Thursday, June 30, 2016

Hari Raya!


Selamat Hari Raya!
Tahun ni first time balik raya jauuuuuuuuh dari mummy abah. Tahun ni first raya sebagai isteri dan menantu. Cewaaaah!

Perh, sure macam sebak gila time raya pertama kang. Walaupun aku selalu cranky beraya kat KL yang membosankan (balik kampung pun selalu kejap je), tapi bila dah jauh nanti sure macam terkenang kenang. 

Raya tahun ni. beraya kat Penang rumah family shuben tersayang. Jom kita merasa beraya kat negeri lain pula, cara lain pulak.

Normally kitorang raya kat KL, pagi raya tu bersiap siap pergi sembahyang raya. Lepas tu balik rumah kalau abah tak missing in action, kitorang salam raya ramai ramai. kalau abah missing in action, kitorang akan lepak mcm tunggul kayu je sambil mummy bad mood the whole day. 

paling seronok pun, (again kalau abah behave) kitorang bertolak balik kampung lepas sembahyang raya. sampai kampung makan makan, borak borak, lepas tu ikut lah sape sape berjalan raya.
Tapi tak lama, petang je abah ajak balik KL dah.

so the next day, tidur je seolah olah tak raya. macam public holiday biasa. haha!

Malam tu lepak cafe hipster dengan bandel. eheh! 

Tahun ni taktau macam mana nasib diorang sebab, 2nd Raya bandel dah pegi Korea. So, tradisi lepak cafe hipster hari raya kirim salam. 



Monday, June 27, 2016

NEW MISSION!

Yay! ada lagi sebulan nak berhenti kerja!

Tapi tak, less than one month actually. sebab, last day should be 30th July pastu tolak annual leave maybe tentatively  22nd July dah last day. Tentatively lah. Sebabnya HR tak panggil lagi, aku pun tak sure zaman bila diorang akan panggil, maybe few weeks sebelum last day lah kot.

Takmo cerita dah pasal company! Now I have another mission.

Emm, actually aku quit ni sebab dah fed up nak kerja, plus company ni pun mcm &%$#^* je. Baik aku blah sebelum lagi banyak aku carutkan kat sini kan?

Aku confident je hantar surat resign hari tu, tanpa ada back up plan yang lebih meyakinkan. The actual back up plan was balik Alam Damai, tinggal sana and buat lunch food delivery sekitar KL & Klang Valley. It was a great idea dah at first, aku pun dapat stay kat rumah teman mummy and mummy boleh tolong.

BUT, the idea ruined setelah beberapa minggu planning. Sebabnya mummy tiba tiba takmau tolong. Knowing mom, aku tak sepatutnya berharap kat dia pun actually. Sigh! Lepas tu mummy suruh handle homestay dia pulak and semua expenses AD & semua homestay aku kena tanggung, Kiranya aku yang jobless ni kena tanggung expenses SEMUA ORANG kat rumah.

Mati lahh!

Terus aku fed up lagi sekali. Aku merajuk dah, tak bg kata putus terus. Diam je.

Time tu, down lah apa lagi, mana aku nak cari income ni weh? Pikir nak jual kek je, tapi berapa sen jela sangat income?

So, suatu hari yang bertuah, aku scroll internet. Saje google “kedai untuk disewa” google “peluang perniagaan” google google, terjumpa lah lifesaver!

Advertising ni mcm nie:
--------------
Tapak Kedai untuk Disewa. Shah Alam Area
Salam Sejahtera kepada usahawan Majalah.

Nama Kedai : Restoran DeDon
(Food Court Concept/ Konsep Medan Selera)

Lokasi: Jalan Juruwang A U1/A, Laman Glenmarrie (TTDI Jaya Shah Alam) Shah Alam, Selangor.
Kedai corner lot dan mempunyai ruang untuk membuka meja di kaki lima jalan, berdekatan kawasan kepesatan penduduk disekeliling banggunan, bersebelahan hotel RedWood Inn Hotel Shah Alam, berdekatan tempat pengajian Politeknik, KDU Colleague dan Montfort Boys, berdekatan kawasan pejabat dan kedai-kedai di seberang jalan, berhadapan dengan Kompleks Sms PDRM. (Penduduk, pekerja dan pelajar ramai dan boleh menjadi tempat strategik untuk mereka mencari makanan yang perlbagai kerana berkonsepkan foodcourt).

Moto Restoran: Join The Family
(JOIN: Dikhususkan kepada pelanggan dengan mengalu-alukan kedatangan mereka ke Restoran De'Don.
FAMILY: Merujuk kepada semua vendor, peniaga, pekerja, dan pihak pengurusan yang bernaung di bawah payung Restoran De'Don)

Tarikh pembukaan :
August 2016

-----------------

Hahaha! Aku terus call encik Aiman nie. Dia offer buat konsep foodcourt so nak sewakan slot, Bak terfikir satay tokmi. Aiman cakap untuk satay sewa RMXXX per month.
Aaaahhh! Grab je terus.  Murah sangat dah tu!

Malam tu jugak aku jumpa Tokmi discuss pasal satay and lepas beberapa hari jumpa Aiman deal direct and terus bayar booking.

planning menu whatsoever, costing semua, siap!

Done! 

Aku dah Nampak masa depan, haha! Alhamdulillah..

Nanti next post aku warwar kan pasal kedai okey?


Rezeki! Rezeki! Alhamdulillah :)

Monday, June 6, 2016

4 Days 3 Nights Jogjakarta (May 2016)

Actually plan Jogja ni aku dengan Syafiq je. Kitorang main redah je book flight, saje nak explore tempat lain. Lepas tu, bila dah book, search kat Pak Google, rupanya banyak gila tempat best kat Jogja.
Kitorang hasut Ilham ajak join, end up trip ni jadi bertiga!

Saje gedik nak share jugak ongkos perjalanan ke Jogja ni.

4D3N Jogja Trip #travelcompanion3
Overall budget Jogja for two pax
Flight ticket including 20kg luggage and meals   RM 640
Accommodation for 3 nights at Malioboro          RM 399
Fullday car usage and supir for 2 days               RM 256
Travel Insurance                                                RM 70
Meals and shopping                                          RM 750
Tour/Entrance Fee                                             RM 300
TOTAL                                                            RM 2415 / couple


Itinerary for 4 Days 3 Nights Jogjakarta
Day 1 – Kuala Lumpur to Jogjakarta
Hotel: Whiz Hotel Malioboro
Kitorang amek flight pagi, kul 9.45am. Dah siap check in online dah, so pukul 7 lebih camtu dah sampai airport. Drop luggage pastu breakfast kat KLIA2. Naik flight and bermula lah misi jalan kami.
Pukul 11.30am sampai Jogja. Airport dia kecil sangat, simple je airport nya. Ada dua terminal. 1 untuk International, 1 untuk domestic. Amek luggage semua pastu jumpa Pak Ariya. Pak Ariya ni la yang arrange kan transport kitorang kat sini. Dia kenalkan dgn driver nama Pak Dwi. Perjalanan dari airport ke hotel around 30 minit sebab jem. Sampai hotel before 2pm so tak boleh masuk bilik lagi. Kitorang check in and bayar deposit hotel.
Teruskan perjalanan ke Prambanan. Perjalanan dari Malioboro ke Prambanan dalam 1 jam. Bayar entrance fee kat Prambanan pastu masuk. Oh, kat Prambanan tu foreigner and local harga berlainan. Kalau ada student card pun harga lain. Kitorang ni mana laaa simpan student card lagi, kalau ada pun muka zaman bila entah.
Bila dah masuk Prambanan, ada local guide akan introduce diri dia and dia akan offer service guiding – with an additional cost. Tapi tak mahal pun. Dia punya explanation bagus gila. Dia akan cerita pasal kisah Ramayana, Krisna semua tu, pastu bawa masuk candi semua. Recommended amek guide untuk tau info pasal Prambanan. Even guide tu akan bagitau kita lagi mana HOTSPOT untuk amek gambar. Haha!
Kalau ada extra duit, boleh join Sunset tour Prambanan. Dia ada show lagi – nama dia Ramayana Ballet.

Lepas cover Prambanan, kitorang lapar. Request kat Pak Dwi nak makan mi ayam dengan Bakso. Perh, rasa dia terbaik! Minum pulak the botol dia yang sejuk.
Ptg tu Pak Dwi suggest pegi Queen Boko Temple, tmpt ni kat atas bukit, ramai org naik situ utk tgk sunset. Kalau nak pergi tgk sunset kat situ, entrance fee include dgn dinner..so xpayah susah2 nak carik makan dinner dah. Tapi, disebabkan hujan at that time, so Pak dwi cadangkan pergi tmpt indoor lah sbb bazir lah katanya lau kita nak balik hotel awal2. Dia bwk Muzium 3D dgn Wax museum
So, kitorang pegi muzium 3D dengan Wax Museum je. Pernah pegi yang dekat Bangkok punya, lagi best! Jogja punya kecik dan dekat dekat, so kalau ramai orang takde feel nak amek gambar. Baru nak posing, stranger kat sebelah dah photobomb. Argh!

Kitorang melepaskan kekecewaan dengan makan! Jalan jalan kat sekitar situ Nampak ada food truck. Eh cool! So kitorang order makan:
1.     Jus Alpukat x 2 (RM 3.90 each)
2.     Soda
3.     Cireng
4.     Saus Saus Ayam

Lepas tu kitorang jalan lagi, Nampak stall tepi jalan. Ilham nak minum air kelapa muda. Singgah la makan situ pulak:
1.     Air Kelapa Muda
2.     Chocolate Waffle
Ok. Taknak complaint pasal makanan. Haha! Tapi boleh complaint pasal harga. Mahal! Makan kat food truck murah lagi. Stall tepi jalan lagi mahal. Cheh!

Malam tu, on the way back Pak Dwi asyik mention Gudeg. It’s a local traditional food la kat sana. So, dia drop kitorang g tapau Gudeg. Gudeg is actually Nangka yang dimasak dengan santan dalam tempoh yang lama sampai kering. Makan dgn nasi putih and ayam atau daging, Mula mula rasa mcm taknak makan sbb aku tak boleh terima makan buah dgn nasi ni hahah! Sekali tu, bila dah cuba, Ya Allah sedapnya! Berbaloi lah makan. Tak tau mana rasa nangka dia. Semua pun sedap, fuh!
Recommended makan Gudeg Yu Djum.

Deposit Hotel: RM 18.00
Entrance Candi Prambanan: RM 70 per person
Local Guide kat Prambanan: RM 30 per guide. So, kami bertiga jadi RM10 seorang.
Lunch Mi Ayam & Bakso: RM 8.50 for 3 person
Wax Museum & 3D Art Museum: RM 30 per person combo package
Total makan kat food truck untuk dinner: RM 14.40 for 3 person
Air Kelapa muda & Chocolate Waffle: RM 12 for 3 person
Gudeg Yu Djum RM 5.70 per meal

Day 2 – Borobudur
Plan asal dengan Pak Dwi nak g Sunrise Borobudur tour, kena bangun kul 3am, dia pick up kul 4am. Tapi kitorang tak larat. Call balik cakap pegi tengok Borobudur biasa jelah. Mengantok!
Breakfast kat hotel, Whiz Hotel ni punya breakfast semi buffet. Main course kena order, ada mcm mcm nasi Jogja. Aku order Gugeg lagi, sebab semalam makan Gugeg tu best. Lepas breakfast, terus ke Borobudur. Perjalanan ke Borobudur dari Malioboro around 2 jam. Sampai sana sama mcm Prambanan, ada foreign rate & local rate. Kitorang pegi beli ticket kat International counter, takde manusia langsung sedangkan kat local tu terlalu ramai umat sampai beratur. Nak pula time travel ni waktu cuti panjang kat Jogja. Cis!
Kat Borobudur kitorang tak amek local guide, tapi driver dah explain dah sikit sikit sejarah Borobodur ni. Menarik! Nak sampai ke puncak candi tu memang kena jalan pastu panjat tangga yang tinggi. Penat la, tapi berbaloi. Sampai atas tengok view dia memang terbaik. Kalau time tak cuti panjang, sure lagi lawa candi tu. Around pukul 11 camtu kitorang dah turun untuk ke next destination.

Mount Merapi! Tengok bekas volcano. Tengok gunung berapi J Trip ini adventure! Pak Dwi drop kat base dia untuk kitorang naik jeep. Ini lah nama dia “mount merapi adventure volcano jeep tour” haha!
Okey, journey jeep ni ada 3:
Short – 2 jam
Medium – 4 jam
Long – 6 jam
The longer diorang cover, lagi banyak tempat pegi. Kalau amek long journey dia masuk dalam lopak air apa semua. So kena la stand by baju lebih.

Kitorang amek short journey je sebab dia cakap itu je yang available time tu. Tapi short dia pun 2 jam jugak whoa! Naik jeep masuk hutan, naik bukit, turun bukit curam memang pengalaman awesome gila. Lepas tu dia bawak g museum peninggalan rumah mangsa volcanic eruption tahun 2010 dulu.

Part sini sedih. Tengok rumah tinggal, gambar mangsa semua. Hmm..

Lepas tu, kitorang dibawa tengok “Batu Alien” gulp! Rupanya dia adalah sebijik batu besar yang dikatakan dulu sebelum meletus batu ni takde pun kat situ, batu ni wujud kat situ lepas volcano. Batu ni bentuk rupa pakcik tua tengah sedih. Wallahualam.

Sambil tu tengok aliran larva yang lalu waktu meletus dulu, tengok terowong yang dah runtuh.
Tanya pakcik tu, last was 2010, bila anggaran dia akan meletus lagi? Dia cakap patutnya setiap 5 tahun, maknanya anytime jelah. Gulp! Whoa! Kami kat bawah gunung je nieee!

Lepas tour, masing masing dah lapar. Yelah! Belum lunch lagi. So stop kat Restaurant Minang untuk lunch nasi padang. Kami 3 org lapar gila, amek lauk pun bukan sebarang lauk,nasi setimbun, ayam, daging, sayur, telur apa semua bagai. Harga tak sampai RM20 pun untuk 3 orang termasuk air.

Perut dah kenyang, singgah ke Gumuk Pasir untuk amek gambar.
Lepas tu, on the way back singgah beli Murtabak Terang Bulan dan Murtabak Telur! Argh my favourite!

Sampai hotel dalam pukul 9 malam, kitorang jalan jalan kat area Malioboro untuk tengok view malam dia dengan pegi shopping sekali.



Entrance Fee Borobudur: RM 78 seorang termasuk welcome drink
Entrance Fee Sunrise Borobudur: RM 120 seorang
Jeep ride short : RM 114 per trip. Satu jeep boleh muat max 5 pax.
Jeep Ride medium: RM 135 per trip. Satu jeep boleh muat max 5 pax.
Jeep Ride Long: RM 165 per trip. Satu jeep boleh muat max 5 pax.
Lunch Nasi Padang: RM 19.50 untuk 3 orang
Murtabak Terang Bulan (manis) & Murtabak Telur: RM 6 each
Tshirt: RM 5 sehelai dalam IDR14,500. Kalau XXL mahal sikit.

Day 3 – Free & Easy
Hari ni tak kemana mana, kitorang pun tak amek driver untuk hari ni. Saje nak spend masa kat Malioboro. Orang cakap hot spot Jogja! Nak juga tengok apa yang menarik.
Bangun hari ni agak lewat, tidur puas puas. Lepas tu breakfast. Hari ni punya meal pun sedap! Aku order beef steak rice, siap repeat order tauu! Lepas tu keluar jap kat Malioboro tengok apa yang ada. Kejap je round round area situ, agak dah panas sikit kitorang naik balik. Call reception mintak massage service. Spa diorang datang bilik around 1pm camtu. Kitorang massage kaki dengan tangan je.

Lepas tu agak dah redup sikit kitorang keluar carik makan, makan kat mall berdekatan. Masing masing dah kenyang, kitorang gerak pegi Beringharjo Market, jalan kaki je. Dia connecting dengan Malioboro Street. NOTE: Market ni tutup pukul 4.30pm.
Kitorang pergi agak lewat diorang dah nak tutup kedai dah. Dah jenuh berjalan, kitorang balik ke hotel. Rehat kejap.

Malam tu, keluar cari dinner. Jumpa satu restaurant yang agak moden kat situ. Bukan apa, banyak je stall kecik kecik boleh singgah makan, tapi takut sakit perut, kitorang kena la spend lebih sikit untuk makan kat restaurant. Kalau ada driver dia boleh rekomen gerai yang bersih dan sedap. Kali ni kami sendirian je, terpaksa la pandai pandai sendiri. So, Nampak kedai mcm hipster tu masuk jela. Tapi makanan dia tak kena dengan tekak, haha! Tapi dah lapar, redah jelah.

Lepas makan, jalan jalan kejap pastu balik hotel. Tido!


Batik : RM 88 untuk 3 kain. Each kain 2 meter.
Hand and Feet Massage RM 30 per hour/person

Day 4 – BALIK!

Breakfast kat hotel pagi ni makan nasi lagi! Haha. Tapi don’t mind sangat lah sebab food dia semua sedap gila. Memandangkan kitorang ni hari ni nak balik, and takde lunch dah, so makan lah breakfast puas puas! Flight kul 11, so pukul 8 dah check out bertolak ke airport. Sebelum tu singgah beli Bakpia diorang yang sedap tu. Actually for me, yang paling sedap kat depan hotel kitorang ni je. Yang supir bawa g kedai sorvenir tourist tu biasa biasa je. Beza harga pun takde lah mahal mana. Worth it lah.

Sampai je airport terus check in luggage pastu habiskan segala duit rupiah. Oh! Dulu mana mana destination from Indonesia, kena bayar departure tax kat airport. Dalam RM 32 seorang. Tapi sekarang dah takde. Semua dah include dah time kita book flight tu. So don’t worry lah kalau duit rupiah dah terhabis.


Lepas tu, naik flight and balik KL! Babaiii Jogja. Till we meet again, insyallah.