Monday, February 22, 2016

Kota Bharu & Rayani Air Review

6 – 10 February 2016 Kota Bharu Kelantan

6 February 2016 (sabtu)

Esok nak g KB, disebabkan ada Izara omey yang berumur 6 bulan ni, kitorang decide nak stay kat hotel area KLIA jela. Senang esok nak gerak g airport. Flight pun pagi. So petang tu ayah ibu hantar kitorang g Concorde Inn KLIA. Dah sampai kat area situ, perut terasa lapar. Rein bodek bodek ayah ajak makan seafood. Haha! End up jumpa restaurant seafood kat area situ jugak. Nama dia Downtown KLIA Seafood Restaurant. Taste wise, aumm sedap! Thumbs up! Price wise entah lah tatau nak cakap mahal ke murah, sini menu diorang apa yang kitorang order:
1.     Nasi Putih 7
2.     Ikan Masak Steam
3.     Sup lala dgn ginger
4.     Kailan Ikan Masin
5.     Ginger Beef
6.     Spicy thai chicken
7.     Air untuk 5 orang
Harga untuk total semuanya around RM200++ . mahal ke murah? Mcm murah ke kan?
Lepas makan, kitorang balik hotel dan tido! Oh pasal hotel concorde inn KLIA pulak, hotel dia okey simple. Yelaa, nak gah sangat pun buat apa, transit hotel je pun, and hotel kat airport mana boleh tinggi tinggi. Sekali tengok mcm kuarters pun ada. Haha!
Tapi facilities, amenities semua bagus. Smart! Dia offer shuttle every 1 hr from hotel to KLIA and KLIA2. Cumanya kitorang tak sempat nak rasa breakfast. Kenapa? Haa kejap lg cerita.


7 February 2016 (ahad)

Semua orang kunci jam seawall 5am sebab nak catch flight Rayani ke KBR pagi ni. Bila jam bunyi, semua tengok phone pastu ada sms. “flight retime to 1pm” Emm terkejut kejap sebab ni first time nak merasa Rayani tapi retime pulak, tapi no biggie! Masing2 tarik selimut tido balik. Kuikui!
Terlama la pulak tido, semua kelam kabut bersiap nak g airport. Pasal tu lah tak sempat nak rasa breakfast kat situu. Mandi siap semua, amek shuttle terus ke KLIA2.
Breakfast kat airport, pastu naik flight.
Rein bawak baby, so lepas calling utk business class diorang priority untuk mom with babies pulak. Okey lah Rayani, mmg Islamic habis, siap bagi salam semua (terasa mcm naik flight g Umrah pule haha) pastu seats dia luas mcm Malindo, seats dia colourful, oh! Dia ada 20kg luggage inclusive ok! Pastu dia bagi refreshment which is better than Malindo. Dia offer juice, muffins dgn kacang. In flight service bagus. Cuma masa take off dgn landing to agak rough. Maybe sebab kat KBR angin super kuat kot.
Sampai je KBR, kitorang amek luggage pastu jumpa apot kat arrival hall. Apot pick up bawa g rumah diorang kat Pengkalan Chepa. Lepak kejap lepas tu keluar acah acah minum petang tepi pantai.
Kitorang singgah Pandai Berirama kat Bachok. Perh! Angin sangat lah kuat. Ombak pun super tinggi. Ai is orang kay ell, haha batak jakun sangat tengok ombak tinggi. Terus otak ligat pikir bukan bukan, pokok mana aku nak capai nanti kalau ombak ni sampai kat aku, mana nak beli pelampung, belum mintak maaf kat sume orang lagi J (okey dramaaa)
Mulut tak berhenti cakap “tingiiinyaaaaa Ombakkkk”
Hahahahaha! Okey walaupun mcm ketakukan ombak mengganas, kitorang tetap lepak makan tepi pantai jugak. Ada stall stall tepi tu offer makanan sedap senghoti. Kitorang makan kepok lekor, ABJ (air batu jagung) , nyiur susu (kelapa susu), aiskrim kelapa, sausage tak sedap, air kosong J haha. FYI! Aku pertama kali rasa kelapa susu! *memalukan je*
Lepas tu, kitorang dinner kat Juara Ikan Bakar kat Kubang Kerian. Sedaaaaap! J makan seafood lagi aku, masuk hari ni dah 2 hari berturut turut nampaknya J. Lepas dinner, nak g wakaf che yeh, tapi ramai sangat umat kat situ, jem teruk sangat. Tak sanggup lah nak bersesak, kitorang decide g downtown RTC je. Eventho downtown, tapi menarik! Sempat lah borong shawl 5 helai. Haha! Satu Cuma RM10 – RM15 je. Kain pula mcm Benang Hijau tau! Sana jual RM 30, aku beli RM15. Jimat separuh.
(actually orang cakap shawl semua ni org KB beli kat Kenanga Mall/Jalan TAR je, pastu jual kat KB. Aku yang org KL ni pegi beli kat KB. Tapi entah ler betul ke tak. Nak harapkan aku shopping kat Jalan TAR? Emmmmm MEMANG MUSTAHIL LAH!)


8 February 2016 (isnin)

Tujuan datang KB sebab nak attend kenduri Syara! Haha! So hari ni, pagi pagi lagi dah siap. Apot dengan Bak belikan breakfast nasi kerabu kat kedai depan, pastu makan je kat rumah sambil tunggu each other bersiap. Dah set dengan Kak Lini nak berkumpul kat Masjid Kampung Sireh. Lama juga menunggu, sebab rombongan stuck dengan jem & hujan. Lepas semua dah berkumpul, gerak ke kenduri Syara. Wallaaah! Sampai pun kat kenduri cousin tercinta Puan Tengku Syarafina ini. Wehoo! Lauk Alhamdulillah, sedap (walaupun makanan Kelantan manis). Makan bagai nak rak, senak perut sebab kenyang sangat.
Lepas makan, kitorang takleh nak stay lama, sebab kesian kat Izara nak menyusu semua kang. So kitorang minta diri, balik awal. Lepas tu, terus ke Kampung Raja, Besut Terengganu tengok rumah.
Huaaaa! Rindu sangat rumah ni. Sini lah kecik kecik dulu kitorang main bunga api, kitorang main dengan anak kucing Syara. Time ni Syara pendiam sangat, kena takes time nak bercakap dengan dia. Tapi dah nama pun kitorang je cousin 4 paling bongsu (termasuk kuzin), malu malu pun end up jadi geng! Main pasir bawah rumah, carik ulat bawah rumah, emmm. Rindu! Rindu time malam ketakutan tengok jambatan sambungan Istana Kampung Raja dengan rumah. Haha! Kenangan paling takleh lupa bila rumah bergegar! Kenangan benda mistik banyak betul! Haha! In a way, rindu semua tu. Sobs!
Lepas dah lama menung tengok rumah, dah nak masuk lewat petang dah pun, takut terdelay nak ke maghrib, dengan bawa baby lagi, so kitorang bertolak balik sebelum malam.
Plan asal nak makan Ikan Bakar Abang Zul kat Besut, tapi tutup! Dengggg!
Tapi end up kitorang makan Megi ketam terbaik dari laut! Sedappppnyaaaa! Nama tempat tu, D’syaz Maggi Ketam. (google lokasi sendiri). Harga semangkuk dalam RM 22. Ketam nipah. Sedap! Dia bagi seko ketam tu campak dalam maggi, kau makan lah puas puas. Dia bagi sekali dengan tukul. Haha! Selamat bertukang!
Sedar tak sedar dah pukul 1am lepak makan maggi. Kesian Izara. So, semua pakat balik rumah.


9 February 2016 (Selasa)

Hari ni, mcm biasa semua set jam nak balik KL dah. Takut terlajak tidur lagi pulak. Set punya set, sekali dapat sms flight balik retime pukul 4.40pm. Cheh! *Tarik selimut tidur balik*
Pagi tu, about pukul 9 pulak, Rein ketuk pintu. The conversation went like this:
Rein: awak awak! Baca sms tak?
Aku: Baca lahh, kan sy dah whatapps awak. Flight kita retime kul 4. Tidur la balik.
Rein: Ini bukan retime dah ni! Check phone awak skrg!
Aku: apa pulakkkk, *carik phone* Baca
RN163 FROM KBR-KUL ON 9 FEB HAS BEEN CANCELLED DUE TO TECHNICAL ISSUE
Dahelll!!  
Terus aku keluar bilik, termenung sama sama dengan Rein.
Pastu aku masuk bilik kejutkan Bak, bagitau dia flight cancel. Dia dalam mamai slumber je jawab “nak buat camne, EL lah esok”
Ehhh? Suka hati.
So kitorang decide untuk kejutkan Bak, bersiap pergi airport takyah bawak luggage lagi, pegi kaunter Rayani pastu Tanya apa nak buat. Disebabkan Izara taknak bangun, kitorang tinggalkan dia dengan Apot dulu. Kitorang terus ke airport.
Sampai je sana rupanya dah ramai berkumpul kat kaunter Rayani. Tanya mcm mana, dia kata boleh refund. Okey, bagi PNR. Tunggu jela process refund. Sambil tu, carik alternative flight balik. Tapi the only available is Firefly which is cecah RM400++ seorang. Takmaoooo!
Tak lama lepas tu, staff Rayani offer. Siapa nak balik naik Firefly sila drop ur PNR number. Kitorang agreed on amek flight FY ke KUL pukul 5pm. Fine. At least dapat balik. Staff Rayani cakap, nanti pape update diorang akan call.
Aku & Rein suruh Bak balik, pick up Izara dengan Apot. Pastu bersiap sebab flight kul 5. Boleh buat last min shopping dengan sepantas kilat. Itupun dah tengahari. Kitorang stay kat airport makan KFC.
Sambil makan sambil tunggu update dr RN. Sambil tunggu suami suami datang balik bawak Izara.
Sejam lepas tu diorang sampai, aku suruh semua makan dulu kat KFC aku turun jap Tanya update kat RN. Again, staff dia cakap tunggu je call. Okey fine.
Kitorang pun decide untuk tunggu je call pastu keluar airport pegi shopping.
Nak masuk pukul 3 camtu kot, still takde call. Aikkk! Flight kul5 nie.
Pegi balik airport Tanya update.
Rupanya diorang cakap, HQ tak approvekan lagi cost untuk beli ticket FY. Bukan sikit, tapi banyak sangat amount nye. Okey la faham. So next is?
Dia cakap, dia akan cuba untuk bawa balik semua penumpang hari ni jugak. Dia tengah dapatkan MH aircraft tapi tunggu respon MH dulu. And yela faham. Dia bukan HQ untuk dptkan segala confirmation.
The best is. Walau mcm mana payah pun, staff ni handle bapakkk ah cool gila. Sangat professional.
Kitorang decide nak amek contact number dia, kalau tunggu dia call entah zaman bila.
Amek contact number Encik Fadli Team Leader Rayani Air. Done!
Kitorang cakap, tak kisah lah whatever pun tapi janji kena bawa balik juga, and dia cakap YES and without any additional cost. Okey good! Alhamdulillah. That’s good enough for us. Sebab the next day takde any urgency (kecuali kena g kerja)
Kitorang pun balik . Malam tu g wakaf che yeh. Ahaha! Shoppinggg timeee! Kat sini tak banyak nk beli dah sebab shawl dah banyak borong, price mcm lebih kurang je pun untuk shawl. Yang lain lain tak pasti. Tapi banyak choice kalau nak menyoping nye actually.
Lepas tu, kitorang balik rumah. Tak lama lepas tu, contact En Fadli tanya status. Rupanya ada flight malam tu around 2am. Cheh! Tapi memandangkan mcm kalut je nak packing and sampai KL takde siapa nak pick up lepas tu dgn bawak Izara yang umur 6 bulan ni, better not. En Fadli offer flight the next day.
Next flight kul 11am KBR/KUL same flight by Rayani. Bagusnya En Fadli tolong book kan this flight. Few minutes lepas tu dpt email eticket untuk flight esok.
Daripada orang berkecoh kecohan kat airport, En Fadli arrangekan dalam WA je sambil kitorang golek golek atas katil. Miahaha.
Kitorang Tarik selimut, tidur balik. Zzzzz!


10 February 2016 (Rabu)

Skip breakfast sebab bangun lambat dengan sengaja J.
Tetibaa dapat sms Rayani retime lagiii, dpt pukul 11am ke 1pm pulak. Okey finneee. Aku kiasu teramat sangat g whatapps En Fadli lagi sekali. “flight retime, jangan cancel pulok deh?” dia pastu reply “takdop, retime jah tuu” Okey fine.
Kitorang lepak kejap, mandi, pastu bertolak untuk lunch. Lepas lunch g airport. Check in apa bagai. Time check in tetiba org kat kaunter tu cakap.
“eh ini BC (business class) ni!”
“ehh BC (business class) ke? Tatau pulak, kitorang la yang pttnya balik semalam tu” sambil wink wink kat Rein dgn Bak. Miahaha!
“okey takpe deh, nanti ini seat number, nanti ddk kat area BC”
Yaay! Beli economy, Rayani kasi free Business Class. Alhamdulillah rezeki. Nasib baik tak berebut balik kul 2am semalam.. Phew!
Lepak sambil tunggu time boarding apa bagai, naik atas aircraft. Meh nak cerita pengalaman naik BC pulak:
Mcm biasa, BC priority boarding. Naik dulu takyah sesak beratur. Seat, mmg lah, bigger! From 3 seat ekonomi jadi 2 seats untuk BC. So yah, dapat imagine how big is that lah. Once seated, dia kasi cold towel untuk lap muka dengan tengkuk yang kepanasan kat luar tadi tu. Lepas tu dia offer juice.
Lepas juice, take off. Dekat seat dia kasi bantal. Emm tidur pun sedap ni.
Time dah kat atas dia offer refreshment meal pula which is Tuna sandwich, Chicken sandwich, Kacang dgn Chocolate Cake. Memangg lahhh kenyang nak mampus!
Lepas tu dia offer coffee, tea atau milo pulak. Memang aku order milo lah.
Lagi lah kenyang perut aku. Alhamdulillah. I love it! Lepas makan dia kasi hot towel pulak! Ehhh banyaknya towel hehehe.
Stewardess pun tersangat lah baik. Cantik pula tu. Eh?
Tak lama lepas tu dah nak land. Hokaloh!
Tak sempat nak tidur pun. Hahaha! Asyik bagi makanan je, tak sempat nak tidur. Kahkah!
And we finally land dengan jayanya. Sampai KLIA2 ayah ibu pick up kitorang. Drama kejap, ibu nangis tengok Izara. Rindu gamaknya 5 hari tak jumpa. Kehkeh! Comelnya Ibu ni tauu.

Lepas tu from Taman Melati gerak balik ke Alam Damai. Maka berakhirlah percutian singkat kami ke Kota Bharu. 

Sunday, February 14, 2016

4D3N Ad Hock Langkawi Honeymoon - Langkawi Lagoon Resort

Blog ni dah pending terlalu lama, cerita bulan November 2015 baru berkesempatan nak post February 2016! Nasib lah...  :)

TRAVEL REVIEW: LANGKAWI
DATE: 6 – 9 NOVEMBER 2015

Actually kan, the original plan was pegi Bali. Tapi dek disebabkan gunung berapi kat Lombok, pastu semua flight ke Bali cancel. And MH bagi notification in less than 24 hrs. nasib baik kitorang dah well aware dengan benda ni, so at the same time dok arrangekan plan B. which is: LANGKAWI LAGOON!
Minta MH change destination and bayar sikit fare difference so wallah! We are In Langkawi.


Sampai LGK around 12pm gitu, sampai ke kat airport, Bak dah arrangekan car rental. Kitorang dapat Toyota Vios yang baru which is cost us RM 360 untuk 4 hari. So, dapat kereta terus carik makanan. Since hotel check in is 3pm, kitorg g lunch dulu.
#tips: most of the warung/foodcourt tutup hari Jumaat.

Kitorang terjah ke Paparich untuk Lunch. Kelakarnya, dok makan kat mall ni, dia tulis THE LARGEST SHOPPING MALL IN LANGKAWI. Sobs! But more likely to look like Mutiara Kompleks kat Jalan Ipoh je.
Okey fine, faham la, nak besar camne la sangat kan. Hehe. Jgn marah naa org Langkawi. Hihi
So! Lepas lunch dan jalan-jalan, kitorang proceed ke Langkawi Lagoon.


Lokasinya: depan Kuala Melaka Inn, dekat Jalan Kuala Muda. Takde la dekat sangat dgn Chenang, kena naik kereta sikit je.
#tips: sesuai la kalau korang takmo dgn keserabutan Chenang
#tips: Chenang banyak gila construction sekarang
Hotel dia besar, cantik, bilik puas hati, aircond kuat gila, pool ada dua yang luas, private tak ramai orang sangat, breakfast sedap walaupun choice tak banyak sangat, and hotel mmg kena banyak maintenance. Ceiling kitorang bocor, nasib baik kat depan pintu masuk tu je.
Oh, kitorang dapat bilik Jr.Suite Room with seaview. Bilik tu siap ada kitchenette,living hall and balcony. Toilet ada shower & bath tup sekali. Yay!
First day kitorang sampai, disebabkan penat, kitorang bantai tido sampai 8pm. Hahahaha! Bapak lama gilaaa! Apa pun x sedar. Dgn aircond yang best! Memang tido jela manjang.
Bangun je malam tu kitorang g makan kat Uncle Jai. Lepas makan, kitorang ke Chenang untuk jalan jalan, tapi semua kedai dah tutup. Cis! Tido lama lama lagi.
#tips: UNCLE JAI - makanan dia affordable and sumpah sedap! Lokasi: Kuah.
#tips: bulan November, Langkawi hujan. Sigh!



2nd day
Breakfast. Wohooo! Breakfast dia sedap, especially roti canai. Cintahati bantai makan 2 roti. Dok ulang alik pegi kat stall roti canai dia. Hahaha! *gemok la woi*



Lepas tu, kitorg jenjalan buat tour kat hotel area. Okey, Ombak Villa dia bebetul tepi pantai. Mcm bungalow la, nama pun villa. Sure luas jugak dalam tu. Pastu, for me yang cantik and menarik is diorang punya Sea Village. 


Kitorang x berapa nak cukup budget untuk book those two rooms. Tapi dapat Jr Suite pun okey sebab view dari bilik dia super awesome!
Hotel ni luas, boleh men beskal, boleh buat water activity, boleh gym, sauna.
#tips: untuk travel agent yg buat group. Diorang ada luggage room and medical room.
Tak banyak yang kitorang boleh berjalan sangat sebab Hujan. Keluar je kereta hujan, keluar je hotel hujan.


So banyak termenung dalam kereta je. Haha! The only place kitorang dapat singgah Cuma Beras Basah, which aku Cuma Nampak sebijik rumah yg lawa. And pegi Galeri Perdana. Haha! Nothing much la to act as tourist kat Langkawi kot. Maybe sebab aku bukan jenis sukakan muzium & history kot.






Ohoo! 2nd day kitorang ada candle light dinner. Yay! Malam tu lepas maghrib kitorang turun kat restaurant dia. And diorang set up kan candle light dinner. Lawa! Bebetul tepi pool. Agak agak kalau staff dia tersadung kat meja sure dah tercampak masuk pool hehe. The food was marvelous! Sedap gila. Potion pun sangat lahhh puas hati. Makan sampai kenyang, ngantok terus kitorang.




Lepas dinner Bak ajak jalan jalan kejap, saje cuci mata. Tidur terus lepas makan kan tak elok. So, kitorang pusing pusing Chenang lagi. Hahaha! *mana lagi nak pusing*

3rd day
Saat paling menyedihkan, kena tinggalkan Langkawi Lagoon. Time to check out! Disebabkan kitorang ada sehari lagi, kitorang decide untuk stay 1 more night kat Bayview. Book hotel pun tersangat last minit, rupanya bilik yang available Cuma kat executive room. (dah check in baru perasan, maka ada lah free flow hi tea apa bagai)

4th Day
Last day bermakna hari untuk shopping! Habiskan sepenuhnya masa untuk shopping. That’s one of the reason kenapa stay kat Bayview, senang sket nak menghabiskan duit! Sigh. Lepas shopping, drop kereta kat airport and balik KL!
Conclusion, trip kali ni agak mahal, bukan agak, tapi SANGAT mahal. Mana taknya, semua pun book last minit. Flight last minit! Nasib baik member keje under Langkawi Lagoon. Dapat la special rate siap honeymoon package. Yang buatkan mahal adalah last minit change plan tu lah kot, and nak ke mana pun tak boleh sangat, ada sehari je untuk plan honeymoon.

Tapi takpe, dah kawin boleh honeymoon hari2! Kuikuikui!

Thursday, February 11, 2016

Pengalaman ZERO, gaji nak HERO

Tersentak dengan orang share kat FB, fresh grad demand gaji tinggi. Same goes with my situation baru2 nie. Tapi bukan gresh graduate punya orang, tapi penukaran bidang.

Ada je orang yang hantar resume, nak minta tlg tanyakan kat HR ada kerja kosong tak. Tapi tengok resume dgn background dia balik rasa mcm tak sampai hati nak pass ke HR. Background chef, kerja memasak, nak masuk travel agency, ok fine, benda boleh belajar. Tapi, gaji mintak RM3000. Blerghh! Aku dulu pun tak dapat la mcm tu sekali.

Bila Tanya, gaji takmau kurangkan ke? Dia cakap gaji sekarang ni 2k lebih, so terasa nak tukar bidang so nak gaji yang lebih kurang sama atau higher. Sobss! Kalau aku sendiri yang culinary student pun, aku nak masuk kitchen balik aku redha je gaji sikit je, sebab aku faham dah lama tinggalkan bidang tu & dah tak layak nk gaji tinggi2.

So, sedar lah diri anda, mula kerja dengan gaji sikit dulu ye? Lama lama kalau dh boleh catch up dengan work flow insyallah bos akan naikkan gaji sikit demi sikit.

I remember once when aku start bidang tourism. Time interview bos Tanya nak masuk outbound ke inbound? Sepatah haram aku tak faham. YES! I’m not from travel industry. Aku more on hotel and culinary. Kalau belajar bab travel pun Cuma 1 subject je, Cuma guiding.
So tentulah operational punya terms aku tak faham lagi J

Tapi Alhamdulillah walaupun blur time interview, bos amek aku kerja jugak, dengan gaji berbekal kan RM1,300 jew. Kerja isnin sampai sabtu. Time matta kene kerja. Orang g kenduri kendara aku menaip email kat PC. Sobs! Tapi Alhamdulillah, bila dah start kerja terus mcm minat kat travel tourism, bos Nampak kita kerja mcm mana, naik lah gaji sikit2. Lps tu pergi course untuk tambah skills. Baru la resume Nampak berbaloi dgn gaji.


Memang la sekarang kos sara hidup tinggi, tapi kalau ye pun jangan lah demanding sangat dalam pemilihan kerja. Start je dulu, belajar selok belok. Pengalaman tu yang penting. 

:) #adayangsentapkah