpyyyyyy!!

Hari tu Jumaat, Bak kerja. Dengan gigihnya aku tunggu the next day untuk check kat Klinik.

6 August: Pagi tu, lagi sekali aku check urine, and I got 3rd positive. Terus pegi Hospital Umra. Doctor buat ultrasound biasa, dia cakap tak jumpa pape. Aku dah risau Allah je yang tau, what happen to my babyyy? Next Doctor buat lagi sekali ultrasound masuk kot bawah, still can’t find anything. Waktu tu, aku dah risau habis dahh. Sedihnye, test cakap positive tp kenapa tak jmpe pape. So, doctor terus amek darah utk buat HCG test. Dia ckp nak buat 2 kali test hari ni and isnin.

Balik tu aku google utk apa HCG test tu, rupanya dia untuk check hormone pregnancy dalam darah kita. Kalau angka tu naik means kita pregnant. Kalau angka tu turun means pregnancy failed. Aaaa Risaunya.

8 August. Aku pegi Umra lagi sekali untuk buat 2nd blood test. Pastu doc cakap based on 1st test baby is 2 weeks old. Tapi xleh cakap pape lagi sbb nak tgu 2nd test pulak.

9 August. Pukul 6 petang hospital called. Nurse tu ckp HCG test aku naik from 400 ke 800. ALHAMDULILLAH! Meaning baby is growing dalam tu. Terus happy gila. Dia cakap nanti datang lagi utk scan baby sbb kalau scan skrg mmg tak Nampak pape. Kne tgu 1000 baru boleh Nampak.

18 August. Hari ni & semalam terasa betul morning sickness dia, Loya tekak sepanjang hari. Semalam kat kedai nak jalan pun x terdaya. Penat sgt. Hari ni pun sama, takleh buat apa. Aku boleh duduk dan baring je. Mula lah terasa sakit mcm cramp perut belah kiri tu, org ckp sbb baby growing so sakit sket. Makan pun aku dah mula choosy, seriously takde mood lgsung nak makan. beli pizza personal pun aku makan 2 slice je. 
Malam tu, kitorang pegi scan baby. alhamdulillah nampak dah tiny dot dalam tu. Baby is 6 weeks old. 

20 Aug: ada kenduri kat rumah Kakwani kat Seremban. Time ni pun aku flat. masuk rumah kakwani aku baring je. malam tu pun aku takleh tolong Bak kat kedai. terpaksa la Bak dengan Kuzin je yang kerja. 

22 Aug: Huiii Loya dia datanggg kemain meriah muntah muntah, sekali dgn selera makan yang sememangnya zero. 

1 Sep: check up baby kat Umra. Hari ni kitorang nampak heartbeat baby. Yaaay! hari ni dah 8 weeks. lepas tu aku kena jumpa cardiologist untuk check jantung aku. emm, so i have PDA spesis jantung berlubang jugak la nie. so doc bagi reference letter untuk aku bg kat KK karang bila nak buka buku Pink tu. aku dah mula alah dekat bau. Bau masakan xleh, so memang tak mampu lah nak g kedai. 

4 Sep: non stop muntah from 3am sampai 9am. 

5 Sep: Bak terpaksa bawak aku g DEMC. aku masuk day care ward amek air. nasib baik sebotol je. and nasib baik xyah tidur ward. entah kenapa rasa mcm alergik pulak kat spital. lepas tu balik rumah aku tidur sepanjanggg hari. 

27 Sep: baby dah 12 weeks old. mummy still rasa muntah2 yang maha hebat. makan muntah tak makan pun muntah. makan pun still takde selera lagi. Tapiii, kalau aku tak duduk Shah Alam selera makan aku not bad. rasanya aku ni kena makan berjemaah and makanan kena tersiap sedia kot. aku masak sendiri memang xleh. sebab tak leh bau. 

3 Oct: another scan baby, kali ni lebih detail. Sonogram/NP Scan kot nama dia. dia check size kepala baby, size badan baby, skrg baby dah ada tangan, kaki, jari, even hidung pun dah terbentuk. Alhamdulillah. nampak la dari situ baby dok gerak gerak, tangan dia kejap kat badan kejap kat kepala awwwwww!! Rasa nak nangis! Nasib baik Bak amek video. Boleh la aku tatap hari2. Ikut size baby is 12 weeks 4 days. Huwaa. cepat lah 14 weeks! nak pengsan ni loya loya sepanjang masa. 

amacam, detail tak? 

haha sebab aku jenis rekodkan segala aneka mak nenek dalam phone. yelaa, papehal boleh refer situ. 

Alhamdulillah, baby is growing and doc cakap everything is okey smooth no problem cuma uri kat bawah lagi. tapi dia by as time goes by uri akan naik atas. Insyallah doa baik baik untuk baby. 

aku pun dah mula announcekan pregnancy dalam pesbuk & IG and too families too. 
lagi ramai yang tau lagi ramai yang mendoakan kita insyallah. 

So baby, be a happy baby, be a healthy baby. Both of us tak sabar tunggu April nak jumpa awak. Lepas tu kita g travel okey baby?



P/S: aku still dlm dilemma nak di panggil mummy atau bonda? gasp!










TTC Journey Beta

Ececeh, tajuk atas kemain. Orang nak TTC journey kau pun nak ye? ahaks! actually, benda ni bukan berniat untuk di blog kan pun. cumanya apa yang aku buat monthly sejak awal kawin sampai lah aku berjaya pregnant after 10 months trying. aku dok la update segala kaedah ni semua untuk rujukan masa depan, biasa lah, PC office lah selalu jadi tempat aku luahkan segala info.

Nota nota monthly aku kikiki:
Jom sini nak letak few usaha aku untuk dapatkan baby. I’m 6 months married to my husband and trying for babies.
Kawin bulan October, 2015. Lepas tu teruskan baby making dengan manjang pegi bercuti je. Haha! Start makan folid asid dah even sebelum kawin. Tapi itu lah, makan pun tak consisten je nie. Kejap on kejap off. ishh! 

4 months after, Mid bulan Febuary, 2016 Rein ajak pegi berurut kat sorang makcik Indonesia nie kat Ampang. Urut dia simple je, untuk naikkan peranakan. Dia usik pun bahagian perut je. Tak sampai setengah jam pun, few minutes je. Tapi rasa la sakit sikit time nak gerak kan tu. Dia cakap Rahim jatuh, dia dah naikkan. Dia cakap ada 4 ke 5 telur tah, which means telur tu untuk jadi baby. Wallahualam. so kalau betul dia cakap aku ni kemungkinan ada 4-5 orang anak ler. again, wallahualam. Tawakal jela. 

Time ni aku dah start consume minum susu kambing. But won’t last forever, cukup pack tu habis je. Aku tak sukaaa susu kambing! Lepas tu takmo beli dah. sebab maybe susu kambing tu tak kena dengan tekak. untuk orang lain, selagi boleh minum tu, minum lah. orang cakap susu kambing bagus.

Next, lepas tu next cycle period datang. Normally period happen between 26 – 28hb every month. Time tu bercuti kat Singapore time birthday Husband. Period datang tapi langsung tak sakit. Okey, few days lepas tu habis. Balik KL, around 4th March kot, period datang lagi. Perhhh time ni banyak gila and sakit. Time ni pelik dah kenapa period sampai 2 kali pastu banyak terlalu banyak.

Rein cakap, its normal lepas berurut. Dia pun dulu period banyak lps urut and the next month dia pregnant dah, Wah! Terus aku berhenti panic dan berharap. Haha!

Bulan March, aku try beli toujours balik. Tengok Hanis Zalikha pregnant aku pun beli. Miahahahha!

April 2015: Time ni, aku confuse the next period datang bila, normal 26th atau 4th? Haha! So aku tunggu sampai 3hb takde khabar berita. Excited dah! Siap pegi Guardian beli pregnancy kit. Beli and test the next morning. Sedih sbb negative. Sobs! The next day terus period. Hampehhh!

Bulan April aku makan ubat apa tah yang ada manjakani tu, dia mcm liquid. Officemate lah belikan sempena nak kawin ritu, katanya sesuai utk org nak kawin. Aku minum je, tatau la ada kena mengena dengan pregnant tak.

Mid April, aku sakit perut sampai takleh bangun. Terasa mcm ada bola berguling2 kat bawah perut belah kiri. Bulan sebelum tu, aku g masuk kemera kat Hospital Putrajaya sbb gastrik, Husband melawak cakap kemera tertinggal dalam perut! Cheh. So, one fine Sunday sakit sangat aku g klinik. Doc tu cakap takde pape, ini sebab kencing kotor and kurang minum air kosong je. Finee! (nampak tak aku ni sakit sikit je dok berharap pregnant? psyco kan?)

And bulan April ni jugak aku start kira waktu subur and babymaking time time quality itu lah. 

Early May, bebetul 1 May dah period dah. Kali ni banyak and berketul. Cuma banyak on the 1st and 2nd day je, masuk 3rd day kureng dah sikit tapi still darah. Cuma minimal.

Pastu aku g Jogja. bercuti lagi. Rasanya balik Jogja ni kena usahakan pergi Klinik Umra jugak. Kena jugak tau apa masalah perut nie.

Dah sebulan dah balik Jogja, tak lagi pergi Klinik Umra. Dah period utk bulan June dah pun. End of May. 26 May dah period, sekejap je Cuma dalam 4 hari camtu je, 2 hari je heavy lepas tu cool down dah.

Okey, dah masuk June. Aku Berjaya jugak pergi Umra. Tapi just normal check jela. Dia buat ultrasound untuk check Rahim je and Tanya basic questions mcm umur berapa, dah berapa lama kawin, 1st kawin ke, sebelum ni pernah pregnant ke tak ke mcm tu.

Dia cakap normally orang akan refer fertility lepas setahun trying, tapi aku ni mcm awal sangat, baru 8 bulan kawin dah jumpa diorang. Tapi takpe kot, at least takde lah too late to try. Kalau ada pape masalah insyallah boleh settlekan awal. Plus, I’m freaking 28 years old okey!

So, dia just check biasa je dulu. Nanti bila 1st or 2nd day period dia suruh datang lagi katanya nak bg ubat kesuburan and check lagi sekali. So far hari tu pegi doc cakap takde pape, cysyt ape semua tu takde, Rahim ok etc. overall, cost consulation + ultrasound kat Umra RM110.

End of June (24th) period balik, ikutkan kena pegi Umra balik. Tapi mcm fikirkan kos dia so tak jadi. Hold lah dulu, nanti ada rezeki lebih boleh la ke sana balik. As for now, nak try few other cheaper options like:
1)     Ovaluation kit (nak beli kat ig nanti)
2)     Buah zuriat (sekali dgn atas tu, pun beli kat ig)
3)     Susu kambing
4)     Kurma
5)     Habbatussauda
6)     Almond

Aku dah mula dengan minum jus delima, nak beli ovulation kit tapi seller ig dah takmo post dah sebab nak raya. So terpaksa lah delay sket beli lepas raya kang. Tapi mcm terlambat seminggu lah trial dia. Haiiish!

Finally, seminggu lepas raya bru aku beli. So far semua pun negative, yelaa dah lepas waktu subur kot. Kalau ada pun samar samar positive lepas tu negative balik.
Kali ni, aku keep on makan asid folic dgn jus delima je dulu.

Harap2 mendatangkan keberkesanan. Hari ni 26th July belum period lagi. Tapi aku taknak over excited, kita tunggu sampai 4th August. Kalau belum gak, baru buat test. Sbb skrg ni period aku mcm tak teratur, paling awal period 26th pastu paling lambat 3rd awal bulan. So wait and see lah.

Kalau period balik, lepas ni mmg hari2 la aku pakai ovulation test tu kan. Hikhik
What should YOU do every month pu3:
1.     Asid folic plsss lah hari hari
2.     Jus delima tu, jangan lah malas nak minum
3.     Pakai olulation kit tu tiap2 malam
4.     Beli susu kambing . MAKE AN EFFORT to drink


SEMUA NI KENA BUAT HARI HARI WOII

End up. rupanya sampai situ je TTC journey. 4 August tu aku tak period pun. ahaa! Jom next post!