Tuesday, December 22, 2015

WEDDING POST

Sejak dah kawin, terus lupa nak update blog whoaa! haha!

Just a quick update in case I ever have a silence reader out there. (tee hee)
I just came back from my Bangkok trip.

But in between tu dah banyak sangat benda yang terjadi, satu pun xleh nak update dalam blog lagi. Gilaaa ahh! Sangat bersawang lah blog aku nie.

so, where shall we start?

Pasal kawin? Back in last October? Emm. Lamanya kalau nak kena menaip pasal kawin woi.

Malas taip panjang panjang, aku kasi brief review je about my October until December.

30 October 2015 Alam Damai, Cheras
Alhamdulillah, tarikh keramat ini lah aku aku akad nikah. Timing, about 8.30pm gitu la lebih kurang.



Jemputan tak terlalu ramai, just dalam 300 pax je untuk nikah. and hantaran pun 7 balas 5 aje.














What I love about adalah, baju kebaya nikah ni. Sebab kain dia aku beli sendiri kat Bandung. And time beli tu i was like NO IDEA zaman bila aku nak kawin. Beli je, pastu peram dalam almari and bila guna tu mcm "this is the timeeee" . gitteww..





31 October 2015 Alam Damai,Cheras
Reception day. The second big day (for me nikah is the big day)
Overall ada menda yang aku tak puas hati time ni, tapi malas fikir dah, after few months aku macam boleh move on. Itu la antara sebab kenapa blog kawin tak pernah nak update.

Tapi fine, things went well. Alhamdulillah that small glitch here and there orang tak realize sangat.









Opsss! Bos lalu, choww!!



Sunday, October 11, 2015

Monday Blues

Tetiba mood kerja hilang. Haha! Dah la puasa ganti, coffee tak dapat. Makanya, lemau saje lah hari nie. Malas la pulak, esok jela sambung kerja. Hari ni plan nak bermalas malasan. Oh ye, lupa nak update. Tadi HR panggil, ingatkan kena buang kerja. Haha! Rupanya dia bagitau Bos dah approve spouse kerja sekali J So makna nya boleh la kerja sama as long as tak EL, MC together gether. Alhamdulillah. So boleh la kerja sini sampai 5 tahun. (ehh?)

Thursday, September 24, 2015

A’famosa Malacca

6 – 9 September 2015         A’famosa Malacca

Trip bersama office mate. Total budget around RM 260 per person untuk 3D2N trip including transport and makan. Bertolak Jumaat malam lepas kerja sampai Ahad tengahari. Kitorang ada 9 pax.

Jumaat
Lepas kerja kononnya nak balik on time sharp pastu dinner and gerak ramai2 ke Melaka. Tapi masing masing ada urgent booking/flight issue makanya semua pun lambat. Kitorang bertolak from Bangsar kul 8.30pm, stop makan kejap kat R&R and sampai Afamosa pukul 12am. Dah la afamosa tu jenis gelap gugup! Jadahnya sampai tengah malam. As soon as arrive, check in and amek kunci. Nak mencari mana satu check in punya tempat and carik bungalow mana pun satu hal, sebab terlalu gelap. Nak tengok signboard pun tak tertengok. After few turn arounds, go ahead go stand baru sampai. Haha! Masuk bungalow and we satisfied with the space and rooms!
Ada 4 bilik,  2 toilet, 1 dapur, ruang tamu and ruang makan. Can accommodate up to 12 pax. Ikutkan banyak lagi pun xpe, kena la bawak bantal tilam sendiri.

Sabtu
Bangun seawall yang mungkin walaupun ngantok maha agung, tapi terpaksa jugak bangun. Pagi ni pegi breakfast (from bungalow ke tmpt breakfast kena drive ye!) Lepas makan, masing2 gerak ke waterpark!
Wehooo! Walaupun dia tak se extreme Sunway Lagoon, but we still love it. Kitorang suka sungai yang ada wave tu. Aahahah. Dia ada jugak Vuvuzela macam Sunway Lagoon, tapi nama dia Ice Cream. Smaller but best! Kitorang spend time lamaaa gila sampai petang. Masing2 tahan lapar, nak makan kat luar sebab dalam tu mahal. Tips: Pls sewa pelampung. Banyak ride kena pakai pelampung.
Petang tu, masing masing dah tahap kebulur so kitorang decide untuk beli roti & snack untuk alas perut.
Balik bungalow pastu dalam lapar lapar pun, semua jadi hantu air, terjun dlm Pool!
(Pilih bungalow yang ada pool. Tapi time ni pool dia mcm tak bersih sikit… sobs)
Malamnya, lepas maghrib kitorang bertolak ke Umbai untuk makan Seafood.


Ahad
Kitorang bangun (tak seawall first day) pastu breakfast. Note: Nasi Lemak buffet dia awesome.
Lepas makan, ada yang masih nak berendam dalam pool. Ada yang rehat rehat. Kitorang bersiap untuk check out and bertolak balik KL. J

End of our holiday.

Bridezilla Yang Comel

25 September 2015

Alhamdulillah, semua urusan rasmi & documentation dah settle untuk wedding. Pastu dah pegi RS untuk decide on the pelamin, baju and aksesori semua. Good things went well.

One things about me, aku suka expect the worst. And alhamdulillah come out nice and clean J

Now tinggal nak siapkan urusan kecik kecik mcm doofgift, henna, handbouquet etc tu je. I think i can calm down by now (YEKE!!) . And nak siapkan few flow untuk reception je sikit.

Phewww! Actually bende kecik yang nampak remeh temah ni yang sebenarnya complicated. And i need to have my singers to be ready with a song list too! And rehearsal apa bagai. Damn banyak lagi kena fikir.

In the other hand, i have unofficial wedding planner yang masih lagi belum punch card! Mana kauu mana kauuu? HAHAHA! *bridezillamodeON*


(agak dah I cant calm down)

Friday, August 28, 2015

WEDDING TAK HAJAK! KAHKAH!

Lagi few hours je lagi dah nak balik and terus ke Merdeka Holiday :) Tak sabar nak balik and tidur sepuas mungkin.

Oh ya, time cuti panjang ni la ramai orang kawin. Termasuk la seketul officemate. Punya la berahsia wedding sendiri sampai lusa nak nikah pun tak nak bagitau orang. Apatah lagi nak menjemput, memang tidak lah.

Tak kisah pun.

Cuma for those yang nak kawin, kalau boleh bermanis kan diri lah mengajak. Bukan apa pun, orang datang ke tidak tu lain cerita. Yang pasti member member lain tak le terasa.

Bila dah mulut orang tu, memang sedia ada bercerita, dalam surau pun boleh buat ketupat. Kita mana nak tau kan kan kan?

Benda baik kenapa nak sorok kan?  Hek!

memang la for you macam "ala kenduri kecik kecik je, takyah ajak lah" atau "alaa ajak pun, bukan diorang nak datang" tapi mcm aku mention atas tu la, datang tak datang lain cerita.
Tak sedap la kang bila tengah lipat telekung dalam surau tetiba member sorang tanya

"ehh kau datang wedding AAA tak?
"wedding? Em dia tak ajak pun."

kan ke awkward moment sikit dalam tu. Hahaha!







Sunday, August 23, 2015

68 days before

Less than 3 months yaw! Last weekend aku try baju kawin kat Rins Suzana, actually aku dah ada baju dah tapi since the package offered include baju (and reducing the baju doesn't make any large different pun) so aku pun bersetuju untuk amek jela baju sekali. 

Pemilihan baju, aku depends on Capik. Mana yang fit for him, aku choose the same colour jela. Since aku pun takde any particular colours pun sangat. So end up warna yang match with his size adalah Beige. Haha. Sama je kaedahnya dengan baju aku tempah white, beige and gold sikit2. Yahh that's good. Bagus la. Tak lari mana. 

Baju Capik nampak fit in baik je dgn dia. Tapi, baju aku nampak mcm robocob. Sigh. 

Dada nampak besar (sbb corset dia kot) and paling obvious lengan aku nampak besau gila. Tangan gym sgt. kehkeh! 

aku dah mcm emm emm tak suka. aku cakap kat akak tu, nampak everything BIG! BIG! and tak fit langsung baju tu dgn aku. Dia boleh jawab "alaa perasaan awk je kot" uhuk! Perasaan? Hmph. I tried send the photo of me kat Rein, dia pun cakap lengan aku nampak besar and I look gemuk gila. 

Sah la org kat sana yang pelik . Hmph. Nampak sgt nak suruh aku berambus awal dari butik kan?

nasib laaaa baju kau jadi baju back up aku je. Kalau laaa aku rely 100% kat baju Rins Suzana ni, mau aku hempuk dia dgn hanger. hahaha! 

Fine, takmo bertengkar, aku diam kan aje. Pikir positive: pelamin dia je yg aku nak. Hmph. 

sigh

sigh

sigh!

Dia cakap lagi 2 minggu nak kawin baru fitting kan? 

Let's see.




Wednesday, August 19, 2015

72 Days Before

Phew. Makin dekat masa berlari lari nampaknya.

some update..

Pelamin. End up pelamin kat BTHO tu burok nak mampos. Aku book kat Rins Suzana kat Taman Permata je hasilnya. Mahal la sikit tp rasanya berbaloi kot sbb banyak inclusion. Even baju pun dia provide. Walaupun baju aku dah tempah kat Albert, kalau baju Capik available kat Rins Suzana aku grab je, banyak baju xpe in case of emergency boleh back up kan?

Kad Kawin. Alhamdulillah, tunggu kad je. Dah instruct suruh print dah. 

Catering. Menu dah discussed. Deal.

Borang Kawin. Capik dah kat Penang untuk siapkan perihal borang. Kalau semua smooth, aku proceed for my side pulak. Insyallah. Seriously aku baru je tengok borang kena isi. Tapi nervous dia mcm nak burst jantung aku terkeluar nie. Hahahaha! 

Doorgift je mummy tak decide lagi. rasanya one of these days mummy g beli kot.


P/S: end up Mummy masuk campur urusan kahwin sebab aku slow yang amat. Makanya, dia lah jadi bridezilla. ai is sibuk update kat blog aja. ahaks! 


Wednesday, July 22, 2015

Bridezilla Phase 1

100 more days for the wedding! Semoga dipermudahkan. Alhamdulillah so far so good. Preparation pun, eventho buat sendiri tapi semua smooth.

Pelamin : malas nak compare compare dah, rasa macam dah jumpa yang sesuai. so proceed saje lah.
Catering: tinggal nak bayar je
OP & MUA: settle
Baju Reception & Nikah: Tempah kat Albert, so settle.

apa lagi? apa lagi?


Tinggal borang dengan HIV test je ni kot.

Ini yang risau ni, orang cakap mende borang ni leceh yang hamat. Semoga berjaya lah pada diri sendiri. Harap harap semua pun smooth.




Monday, June 22, 2015

JB- Singapore - Islands Trip Suka Suka Pre Ramadhan - Day 04/Day 05

Day 04 –
Perh, penat tak boleh bangun whoa pagi tu. Dah sampai hotel pun almost 12am kan.
Tapi pape pun, tetap kena bangun ye. Sebab nak gerak pegi Mersing lepas check out hotel. JB-Mersing 1 hour. Sampai je kat Mersing, tengok rumah kejap lepas tu check in kat Timotel Hotel. Cute ehh nama? Haha tapi kat Mersing mana la ada banyak hotel. Paling bagus pun, Timotel ni dengan Seri Malaysia. Tapi Seri Malaysia punya hotel mcm scary bona. TV pun rosak. So, kitorg decide Timotel je since dah pernah stay sana and suka kat bilik dia yang maha spacious tu!

Hari ni plan nak survey agent untuk pergi Pulau the next day. Kat Jetty mersing tu, banyak je hotel2 Tioman, Pulau Rawa, Pulau Besar and even ada ground agent lagi. Tapi most of them tak buat day trip to Pulau. Banyaknya offer service stay 1 night. Sigh! Frust kejap hari tu memikirkan harapan dah tak ada.
End up balik hotel aje and piker plan seterusnya.


Day 05 -
Pagi seawal 6am: Bafiz & Bandel gerak pegi jetty untuk check ferry whatsoever. Dah plan dah, worst case scenario, pegi Tioman je naik ferry. L  (Tioman is toooo typical)

Tapi miracle do happen kot, sebenarnya masuk dalam dalam ke jetty tu, ada je org offer chartered boat which cost us RM 700 and plus boleh bawa kitorang pergi segala jenis pulau yang ado! Yehooo! *which is semalam dah Tanya kat company lain, dia offer RM100 higher tapi mcm mcm restriction, bosan*

So our boat starts at 9am! Lepas breakfast tu, 8.30am lagi kitorang dah sampai jetty.

Semangat kan!



So pukul 9 tepat kitorang naik boat. The island we cover adalah:
1.       Pulau Sirip
2.       Pulau Gual
3.       Pulau Besar
4.       Pulau Tengah
5.       Pulau Rawa

Malas dah nak menaip, so lets enjoy the picture!










Cantik kan? Haaa! Sebab Tioman is too mainstream, so lets go out and find other small small island camni. 
Orang pun takde.


Yaaaay!


XOXO


Thursday, June 18, 2015

JB- Singapore - Islands Trip Suka Suka Pre Ramadhan - Day 03


Singaporeee! Oh ye, malam tu aku tido rumah maksu sebab dah penat yang amat, nak balik hotel naik lift pukul 1am memang idak la. So pagi tu, breakfast and fetch bandel kat airport. Lepas tu siap siap, gerak ke Singapore. 

Kali ni g Singapore naik kereta ye!

Ok meh nak ajar cara cara masuk SIN naik kereta:
Nasib baik laa pegi dgn uncle zul. Senang the whole process. Mula mula fill up card masuk Negara org tu, ape nama tah. Lupa! Yang fill up Purpose travel, address during stay bende alah tu. Haha. Pas tu, kepilkan kad tu kat passport. Nak elak jem melampau, jgn masuk kat woodland. Masuk kat 2nd link. Tuas kot namanya. Pastu gerak la seawall 8 am. Kalau naik kereta senang, xyah keluar kereta pun. Dia punya imigresen tu mcm toll gate aje pun. So mula2 imigresen kita. Senang je, tunjuk passport. Pastu senyum pastu jalan.

Lepas tu rempuh jem 1 jam lebih untuk masuk Singapore punya imigresen. Situ, again bagi passport. Time tu jangan la tidur ye penumpang? Dia nak tengok muka setiap seorang. Pastu, jalan depan lagi, dia nak tengok kereta. Time ni pemandu kena keluar kereta. Bukak bonet. Muka suspicious tentulah kena tahan lama, muka suci cam kami ni tak sampai seminit pun. Lepas tu, jalan.

Kalau kereta tak pernah ada sejarah masuk Singapore, sila stop untuk registerkan kereta. Tak susah pun, dia nak tau kereta insured by which company je dgn no plate kereta. No documentation needed. Lepas tu masuk Singapore! Yay!!

Ok one more, SIN nie amalkan system mcm kita punya touch n go jugak. Tapi dia automatic deduct from the pass card. Xpayah touch. Kau letak kad tu dalam poket baju pun dia boleh detect. Segala toll, parking shopping mall akan pakai pass card ni. So, as soon as masuk SIN, singgah kat booth pass card untuk beli kad and top up. Kalau sehari jalan je, boleh la USD50 each car. So once you have the touch card, you can use the card for a lifetime. Nak masuk SIN 10 kali pun xda hal, asalkan top up ye?
Itu sahaja!

Kitorang pegi Singapore mainly sebab nak berjalan and aku nak beli hantaran. Alhamdulillah, dapat la few barang J tangkapan Singapore adalah handbag, hangbag lagi, and purse. Jimat ok! Takmo shopping banyak banyak.

Lepas shopping, terus pegi rumah aunty (gooowdd! Lupa nama) kat SIN. Sedihnya bila tengok rumah kat sana, FLAT aje pun with two rooms pun dah almost 1 million harganya. Sobs! Dah la kecil & sempit. Sobs. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia ye?


Lepas makan malam, shoot balik JB. FYI, nak balik pun kena touch pass card tu masa balik ye? Kat kaunter imigresen tu. Kalau lupa nak touch/swipe the card, haaaa stand by lah bayar saman. 


Kali ni enjoy Singapore trip versi lain pulak. Selalu pegi SIN masuk USS aje kan?








JB- Singapore - Islands Trip Suka Suka Pre Ramadhan - Day 02

Hari ke dua, iaitu Jumaat. Kitorang breakfast pastu terus gerak rumah maksu. Hotel dgn Tampoi Indah 30 minit ye. Jauhh gilas. Nasib baik tak jem. Kalau jem mmg tak sampai. Sampai rumah maksu, lepak breakfast lagi sekali and lepak sampai semua habis solat jumaat. Lepas tuu, baru kitorang gerak g JPO.
Yaaayy shopping.

Tangkapan JPO adalah seutas jam tangan dan 2 pasang kasut. Lepak kat JPO sampai dah nak maghrib. Puas shopping sakan. 






Balik tu, dinner kat rumah maksu. Yang tua tua keluar pegi rumah sedara kakwani, and yang muda mudi bujang (kamil bujang ke?) pegi JB Film Festival kat MMU. 

First time ok pegi tengok movie camni. Sebab artistic sangat. Yang pegi pun student cinematic dgn pencinta film. Erma Fatimah pun join sekali. Storyline cantik. Tajuk dia “Televison”. Berkisahkan seorang ketua kampong yang mengharamkan penggunaan TV kat kampong dia. Bukan je TV, segala jenis image pun x boleh. Handphone pun Cuma org tua je pakai. Muda mudi xleh sentuh. Itu pun bukan phone yang ada kamera. Even gambaaar pun x boleh. Dalam pada larangan dia tu, anak dia bercinta dgn seorang perempuan, and diorang mcm tak boleh nak communite sebab takde medium komunikasi. So anak ketua kampong pun against the father.

End of the storyline dengan ayah dia finally terpaksa terima TV and gambar untuk buat passport sebab ayah dia nak pegi haji tapi tak kesampaian.
Fuh, kalau nak cerita the whole movie mmg sampai esok tak siap menaip. Tunggu la kalau cerita ni dah sampai kat mana mana ye. Tengok sendiri.
Lepas movie siap ada Q&A dengan director and actress lagi ok?

Soalan dari penonton banyak la psl lighting la, camera la, filming la. 

Haha. Aku tau tengok movie, movie jela kan? So not artistic la aku nie pun. 



Ini la dia Director and Actress yang actually wife dia jugak :) Sweet oh diorang.



lepas semuanya selesai untuk hari kedua, kitorg balik ghumah and tido!



Tuesday, June 16, 2015

JB- Singapore - Islands Trip Suka Suka Pre Ramadhan - Day 01

Day 01 
Sampai Joho lewat malam, lepas kerja. Naik flight. Naik MH sebab harga MH lebih kurang je dgn harga AK. 
So baik amek MH ye dok?

Mummy semua dah gerak Khamis siang lagi sebab diorang naik kereta. So bila aku sampai Senai Airport, diorang yang pick up. Bila aku keluar gate je, Nampak dah Mus’ab tengah berlari kat airport. Tak payah call, Nampak dah bos kecik tu dari jauh. Hehe!
So masuk kereta and gerak ke hotel.

Accommodation pilihan kali ni berkonsepkan jimat dan family matter. Sebab dah terlalu ramai sampai 8 adults and 2 child, so baik amek apartment je. 3 rooms apartment kat Bayu Marina Resort.

Hotel wise, semua ok. Bilik best, ruang besar gila nak mampus, balkoni cantik gila, breakfast pun banyak pilihan. Cumanya, diorang punya facilities mcm lift. Sangat tak membantu lift dia.

Ok. Back to the itinerary. Hari pertama sampai hotel, lompat mcm orang jakun kat bilik dan tido!

Hotel Information: 
Nama: Bayu Marina Resort 
Website: http://www.bayumarinaresort.com/
Rate: 3 bedroom apartment dalam RM 470 per night including breakfast for 6 person. 


Gambar hotel ni daripada lensa kamera aku aje ye? nak lawo lawo tengok kat website dia sendiri. 

 Living hall dia yang luas gila.

 2nd room dia

 3rd room dia

view from balconi



Thursday, May 7, 2015

Demam Denggi . Nyamuk Jahat.

Adakah aku lupa nak update aku masuk spital hari tu? Haha! Lupa lahh tu kot. Haihh punya la lama cuti, 3 minggu tau. Nasib baik tak genap sebulan. It start with demam yang tiba tiba, end up itu adalah denggi. Sobs! 

So petanda denggi pada pengalaman aku adalah:
1.       Demam tiba tiba . demam mengejut. Kalau kita demam biasa, kita akan start with sakit tekak atau selesema dulu kan? Pastu mula la cakap “rasa mcm nak demam lah” . tapi denggi nie tak. Dia main serang je. Sejam sebelum kau sihat mcm power rangers, sejam lepas tu kau lemah selemahnya.
2.       Sakit badan. Yes, lenguh lenguh. Tengkuk sakit. Tangan sakit. Rasa lemau semacam.
3.       Temperature tinggi sangat. Tinggi wooo temperature time tu. Naik 42 terus! Zaassss!
4.       Rashes. Orang cakap rashes ni petanda baik, tpi sebab rashes muncul la aku gegas pegi spital pastu warded terus.

Ubat denggi satu je, MINUM AIR! Haha. So kalau dah kurang air, masuk spital kena la gantung dgn drip semata mata. Bosan tak payah cakap! Sgt bosan sbb drip. Orang cakap minum air rebusan betik dgn makan sup ketam. Yes, i think it helps jugak kot.

Cara cara buat air rebusan betik
aku pun taktau sbb semua mummy yang buat. Kehkeh! Tapi pahit nak mampus, aku minum few deguk je pastu campak tepi. Yang aku mampu Cuma sup ketam. Sebab ketam sedap. (lagi sedap kalau goreng, buat ketam msk kicap!) hmmph!

Sepanjang 4 hari, 3 kali aku makan sup ketam. Haha! Ehm, takla sesedap ketam masak kicap, tapi hadap jela. At least tu jauhhhhh lagi lazat drp air betik tu. Bluerrkk!
Btw, lepas dh keluar ward baru tau yang air rebusan betik tu ada jual chilled punya kat kedai. Cuba carik, rasanya 7e takde. So carik la sendiri kedai mana ada, aku ada jumpa, tapi lupa kedai tu celah mana.

Nampak tak blog ini tak membantu?

Tuesday, May 5, 2015

Engagement and Post Engagement

Aku bukan jenis malas nak update blog, tapi malas nak bukak blog and taip dalam tu. Plus, ari tu blog blog semua ni kena block kat PC opis. Kehkeh. So aku taip semua dalam word. Sedar tak sedar, sejak December tahun lepas aku peram. So yeah. Have a look. Selamat membaca segala jenis throwback.

I DECEMBER 2014.
Last week dapat info yang aku dah boleh tunang, skrg ni nak get ready with the prep and so on.
Weee!

5 DECEMBER 2014
Maaf lah yew PC office jadi diary aku. Hehe! Tak salah kot, bukannya buat jahat mana. Anyways, semalam dah dpt caterer dah. Tapi tgh PK PK lagi kalau ada better offer. Plus, nak decide sgt pun tak buleh sbb confirm pax x sure lagi. 60 should be ok la kot. Kalau agak agak terlebih, beli je kepci (hotak kau! Hahaha!).
Apa lagi eh? Oh! Tunggu weekend yg sesuai nak jejalan tengok dulang2, deco hantaran and kalau boleh beli je hantaran siap2. Pheww! Mcm la bosa bona majlis nye. Haha! Kalau boleh nak jugak la mintak tlg makcik2 baik hati sponsor apa yg ptt, tp gile? Takde maknanye! Tak berani nak request mcm tu kat org.

17 December 2014
Huish! Nampaknya cerita tunang ni dah sampai ke kampung. Abah laaa! Pegi bagitau atok depan aunties. Semua pun dah la paparazi tak bertauliah. So now, habis lah. Bukan je adik beradik dah dapat info, semalam jumpa makngah effy pun dia dah tawu. Bahahahaha! But then, satu kampung dah tau, mummy je yang buat dak. Hmph.
Ari tu jugak, bafis, kakwani dah jumpa bakal ai. Haha! So far, takde masalah J Now, proceed ke abah pulak. At the same time, pegi survey cincin jugak. Wee!

26 December 2014
Semalam jenjalan tengok cincin (weeeeee!!) boleh la kalau budget dlm 1K tu untuk cincin should be okey J . hari nie lemau je masok office dengan cuaca yang mendung sejuk ala ala kat Brighton mcm nie.

2 Jan 2015
Yay! Happy new year!

5 Jan 2015
Malam tu aku ajak si dia pegi jumpa abah & mummy. Surprisingly mummy ok je. Takde masalah pun nampak, abah pun ok. Malam tu abah soal banyak jugak la. Shahadah, alfatihah, selawat. Haha!
Benda simple, tapi bila dah gugup benda senang pun jd susah. Pastu we all semua dinner ramai2.
Malam bila dia dah balik, we all sit down and bincang pasal event tunang and wedding. Yay!

6 Jan 2015
Hari nie jumpa mama and papa dia pulak. Hehe! Jumpa kat Ikea je. At first ok la, makan mcm biasa. Lepas tu start serious. Mama dah start talking. Huhuhu! Mama tanya, serious ke nak anak dia ni? Anak dia biasa je. Ok bla bla bla. Hmm hmm, aku angguk angguk jela. Hihi. Nak cakap apa lagi, pastu mama dia cakap pasal keseriouskan perkahwinan, benda bukan main main semua. Then discuss pasal tunang, hantaran and stuff. Yay!
Nak start calling the aunties, tp dia cakap tunggu papa reconfirm dulu.
Oh ya! Wondering why mummy tetiba berubah : most probably sebab abah dah back to the family.

12 Jan 2015
Yay! Semalam dah beli cincin, tak mahal pun, both cincin RM1k je. Beli kat Tomei. Okey la. I survey kat Habib dah takde size, kat Poh Kong punya design aku tak berkenan, because i look for something simple je. Takmo la cincin bagak sangat, mcm datin datin je. Huh! Alhamdullillah, bab cincin dah settle, bab dulang hantaran pun dah settle. Balik nie nak discuss about catering and mini pelamin J Things should be okey punya la. Insyallah. Tak sabarnya nak tunang! Hahaha! Orang cakap tunang darah manis, em lets see.

13 Jan 2015
Abah tambah lagi satu menu untung tunang – Lontong. Total cost catering jadi RM1300. Nasib dia yang bayar, kalau tak mmg tak mauu nye aku. 

15 Jan 2015
Semalam jumpa Jamsari kat The cURVE. Fuhh pelamin dia cantek jugak. So aku minta full quotation sekali dengan food. Wehooo! Dia jugak ajar, kalau nak amek pakej, jgn amek yang pakej lengkap. Sebab kalau lengkap tu murah, sure ada smtg wrong somewhere. Tah sape OP dia pakai, entah sape MUA dia pakai. Kan aku dah fix nak amek kak pip jadi MUA kawin. OP je tengah survey lagi, MOM should be okey J So untuk menyenangkan segalanya, aku malas nak pk banyak, aku takmo amek pelamin for tunang, Back to basic! Sebab aku pemalu nak duduk berteleku macam patung sorang sorang tu. Biarlah senyap2 duduk dalam bilik je. Bhahaha!
Cake hantaran dah order dari kak Aisyah I Heart Desserts, F&B dari Eika, MUA dari kak ainul, Hantaran deco by IG. Haha!

26 jan 2015
Im basically over excited for the wedding! Despite that we can’t block 7/11 date, but well i think that should be okey J Semalam pergi expo Jom Kawin kat Wangwa Walk. Alhamdulillah, i manage to grab few good deals. Book photograher, book kad kawin, book photobooth.
Photobooth??
Haha! I know i should focus on something much more important. Baju kawin, caterer and pelamin pun tak settle lagi hahahha. Tapi deal nie bapakkk murahnya! Ari tu time wedding Kak Nina, aku dah enquire dia kasi rate RM2600. Gila mahal terus mcm ahhhh takpayahh! Then semalam, aku dapat harga RM 1600! Cheaper RM 1000! Yayyyy jimattt! Terus la book tanpa fikir dgn lebih lanjut. Miahahaha. Plus i know my cousins will love it kan? Boleh simpan buat kenangan J at least im doing something to make everyone happy dah. Yay!! (im a happy bride too)

4 Feb 2015
Tinggal lagi berapa hari je nak jadi Tunang orang dah puteri oi. Wehooo! Alhamdulillah, preparation tunang boleh dikatakan 80% settle. Cake hantaran dah order, pelamin pun ada you olss! Managed to booked yang cantik and simple with best price. Plan asal memang takmo pelamin, tapi bila no of pax abah dah makin bertambah, mcm terpaksa jugak la add on pelamin. Kang tetamu tanya banyak pulak. Fine laa, tambah la. Nak ber drama photoshoot kan? #24moredays
Date kawin pun nampak gayanya dah confirm. Both families dah lock the date. Aku pun dah bgtau abah. Nikah 31 Oct, bertandang 14 Nov. Since dok berebut dgn Wan sangat kan. Haiiiishh!
Takpe, Aku nikah dulu. Miahahahahaha.
Dalam pada Mama takmo buat majlis bertandang tu, tiba2 nak pulak buat majlis belah lelaki. Haha! Tiba tiba kan? ^_^ miahahah. Takpe la, good for me too. Aku kan suka! Yayyyy takde la kot kang atok tanya “bilo ehh nak poei Penang pulak?” haa sudahh. Bab bertandang, settle!

6 Feb 2015
Semalam singgah rumah makcik dia, nak pick up dulang untuk belah lelaki. Hee sambil tu borak la sekali pasal preparation tunang apa bagai, pukul berapa lelaki nak sampai semua tu. J Huwiee. Tak sangka nya! Diorang dh tempah cake hantaran, dengar cerita cake siap fondant, alamak! Aku bagi pavlova je pun. Habis lah. Maafkan la ye? Semua pun budget constrain. Miahahaha. Lagi pun takpe la, asyik makan cake je bosan la dop? Pavlova la pulek.

16 Feb 2015
12moredaystogo for engagement. Wehoo! Now now now aku dah close deal dgn Eika Catering, tapi cheque belum menyempat nak bagi lagi. Tapi cheque dh siap sign la. Tang pelamin pulak, nanti aku follow up. Tang hantaran pick up minggu depan. Yang aku runsing, tang cakes untuk guest nie. Aku harap sempat la bake 2 RV khamis tu. Jumaat tinggal nak settlekan hantaran & arch. Pastu kalau sempat nak buat meni pedi sekali. Nasib baik Kaknis offer diri nak sleep sini Jumaat tu. Kakwa pun sampai hari yang sama.
Emm! Hari apa nak beli buah buahan?

18 Feb 2015
Exactly 10 days to go! Now mummy dh start masuk campur, nak tambah kambing lah, nak tukar warna khemah lah. Aiyo! Aku pulak, time nie laa nak demam. Flu sakit mata batuk semua satu pakej lengkap. Pre engagement fever katakauu! Semalam pun tidur dh mimpi baju tak jumpa la, shawl hilang la. Hahahaha! Padahal semua elok je bersemadi dalam lemari tu. J Paranoid tak aku?!
Bila kira kira balik, list desserts buffet aku mcm meriah. Ada RV, Vanilla Cake,Tiramisu, BBP, Bubur Kacang DLL. I think should be okey J Insyallah..

2 March 2015
Im officially engaged! Yay! Alhamdulilah things went out PERFECT! Execpt some slight glinch sbb Papa nervous tersebut Encik Nasharuddin instead of Raja. But actually, personally abah OK, mummy pun sepatutnya OK. Tapi makcik2 yang over. Makcik2 bising2. So bila makcik bising, mami yang ok pun jd tak ok. Sbb mami cakap tadi “makngah bisik2 dah kat mummy” tapi makngah pulak mcm “mummy mesti bising tu kang” omg! Tapi well, Bak kata kak adrin, there will be some dramas but buat bodoh je! Listen and shut up. Jangan melawan. But so far semua (yang lain lain) tu semua ok. Flowers are perfect, bridal bouquet perfect, pelamin perfect, food best and desserts banyak pilihan. Everyone Loves it! Cousin tak jadi bermalam, End up Rein jugak la tanah tumpah darah ku, Tapi rein buat buffet table jela, takmo kasi banyak,kesian org pregnant oi. Nasib baik jugak Makyang datang malam tu buatkan semua hantaran. Nasib baik aku sempat tempah flower stands and nasib baik jugakkk aku sempat book Nails On Wheels untuk kuku kuku ku, semuanya smooth! Alhamdulillah. Banyak sgt nasib nasib baik.
Sukanyaaa dah jadi tunangan orang nie J asyik nak pegang cincin je iolls hahahaha! #imhappier #7monthsleft #kenapatakdupdapfasterpun

6 March 2015
Again, aku rasa mcm demam lagi. Ari tu sebelum tunang dah demam dah. Haiyoo kenapa manjang nak sakit ni syg? Oh about wedding! Abah dah bagi kata putus nak invite 500pax je. Mummy pulak cakap pakai je bekas doorgift masa bafis kawin ritu. Tinggal dia nak kena buang nama bafis & kakwani je. Okey la, so far semua should be okey. Pastu pasal baju pun settle discuss, pasal budget pun settle, hahaha! Lega.

9 March 2015
Dugaan tunang. Rasanya lah, orang tunang ni mcm mcm dugaan (kot) first sekali aku sendiri, sejak hari pertama tunang aku keep on not feeling well, start with takde appetite makan, lps tu angin sampai muntah muntah berlarutan, lepas tu sekarang batuk selesema. I know well myself bila batuk and sakit. Mestiii batuk berpanjangan.
Lepas tu hari nie, mama masuk ward. She start with sakit dada and aku ingat dia ada cakap, angin and pedih. Waktu tu dah terdetik smtg not right. Tapi diam kan jela. Rupanya hari nie mama warded. Rupanya itu heart attack. Macam abah jugak ritu. Hmmph. See how, kalau tak ok by this end of the week, Jumaat ni aku balik la tengok jap. Tunang ai pun nak gerak besok jugak nie. L

13 March 2015
Petang ni aku pun gerak balik Penang sekali dgn tunang. Jumpa mama.

17 March 2015
Lamanya tak update! Hari tu balik PEN jumpa mama sbb sakit kan. Pastu alang alang tu singgah bridal tengok baju. Hurm Hurm, so so lah. Takde la aku fall in love. Boleh la. Hopefully next month datang, ada laaa design baru. Warna pink salmon. Erk! Merah menyerla’ tapi ok la kot. Entah. I’m bad at choosing baju eventho for myself J Redha. Nama pun orang yg sponsor kan?
Sudah la tu pasal baju – aku dah 2 malam tido mimpi baju kawin . serabut ok.
Semalam aku jumpa Kak Ina, eheheh terus terang jeee psl bakal tunang. So far, dia okey je. Tapi yang lain lain x pasti la. Hopefully semua should be okey la kan? Insyaallah.
Lawak bila bgtau bakal tunang tu staff dia jugak. Ternganga dia. Speechless tak sudah. Cara aku simple je, “akak nak tau siapa tunang sy kan?” aku tunjuk gambar. Terdiam dia jap. Kehkeh. Tapi overall dia ok, as long as professional. Belum sampai kat atas lagi nie. Hurm.
...But again, perihal baju lagi banyak merunsingkan drp hal kerja..

19 March 2015
Dah kenapa minggu ni rasa bosan sgt oi! Kerja pun tak berapa  nak banyak. Maka aku bosan & mengantok lah. Ohh tadi ada Pan Pac punya product briefing J I get the hotel voucher, 1N stay kat PanPac Singapore. Yehoo! Boleh la guna pakai utk honeymoon karang. Insyaallah, kalau jadi Ahad ni jumpa tailor. Bincang pasal baju kawin sket. Harap harap dpt la baju yang kena dgn taste. Huh.
*nak songket, tapi mcm mahal je*

23 MARCH 2015
Yay! Weekend yang berjaya. Half a day settle baju. Actually plan nya nak tempah baju nikah pakai kain lace putih beli kat bandung tu, tapi aku bawak jela segala jenis aneka mak nenek lace simpanan aku nie.  Ada white, gold and silver blue. So, aku bawak semua. End up terjadi lah baju gold reception sekali yg aku tempah J sekali dgn baju pengantin lelaki. Alhamdulillah J total semua baju: RM 1,670 sahaja. Tinggal nak beli Cuma kasut dgn baju melayu pengantin lelaki utk nikah. Thats all for Alam Damai’s side. Yang lain TBA J Happy me! Jimat duit tang sewa baju yang cost nya mencecah lagi ribuan ringgit! Yeah! Thanks to myself too yang suka shopping tak bersebab nie. End up berguna jugak kan lace simpanan tu? Hahaha!

24 April 2015

Phew Sebulan tak hapdate sebab demam. Okey, today is the day. Kitorang nak berhadapan dgn pihak atasan untuk terus terang pasal status ni juga untuk menentukan which and what should we do next. Insyallah, things will be okey and smooth. Eventho apa yang kau harapkan tu Cuma 30%. Yes, 30% goodnews and 70% bad news we will be getting. But, well stand by jela dgn back up plan nanti. Dhesu pun nak pindah Bangsar jugak kan?