Thursday, October 23, 2014

October 2014

Gosh! Lantak lah benda ni bersawang ke apa. Dah namanya pun tak ada masa nak update. Nak buat mcm mana. Konon konon je cakap nak update selalu, hasilnya mesti hangat hangat tahi ayam. Blergh.
So, wats da story?

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kedegilan finally kes kahwin approved. Insyaallah kalau tak ada aral melintang (HOPEFULLYYY!!) by end of this year tunang lah kami. Sangat berharap ye? So that kalau dah ada official something tu aman lah sikit dunia. Sedara mara dah tau, family dah tau, kawan2 well informed and EX’s pasti jelous. (nampak tak, niat teruk kat situ?) Eheh. Takde lah takde lah, takde sape nak jelous melous pun.
So, now me have BIG THINGS! Aiyoo banyaknnya nak catch up dengan diri sendiri. (obviously blog ini sekadar tatapan sendiri sebab tak ada pembaca, kalau ada sila wave wave sikit kat comment box bawah)
1)       Officially i got myself a STEP MOM also known as mak yg nak kena step dengan aku. Hello Biatch! Sadly, abah rupanya tak cerai lagi so kena lah terima hakikat semua ini sebab bak kata agama, cerai tu dilaknat Allah. Tapi taktau kenapa, orang yg kena betrayed jugak yg jadi mangsa. Kesian mummy L
2)       GO VIVA hello AXIA. Yes, kereta baru lagi. Ini semua berpunca drp kes pergaduhan mak bapak di atas, hasilnya aku tetap paling gumbira sebab ada kereta baru. Tunggu lah, lagi 2 minggu katanya sampai. Bersabarlah.
3)       KERJAYA BARU. Tatau lah sama ada dah pernah informed sebelum ni. Tapi sekarang dah tuka kerja kat Bangsar. Alhamdulillah, walaupun BZ nak mampos tapi masih lagi bernafas dek kerana manager, bosses and collegue yang sangat membantu. Tak macam DULU, mcm setan!
4)       TUNANG. Seperti diperkatakan di atas. Insyallah tunggu jela approval dari belah lelaki pula. Redha la apa pun keputusan. Approval as a bakal menantu, alhamdulillah sudah, tapi approval nak tunang by this year end.
5)       IC . Sedih nak cerita tapi JPN mcm KAMBING. Tukar nama pun susah, remain nama pun susah, asyik buat surat beranak silap, buat IC pun silap. I just dont understand them. Asyik silap tang nama aku je, siapa nama sebenar aku yang valid pun wallahualam. Anyway, dah puas menjerit kat kaunter JPN, so should be ok by now. Tgu result lagi 2 mgu
6)       BAKING CLASS. Yay! 1 Nov ni join class kak Aisyah. Nanti update ok!
7)       Dersusse. Nothing much, production kurang sbb sale kurang. Aku BZ!

Itu aje kot? Dah nak balik nie. Selamat ya! Pulang dulu.

XOXO
RPN 1833pm 23OCT14

Thursday, May 22, 2014

26th Birthday (ITS A BLOODY SURPRISE!!)

Hai "pembaca tegar"

Weehuu! Malu pulak bila baca balik previous post pasal Bithday tak bersambut, eeee macam budak budak perangai.

Rupanya hantu kesayangan aku dua ekor nie dah siap plan semua dah sejak awal, sejak belum 8 May lagi diorang semua dah plan. Siap masa makan kat Gold Chili ngan Nadia ngan Mira lagi benda tu dh 100% confirm , aku je bebal tak tahu menahu. Mira dgn Nadia pun dah well informed jangan pecah di mulut biar pecah di perut. Kuajaq!


Aku plan nak lari sikit ke somewhere else that weekend lepas Birthday tu, since time tu pun ada cuti Wesak Day hari Selasa, since ada kenduri kat Tapah lagi on Sunday, alang alang tu apply la cuti sehari Isnin tu.

Plan mcm mcm dah, tapi dgn budget tak berapa nak sedap nie, mcm plan tmpt dekat2 jela. Ikutkan day trip PD pun aku x kisah. Asalkan berjalan. End up Syafiq dah plan nak g Cameron. Dia kata dia belanja, emm aku ikutkan aje la. Dia beriya pun ajak, dah lama x pergi la kowtt. Since ada kenduri sekali that Sunday, singgah aje lah sekali. Tapah aje pun..

Yang Rein pulak, biasa la, time husband dia balik la dia amek kesempatan nak bercinta sakan, dia cakap nak g somewhere jugak time tu kalau jadi. Nak 2nd honeymoon. So, aku jenuh cadangkan CMH jugak. Boleh la buat surprise visit dia nanti kat Night Market sambil ratah cendawan goreng!

Ahad tu, lambat sikit bertolak sebab ada urusan kat bank. Lepas tu g lunch and terus gerak ke Tapah untuk kenduri. Tengah OTW baru perasan, kenduri apanyaa,, dah kul 2 petang! By the time sampai sana dah petang, tolong basuh pinggan boleh la!

So, sia sia la baju kurung aku bawak!

Nak di ringkaskan cerita, sepanjang perjalanan ke CMH aku kemain excited pikir segala plan nak stalk pengantin baru tu and nak sergah diorang time bercinta!

Bila sampai je CMH, kitorang singgah kat satu apartment ni. Aikk nak buat apa sini?

Bila masuk je dalam tu, warrrghh! yayang buat pre-honeymoon natang apa nii weh? Siap ada bunga rose tabur tabur bagai depan pintuu.

Seminit lepas tu, Allah! Aku pulak kena sergah dgn lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU .

Rupanya aku yang kena prank!! Siot.
Diorang taktau betapa excited aku nak cuit bahu rein dari belakang kat pasar malam pastu dia pusing, tengok aku dgn muka kagum! (haa see! dah plan ok!)

Hurm! Rupanya diaorang dah plan nak ke sini celebrate bithday aku yang ke 26 ni. hahaha! Malu seyh, malu!

Rupanya, agenda ada kenduri kat Tapah yang PENTING sgt tu tipu semata,
Rupanya, apartment ni la yang kitorang semua tinggal.
Rupanya Mai jugak merancang bande ni dalam diam sedangkan aku dok whatapps Mai tu utk dia order cake BF dia.

Rupanya, aku kena tipu semata,

Seriously, this is the best prank ever korang buat sampai aku x sedar langsung. Cis!

Anyway, terima kasih Rein. Yayang, Mai, Apot, dan semua yang terlibat sama! :) Love u much


XOXO!
 - bos dah masuk. okbai

Friday, May 9, 2014

26th Birthday - Old me Old me Old me

Hye! Happy Birthday to me! Hewhewhew. Sendiri wish  memandangkan blog sawang taka da yang membaca.
Dah tu? Kenapa buat blog?
Saje sebab kadang2 mood nak menulis nie datang bila hati terasa nak meluahkan.
Ececeh. Gila aih ayat.
Em em, Mood tak berapa nak best today. Tatau kenapa! Bosan pun ada, yela baru awal bulan, duit dlm account tinggal RM200. Nak sambut birthday pun tak mampu! Nak suroh orang belanja lagi melampau. Hahaha! (gelak tak ikhlas)
So end up, birthday jadi bibik kat rumah sambil lipat baju and jemur baju, malam sikit pegi dinner kat Butter Chicken. Nasib baik sedap, kalau x memang cranky! Haha
Huaa. Pastu nak lagi tambah mood bosan tu bila aku apply cuti kat boss untuk selasa depan, dia buat derk. Ehhh? Kuajaq! Abuden, hmph. Hilang mood nak kerja sikit.
Bukan itu je, pagi lagi dah kena sembur dek client sebab dia x dpt naik boat pegi Tioman. Argh, bukan salah aku. Salah sang account department yang taktau kenapa, service makin tahap ZERO. ZERO ZERO!
Argh!

Tuesday, April 29, 2014

Misi Tunang 2014

Oh okey, berbalik kepada kisah “match make” mummy tu. So far takde pape yang luar biasa, Cuma nya tiba tiba abang aku yang psyco sorang ni sms:
Abg psyco: Bila birthday?
Aku: 8 May. Awat, nak kasi hadiah ke?
Abg psyco: Ohhh patut la mummy cakap nak buat birthday party besar besaran.
Aku: huiishh..
Hurm hurm, sounds so weird jugak la. Dia ada jgk sms lagi, cakap nak ajak budak tu sekali. Hurgh. Puhleaseee.. So dalam erti kata lain, birthday aku kali ni mcm menakutkan aje. OMG! Jangan la macam macam.
Pastu cousin aku pun cakap pasal masuk meminang kind of thing. Dia kan suka pasang telinga bila orang tua tua gossip! Goshh.
Mati den! mati den! mati den!!
Pastu bebaru ni, aku ikut family aku g holiday. Memang time tu diorang ada sibuk sibuk cakap pasal birthday pun, tapi most of it mcm nak sambut birthday aku sekali ngan anak buah. Tapi bunyi mcm party besar jugak. Wallahualam. Aku pikir positive je, ala cucu sulung dah umur 1 tahun, mesti la nak sambut bambambom! Alang alang aku share bulan yang sama, aku join la sekaki.
Fikir positive..

Tapi tak la nak positive sgt! Aku kan kalut kadang kadang, so terus aku teeet sms, push cintahati cakap nak kawin cepat sikit, karang kena paksa kawin ngan orang lain!
Alhamdulillah, lelaki kan..takda la kalut mak enon, dia diam diam ubi berisi, dia balik umah mak dia, slow talk cakap nak kawin. Zaaaasssss! ,mama ajak g g bank la, g ASB la, g sana la, g sini la, tup tap tup tap cakap Insyallah by November tunang! Warghhh! Hebat!
So.. sekarang misi gagalkan misi mummy and misi lembutkan hati Abah! J
Misi JomKahwin (dgn calon pilihan sendiri)

Zassss!!

XOXO

Friday, April 18, 2014

DISASTER SUNDAY

Disaster!!
Last week masa kat rumah sewa, tengah tengah sedap landing lepas kerja tu, tetiba mummy call. Jarang Ok dia nak call anak dia yang sorang nie. Conversation dia lebih kurang macam ni:
Mom: Weekend ni kerja tak?
Aku: Weekend ni maybe ada kerja sikit.
Mom: Kerja office ke kerja lain?
Aku: Kerja lain, tapi maybe ada kerja office (sambil pikit ayat nak kelentong apa kali nie, sebab dah perasan something weird)
Mom: takyah la kerja, weekend ni balik tau. Abah nak bawak g jenjalan.
(time ni dah rasa pelik semacam dah, abah bukan jenis nak ajak berjalan nowadays)
Aku: Berjalan like berjalan jalan or berjalan pergi rumah orang?
Mom: (gelak gelak sinis) Alaaa.. sama aje kan? Berjalan Jugak.
(Ahh that’s it! Ini something fishy!)
Aku: tengok la camne, kalau free balik la. Insyaallah..
Mom: Kena balik jugak tau, awk ada baju tak? Ke smua baju dah bawak g rumah sewa?
(dah kenapa concern pasal baju aku pulak nie, pelik sgt nie)
Aku: Takde! Semua dah angkut mai sini. See how lah later..
Teet.. Disconnected

Ok! Ini dah pelik, maybe korang tak paham apa yang pelik. Ini meh, nak cerita. Firasat aku, ni mesti another match making agenda mummy lagi nie. Point yang pertama, SURUH BALIK JUGAK. Point ke dua, BAJU. Baju? Takpernah dia nak Tanya selama ni ok, anak dia ni pakai baju apa pun dia tak da pulak nak soalkan. Cukup makan pakai pun dia takde pulak nak Tanya. Uikk?
So, emm. Aku sms abang 2nd aku Tanya dia. Hasilnya dia gelak besar je and cakap later la, tengah makan burgerbyte. Cis! So not helpful.
So, punya la nervous Jumaat tu. Sabtu nak pegi office pun tak tenang je jiwa raga. Sabtu petang, fikirkan nak balik ke tidak?
Kalau tak balik, mau mengamuk dia sampai ke sudah. Kalau tak balik, aku nervous bodoh je tak tau reason apa?
Kalau balik naya jugak. Kalau balik, at least kita tau kenapa hati ni rasa nervous kan? Curiosity kills the cat, but not me. So aku buat keputusan, aku balik jela. Redahkan apa yang bakal jadi.
Alah, paling teruk pun, pegi merisik je. Takkan la abah ajak anak perempuan dia pergi meminang lelaki kan?
Petang tu, dok delay kan time lagi, sampai mummy sms Tanya, pukul berapa gerak?
Ok! “Soalan dia pukul berapa gerak balik?”, bukan “jadi balik ke tak?”
So maknanya balik rumah itu SATU ARAHAN YANG WAJIB DIPATUHI.

Bagaikan lembu di cucuk hidung, aku pun amek kunci, pack barang sikit and drive home!

Esoknya..
Pagi lagi takde petanda pelik. Bila dah nak pukul 11am kot, dapat sms dari abang yang duduk kat tingat bawah aje tuu, dia tulis “beware of makcik XXXX”.
Hah! Told ya! Memang betul pun. Makcik XXX tu lah yang suka match make kan orang. So sah la. Berhati hati.
Pastu mummy ketuk pintu, cakap siap! Lepas zohor bertolak.  Dia tak cakap banyak, Cuma cakap tu aje.
Tengg! Lepas tu bunyi phone lagi. Abang sms lagi “heading to Klang”
Uish, gila suspen!
Time ni, nervous dia Allah je yang tau. Apa lah nasib aku lepas ni.

Lepas Zohor..
Bertolak ke Shah Alam, abang suruh waze Masjid Shah Alam.
Woiii.. Lawak apa nak pegi masjid time ni. Dah sembahyang Zohor dah! Jangan nak macam macam. Time nie gigil la tangan, bahu, kaki semua bagai, sambil sms bestfriend update segala bagai, update sang boyfriend pun ye jugak. Kot la kalau aku kena nikah kat Masjid tu, boleh la cintahati kidnap aku sepantas mungkin.
Lepas dah sampai masjid, abah cakap tunggu makcik XXX pulak. Grr!
Dah half an hour aku macam kena kidnap dek family sendiri Tanya tau hala tuju dan tujuan ni, makcik XXX and husband sampai. Dia salam semua. Aku lega “oh ok, no sirih junjung bagai”. So lepas tu kitorang update kan waze lagi, heading to Klang, as per sms abang pagi tadi.
Perjalanan ke Klang aku dah lega dah, tak nervous dah sebab dah tau, nothing serious gonna happen.

Klang..
Sampai dah rumah dia, as usual la, mak bapak ni rupanya baru nak kenal kenal balik, baru nak kaji salasilah, connect tang mana, sambil diorang borak tu, tengggg! Another  incoming sms, abang aku yang psyco nie hantar “bakal bapak mertua kat depan” .  Kuajaq tak? Pastu aku mula lah, bermalas malasan, jadi antisocial, dok main phone, gigit bantal, layan drama kat TV semua.  Pastu abang aku sms lagi “behave depan mak mertua”   Uishh! Kisah pulak?
Makcik ni duduk sebelah aku je, lantak la nak buat apa pun, I is bored.
Bila dah lama gila kat sana tu, muncul la bakal manusia yang bakal aku porak peranda kan hidup dia.
Urghhhh! Tengok muka pun benci.
Yang mak mak ni suruh duduk sekali, Ok fine! Tapi sepatah pun x bercakap, tak bertegur apatah lagi nak ingat nama dia, ingat segala pasal dia. Kisah?
Serious, tengok muka pun rasa meluat. So, aku buat derk je.
Pastu dah nak pukul 6 ptg, time nie la aku jadi anak yang baik, remind mummy “kita kena balik ni, tak sembahyang asar lagi ni”
Bila mummy tgk jam, baru kalut nak balik. Phewww!

Dalam kereta..
Nothing happen, just mummy and abah dok berdiskusi pasal kenalan baru dia tadi. And aku? Baik tido!
Done for the day, sampai rumah, solat and cepat cepat capai beg and text cintahati
“ see you in another half an hour”



XOXO!
P/S : Akan update lagi apa jalan cerita NEXT!

Wednesday, March 26, 2014

New Place. New Environment

Untuk pertama kali nie mengarang blog kat PC office lepas dah tukar company nie. I've move to other company, which is one of the biggest travel company in Malaysia. Alhamdulillah, di beri peluang untuk improve kan diri sendiri. Lepas dah tercatat nama kat sini, lama lama karang nak apply tempat lain should be easier.

Wish me luck

Work
Speaking about job, I'm doing inbound now. Which is buat domestic travel. Banyak gak domestic package kat sini, terbuntang mata jugak la kalau nak travel dalam Malaysia ni, rupanya banyak je tempat yang cool kat negara sendiri. Insyaallah, ada kesempatan nak travel jugak.
Pastu kerja pun boleh tahan jugak banyak dia, sebijik macam kat Dhesu dulu. Tak menang tangan! Sampai tidur pun mengigau pasal booking.

Seriously.. menghantui. sebab hari2 ada payment deadline. and kena kejar deadline tu, kalau tak kena maki ngan customer. Huwaaa!

Rumah
Lepas tu, now dah tak duduk dgn mummy. (mentang2 gaji best, terus move out?)
Sebab yelaaaa, office kat TTDI, nak travel hari hari TTDI-Cheras memang masak aah! Cukup la tension ngan kerja takmao la tension ngan manusia yang nak berebut balik rumah tu jugak. Lepas dah nak berminggu mencarik rumah, akhirnya jumpa pun tempat tinggal! yesss!

Tinggal kat rumah aunty nie, dia tinggal dgn anak kecik dia sorang + adik dia. So, bilik kosong belakang tu, buat la bilik sewa, so far alhamdulillah, ini la rumah PALING MURAH dalam TTDI.

Pheww!



XOXO

pu3taklame


Thursday, February 6, 2014

Travel VS Kahwin

Payah betul kalau kerja kat travel agency nie. sebab dok buat travel itinerary orang, sampai aku sendiri pun terliur.
Plan nak travel jugak for this year. Macam tak tau boleh buat ke tak.

Amount of money yang terkumpul nie. Nak gunakan utk kawin ke utk travel?

Haha, as I said from previous entry. Perihal kawin sangat 50-50. Kena work extra hard to get approval and bla bla bla. Kalau travel, senang je. Duit cukup terus book flight, hotel, tour. Tapi masalah jugak!

Sebab kalau nak travel pun dengan siapa? Travel partner dah nak jadi bini orang besok!

Ouhh,, talking about sang BFF getting married nie. Jom cerita!

Ari tu buat cek mek nie punya Bachelorette Party. It was planned lama gila. Best je bride to be tu tak dapat syak langsung. Planned it with her schoolmate, Quya. Bespreng dia zaman sekolah dlu, geng bas sekolah dulu. Nasib baik ada contact number kwn kwn dia jugak, senang nak deal.
Plan nak buat gathering from school sampai kerja menjadi yaw. Quya gather budak2 sekolah, aku gather budak2 kerja dia + college. Tapi disebabkan itu during long holiday and CNY, ramai yang dah balik kampung, g travel and yg chinese obviously tengah beraya.

So yang dapat gather pun 9 of us jela. Plus her cousin Yanie pun alhamdulillah dapat join :)

We'll kalau nama nya party planner tu, confident jela nak buat eventho berdebar dia ya ampun mcm orang nak nikah! haha

Quya + Miera pick up dia kat rumah, kununnya nak pegi meni pedi. (Kesian Rein beriya ingat betul la ada meni pedi, eksited dah dia dok pk kan kuku bakal cantik nanti)

Diorang drag Rein datang kat Flora Cafe dgn alasan "meni pedi tutup, so pegi makan aje la". Huh, redha kan aje la Rein mem follow. At the same time, aku ngan Atie dah stand by kat Flora Cafe dengan yang lain lain. Kitorang menyorok belakang langsir.
Once Rein masuk je, kitorang jerit SURPRISEEE! (tanpa memikirkan guest yg lain tgh makan, hahahaha)

Alololo.. time tu tengok muka Rein mcm ehhhh? what the hell? and as usual dia akan cakap "apaaaa nieee..."

Awch.

To my dearest best preng poyeber,

I Love you yayang. Selamat menjadi wifey kepada Apot. Semoga awak jadi wife yang baik rajin n wife mithali giteww. Sila rajin kan diri masuk dapur, masak! kesian apot takkan nak makan meggi dgn Redvelvet je hari hari2. Oh. and bangunnn la awal. awk dah jadi bini orang taw. kihkih.
Hopefully lepas kawin, jgn la lupakan sy :) Any help you need from me, I'll be here.

*macam la dia baca dol*



Yang Sebak
Pu3.

XOXO.




Wednesday, February 5, 2014

Kahwin?

Salam and Hello!

Kenapa topik kat atas tajuk kawin? Huhhh. itu la yang dok menghantui diri ni sejak dua menjak.
Kenapa kawin sebegitu susah?
Kenapa kawin pun mcm mcm syarat?
Kenapa kawin x boleh simple je?
Kenapa nak kawin kena kaji selidik bakal isteri/suami mcm CSI?
Kenapa nak buat benda baik pun susah?

Sikit introduction utk diri sendiri.

I was born and grew up from royal blood. Sounds cool, tapi x cool. Nak cakap dari mana tu tak payah la. Bukan nak banggakan diri dengan title pun. I'm not even proud of it sebab benda nama nie sometimes menyusahkan.. tak cakap x suka pun, itu rezeki. so terima aje la.

Tapi yes, bila nama dah lain mcm sket nie, mula lah parents memilih bakal menantu. Aiyoyo! kesian sometimes tgk cousin bercinta sampai 10 tahun tapi x boleh nak kawin.
ada cousin yang beriya parents laki dah nak masuk merisik, makcik aku suruh balik je.
OMG gila scary sape nak kawin ngan aku! haha

Tapi rasanya tak semua mcm ni, cuba tengok Raja Raja lain, anak diorang ada je yang kawin ngan mat salleh kan? itu boleh pulak.

Maybe because our family kot. Mom was grew up in a istana with dayangs and all. so dia masih lagi dlm dunia fairytale. Tapi doesnt mean anak anak kena jugak hidup mcm tu kan?

So jom la start cerita.

Aku sebenarnya nak kawin!

Tapi macam macam halangan yang aku dpt. Sejak dulu lagi. Aku pernah bercinta for like 5 years. sepanjang 5 tahun tu mak aku malas amek kisah pun ngan BF dlu. Aiyo, nama pun dia x pernah nak ingat. Tapi end up kitorang break jugak. I believe one of the factor nya adalah "pu3 tak pernah introduce with families"

Bukan taknak introduce, tapi kena take time and si dia mesti memahami. Itu tak cukup paham la tu, dok ungkit 24 jam.

So now, i'm with the new one. Insyaallah memang plan nak DIA jadi bakal suami. Insyallah ini yang terbaik.

Family members dah tau. Sebab dia pun pandai amek hati adik, pandai borak ngan abang,. So berjaya la introduce. Tapi now the problem is the parents.

Baru baru nie ada heart to heart conversation with abang (who is mom's reporter) dia tanya planning to get married whatsoever.

Bgtau dia, yes memang ada plan. nak tau apa dia jawab?

Lupakan!
 


Dulu (like few months ago) abah bagi kawin, tapi time tu financial x kukuh lagi. so mana nak kawin? unless kalau diorang support,haha!  Now pun bukan la plan nak kawin by end of this year, tapi nak dptkan restu. Tapi diorang tak bagi.

So hati sebenarnya dah hancur berkecai mcm kaca. Explained to him, and alhamdulillah dia pun paham. He is very understanding and caring person. Dia cakap, insyaallah boleh, kita cuba lagi :)

For me, aku dah set dlm mind kalau aku nak kawin tu, bukan suatu yang senang. Tapi i need someone who understand and someone yang akan ada dgn aku untuk fight for this marriage.
And he is the one. yang paham and cool je. (tau dia sedih, tapi dia x tunjuk, kan??)

As for now, aku takda idea lagi mana nak approach.
Some bagi ideas cuba la face to face with mom n dad explain nak kawin and ask them why diorang x bagi kawin?
Some bagi idea, jumpa ustaz amek ketenangan and tanya apa patut buat?
Some cakap, doa aje la.
Some cakap, sabar aje la.


I seriously down, nak cakap hilang daya ketahanan pun ada dah, malam malam pun nangis . nak cakap semangat? langsung takde.  Seriously, mood semangat dah jauhhh pegi ikut hati yang luka nie.

Tapi nak x nak kena jugak berdaya. cakap nak fight for this. so kena la fight. Kalau senang nama nya bukan fight kan?

Insyallah, lepas semua kebusy-an bulan ni berakhir aku plan nak jumpa ustaz yang aku pernah consult time kursus kawin dulu. Or pegi sana, meraung je depan diorang.

See how..

Memang org cakap berbuat baik lah dgn mak ayah. Em, mmg la berbaik . tapi hati dah tawar. sebab kena reject seteruk tu. Nak senyum manis pun semua fake je.
Doa tiap tiap malam apatah lagi,dah buat jugak. tapi insyallah akan cuba nak perbaiki diri lagi.

Bak kata orang, Allah akan tolong jugak, tengok lambat dgn cepat je. Itu yang keep on doa doa and doa jugak.
Tapi nak kembalikan mood ceria meria happy go lucky tanpa tangisan ni mcm mana? Huwa.
Stress woo!

Any advise? Because I need it very much.



Regards
Cuba nak bermanis muka.





Tuesday, February 4, 2014

Kerja Baru

Weeehuuu!

Lagi 7 hari nak masuk tempat baru. Eh? Oh tak cerita lagi eh?
Titeww nak tuka kerjewww! (omg gedik nak mampos!)

Setelah dah lebih (jap.. hitung jap 6,7,8,9,10,11,12,1,2) oh.. 8 bulan memerapkan diri kat Plaza Damansara, kini tiba lah masanya utk ku melebarkan sayap ke tempat yang jauhhh lebih bermakna.

Tempat lama? Puihhhh! Bikin otak makin lembab aje ada la. . Sebab tersangat tak busy! Tak busy tahap boleh skype hari2 gelak, pastu tido jap, pastu jd bebal jap.. actually yang tak busy tu sebenarnya best la, tapi bos bos bos bos yang mcm tak tahu menahu pasal travel agency. Ada ke nak letak ticket stock dlm peti besi? Ada ke call obersea time diorang tengah tido? Ingat KL punya timing sama mcm lain2 negara ke? Cakap biasa travel? Apa ke ngok nye tu? Pastu kalau pape masalah, terus main blame game. takde la inisiatif nak buat meeting, tanya why why why bagai. dia p tanya satu manusia yang sememangnya tak berapa nak rasional, pastu thats it. Niiii tuan punya badan tamao tanya. Sedar2 kita pulak kena blame?

Buduh di situ.

Pastu takmao join any persatuan ke, tamao amek walk in la, aduhhh. Aku doakan kau bankrup aje la. Den dah koje travel agency, den tahu la selok belok (insyallah..) ini den ni dpijak mcm semut, cakap den takmau dongar! Lantakkk kau.. lantakkk!


Ok emo. Stress pasal tempat-bikin-gaduh nie. Pastu sang bos bos bos tu takmau lak tanya "why nak quit?"
Kalau kau tanyaaaaa... mmg lebih 5 page karangan aku nak hantor!

Btw, dah start tempat baru nti orang hapdate balik. Saje takmau gembar gemburkan lokasi seterusnya. Tunggu aje la.

(kalau ada yang baca)


Regards,
Gue yang stress!
XOXO




Thursday, January 2, 2014

2014

Happy New Year! Takda motif write post, saje nak ucapkan Happy New Year kat dekat diri sendiri :) (tauuu bukan ada org baca) Blog suka suka bila rasa nak membebel sorang sorang.

This new year resolution! (ehem ehem, tahun lepas punya resolution pn tak ingat apa)
- Kumpul duit banyak2. bahaha!
- Berjimat Cermat, no more eating out like a king lagi. Behave pu3, behave!
- Do your very best for Dersusse Desserts
- Dersusse Party!
- Banyakkan jogging, kalau ada masa. sebabnya, dah makin bambam (omg!)
- Takpayah nak banyak2! yg terakhir tu taktau boleh buat ke tak!


P/S: Also, kalau BOLEH nak target this end of the year nak kawin. (kalau duit dh cukup)



Ok Bye!


xoxo