Thursday, May 22, 2014

26th Birthday (ITS A BLOODY SURPRISE!!)

Hai "pembaca tegar"

Weehuu! Malu pulak bila baca balik previous post pasal Bithday tak bersambut, eeee macam budak budak perangai.

Rupanya hantu kesayangan aku dua ekor nie dah siap plan semua dah sejak awal, sejak belum 8 May lagi diorang semua dah plan. Siap masa makan kat Gold Chili ngan Nadia ngan Mira lagi benda tu dh 100% confirm , aku je bebal tak tahu menahu. Mira dgn Nadia pun dah well informed jangan pecah di mulut biar pecah di perut. Kuajaq!


Aku plan nak lari sikit ke somewhere else that weekend lepas Birthday tu, since time tu pun ada cuti Wesak Day hari Selasa, since ada kenduri kat Tapah lagi on Sunday, alang alang tu apply la cuti sehari Isnin tu.

Plan mcm mcm dah, tapi dgn budget tak berapa nak sedap nie, mcm plan tmpt dekat2 jela. Ikutkan day trip PD pun aku x kisah. Asalkan berjalan. End up Syafiq dah plan nak g Cameron. Dia kata dia belanja, emm aku ikutkan aje la. Dia beriya pun ajak, dah lama x pergi la kowtt. Since ada kenduri sekali that Sunday, singgah aje lah sekali. Tapah aje pun..

Yang Rein pulak, biasa la, time husband dia balik la dia amek kesempatan nak bercinta sakan, dia cakap nak g somewhere jugak time tu kalau jadi. Nak 2nd honeymoon. So, aku jenuh cadangkan CMH jugak. Boleh la buat surprise visit dia nanti kat Night Market sambil ratah cendawan goreng!

Ahad tu, lambat sikit bertolak sebab ada urusan kat bank. Lepas tu g lunch and terus gerak ke Tapah untuk kenduri. Tengah OTW baru perasan, kenduri apanyaa,, dah kul 2 petang! By the time sampai sana dah petang, tolong basuh pinggan boleh la!

So, sia sia la baju kurung aku bawak!

Nak di ringkaskan cerita, sepanjang perjalanan ke CMH aku kemain excited pikir segala plan nak stalk pengantin baru tu and nak sergah diorang time bercinta!

Bila sampai je CMH, kitorang singgah kat satu apartment ni. Aikk nak buat apa sini?

Bila masuk je dalam tu, warrrghh! yayang buat pre-honeymoon natang apa nii weh? Siap ada bunga rose tabur tabur bagai depan pintuu.

Seminit lepas tu, Allah! Aku pulak kena sergah dgn lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUU .

Rupanya aku yang kena prank!! Siot.
Diorang taktau betapa excited aku nak cuit bahu rein dari belakang kat pasar malam pastu dia pusing, tengok aku dgn muka kagum! (haa see! dah plan ok!)

Hurm! Rupanya diaorang dah plan nak ke sini celebrate bithday aku yang ke 26 ni. hahaha! Malu seyh, malu!

Rupanya, agenda ada kenduri kat Tapah yang PENTING sgt tu tipu semata,
Rupanya, apartment ni la yang kitorang semua tinggal.
Rupanya Mai jugak merancang bande ni dalam diam sedangkan aku dok whatapps Mai tu utk dia order cake BF dia.

Rupanya, aku kena tipu semata,

Seriously, this is the best prank ever korang buat sampai aku x sedar langsung. Cis!

Anyway, terima kasih Rein. Yayang, Mai, Apot, dan semua yang terlibat sama! :) Love u much


XOXO!
 - bos dah masuk. okbai

Friday, May 9, 2014

26th Birthday - Old me Old me Old me

Hye! Happy Birthday to me! Hewhewhew. Sendiri wish  memandangkan blog sawang taka da yang membaca.
Dah tu? Kenapa buat blog?
Saje sebab kadang2 mood nak menulis nie datang bila hati terasa nak meluahkan.
Ececeh. Gila aih ayat.
Em em, Mood tak berapa nak best today. Tatau kenapa! Bosan pun ada, yela baru awal bulan, duit dlm account tinggal RM200. Nak sambut birthday pun tak mampu! Nak suroh orang belanja lagi melampau. Hahaha! (gelak tak ikhlas)
So end up, birthday jadi bibik kat rumah sambil lipat baju and jemur baju, malam sikit pegi dinner kat Butter Chicken. Nasib baik sedap, kalau x memang cranky! Haha
Huaa. Pastu nak lagi tambah mood bosan tu bila aku apply cuti kat boss untuk selasa depan, dia buat derk. Ehhh? Kuajaq! Abuden, hmph. Hilang mood nak kerja sikit.
Bukan itu je, pagi lagi dah kena sembur dek client sebab dia x dpt naik boat pegi Tioman. Argh, bukan salah aku. Salah sang account department yang taktau kenapa, service makin tahap ZERO. ZERO ZERO!
Argh!