Tuesday, October 4, 2016

ALHAMDULILLAH!

ALHAMDULILLAHHHH!!!

Rupanya memang patut lah tak dpt period lagi. Haha! Alhamdulillah, aku dah Berjaya pregnant after 10 months of trying. Alhamdulillah.

5 august hari tu, aku pelik tak period lagi so pegi Giant beli pregnancy test sampai 3 .  Balik je dari Giant terus test, and its double line! Seriously, perasaan waktu tu mcm tak percaya. 
Betul ke ni? Orang ckp kne 1st urine in the morning. Tapiii, betul ke ni? Aku bgtau Bak & Rein. Haha! Mcm tak sangkaa.

So tanpa berlengah lagi, few hours after that aku buat 2nd test.
Betul lah! Double line lagiii. Kali ni terus whatapps kakwani tunjuk both results. Kakwani ckp confirm lah pregnant. Hahaha!

I’m Happpyyyyyy!!

Hari tu Jumaat, Bak kerja. Dengan gigihnya aku tunggu the next day untuk check kat Klinik.

6 August: Pagi tu, lagi sekali aku check urine, and I got 3rd positive. Terus pegi Hospital Umra. Doctor buat ultrasound biasa, dia cakap tak jumpa pape. Aku dah risau Allah je yang tau, what happen to my babyyy? Next Doctor buat lagi sekali ultrasound masuk kot bawah, still can’t find anything. Waktu tu, aku dah risau habis dahh. Sedihnye, test cakap positive tp kenapa tak jmpe pape. So, doctor terus amek darah utk buat HCG test. Dia ckp nak buat 2 kali test hari ni and isnin.

Balik tu aku google utk apa HCG test tu, rupanya dia untuk check hormone pregnancy dalam darah kita. Kalau angka tu naik means kita pregnant. Kalau angka tu turun means pregnancy failed. Aaaa Risaunya.

8 August. Aku pegi Umra lagi sekali untuk buat 2nd blood test. Pastu doc cakap based on 1st test baby is 2 weeks old. Tapi xleh cakap pape lagi sbb nak tgu 2nd test pulak.

9 August. Pukul 6 petang hospital called. Nurse tu ckp HCG test aku naik from 400 ke 800. ALHAMDULILLAH! Meaning baby is growing dalam tu. Terus happy gila. Dia cakap nanti datang lagi utk scan baby sbb kalau scan skrg mmg tak Nampak pape. Kne tgu 1000 baru boleh Nampak.

18 August. Hari ni & semalam terasa betul morning sickness dia, Loya tekak sepanjang hari. Semalam kat kedai nak jalan pun x terdaya. Penat sgt. Hari ni pun sama, takleh buat apa. Aku boleh duduk dan baring je. Mula lah terasa sakit mcm cramp perut belah kiri tu, org ckp sbb baby growing so sakit sket. Makan pun aku dah mula choosy, seriously takde mood lgsung nak makan. beli pizza personal pun aku makan 2 slice je. 
Malam tu, kitorang pegi scan baby. alhamdulillah nampak dah tiny dot dalam tu. Baby is 6 weeks old. 

20 Aug: ada kenduri kat rumah Kakwani kat Seremban. Time ni pun aku flat. masuk rumah kakwani aku baring je. malam tu pun aku takleh tolong Bak kat kedai. terpaksa la Bak dengan Kuzin je yang kerja. 

22 Aug: Huiii Loya dia datanggg kemain meriah muntah muntah, sekali dgn selera makan yang sememangnya zero. 

1 Sep: check up baby kat Umra. Hari ni kitorang nampak heartbeat baby. Yaaay! hari ni dah 8 weeks. lepas tu aku kena jumpa cardiologist untuk check jantung aku. emm, so i have PDA spesis jantung berlubang jugak la nie. so doc bagi reference letter untuk aku bg kat KK karang bila nak buka buku Pink tu. aku dah mula alah dekat bau. Bau masakan xleh, so memang tak mampu lah nak g kedai. 

4 Sep: non stop muntah from 3am sampai 9am. 

5 Sep: Bak terpaksa bawak aku g DEMC. aku masuk day care ward amek air. nasib baik sebotol je. and nasib baik xyah tidur ward. entah kenapa rasa mcm alergik pulak kat spital. lepas tu balik rumah aku tidur sepanjanggg hari. 

27 Sep: baby dah 12 weeks old. mummy still rasa muntah2 yang maha hebat. makan muntah tak makan pun muntah. makan pun still takde selera lagi. Tapiii, kalau aku tak duduk Shah Alam selera makan aku not bad. rasanya aku ni kena makan berjemaah and makanan kena tersiap sedia kot. aku masak sendiri memang xleh. sebab tak leh bau. 

3 Oct: another scan baby, kali ni lebih detail. Sonogram/NP Scan kot nama dia. dia check size kepala baby, size badan baby, skrg baby dah ada tangan, kaki, jari, even hidung pun dah terbentuk. Alhamdulillah. nampak la dari situ baby dok gerak gerak, tangan dia kejap kat badan kejap kat kepala awwwwww!! Rasa nak nangis! Nasib baik Bak amek video. Boleh la aku tatap hari2. Ikut size baby is 12 weeks 4 days. Huwaa. cepat lah 14 weeks! nak pengsan ni loya loya sepanjang masa. 

amacam, detail tak? 

haha sebab aku jenis rekodkan segala aneka mak nenek dalam phone. yelaa, papehal boleh refer situ. 

Alhamdulillah, baby is growing and doc cakap everything is okey smooth no problem cuma uri kat bawah lagi. tapi dia by as time goes by uri akan naik atas. Insyallah doa baik baik untuk baby. 

aku pun dah mula announcekan pregnancy dalam pesbuk & IG and too families too. 
lagi ramai yang tau lagi ramai yang mendoakan kita insyallah. 

So baby, be a happy baby, be a healthy baby. Both of us tak sabar tunggu April nak jumpa awak. Lepas tu kita g travel okey baby?



P/S: aku still dlm dilemma nak di panggil mummy atau bonda? gasp!










TTC Journey Beta

Ececeh, tajuk atas kemain. Orang nak TTC journey kau pun nak ye? ahaks! actually, benda ni bukan berniat untuk di blog kan pun. cumanya apa yang aku buat monthly sejak awal kawin sampai lah aku berjaya pregnant after 10 months trying. aku dok la update segala kaedah ni semua untuk rujukan masa depan, biasa lah, PC office lah selalu jadi tempat aku luahkan segala info.

Nota nota monthly aku kikiki:
Jom sini nak letak few usaha aku untuk dapatkan baby. I’m 6 months married to my husband and trying for babies.
Kawin bulan October, 2015. Lepas tu teruskan baby making dengan manjang pegi bercuti je. Haha! Start makan folid asid dah even sebelum kawin. Tapi itu lah, makan pun tak consisten je nie. Kejap on kejap off. ishh! 

4 months after, Mid bulan Febuary, 2016 Rein ajak pegi berurut kat sorang makcik Indonesia nie kat Ampang. Urut dia simple je, untuk naikkan peranakan. Dia usik pun bahagian perut je. Tak sampai setengah jam pun, few minutes je. Tapi rasa la sakit sikit time nak gerak kan tu. Dia cakap Rahim jatuh, dia dah naikkan. Dia cakap ada 4 ke 5 telur tah, which means telur tu untuk jadi baby. Wallahualam. so kalau betul dia cakap aku ni kemungkinan ada 4-5 orang anak ler. again, wallahualam. Tawakal jela. 

Time ni aku dah start consume minum susu kambing. But won’t last forever, cukup pack tu habis je. Aku tak sukaaa susu kambing! Lepas tu takmo beli dah. sebab maybe susu kambing tu tak kena dengan tekak. untuk orang lain, selagi boleh minum tu, minum lah. orang cakap susu kambing bagus.

Next, lepas tu next cycle period datang. Normally period happen between 26 – 28hb every month. Time tu bercuti kat Singapore time birthday Husband. Period datang tapi langsung tak sakit. Okey, few days lepas tu habis. Balik KL, around 4th March kot, period datang lagi. Perhhh time ni banyak gila and sakit. Time ni pelik dah kenapa period sampai 2 kali pastu banyak terlalu banyak.

Rein cakap, its normal lepas berurut. Dia pun dulu period banyak lps urut and the next month dia pregnant dah, Wah! Terus aku berhenti panic dan berharap. Haha!

Bulan March, aku try beli toujours balik. Tengok Hanis Zalikha pregnant aku pun beli. Miahahahha!

April 2015: Time ni, aku confuse the next period datang bila, normal 26th atau 4th? Haha! So aku tunggu sampai 3hb takde khabar berita. Excited dah! Siap pegi Guardian beli pregnancy kit. Beli and test the next morning. Sedih sbb negative. Sobs! The next day terus period. Hampehhh!

Bulan April aku makan ubat apa tah yang ada manjakani tu, dia mcm liquid. Officemate lah belikan sempena nak kawin ritu, katanya sesuai utk org nak kawin. Aku minum je, tatau la ada kena mengena dengan pregnant tak.

Mid April, aku sakit perut sampai takleh bangun. Terasa mcm ada bola berguling2 kat bawah perut belah kiri. Bulan sebelum tu, aku g masuk kemera kat Hospital Putrajaya sbb gastrik, Husband melawak cakap kemera tertinggal dalam perut! Cheh. So, one fine Sunday sakit sangat aku g klinik. Doc tu cakap takde pape, ini sebab kencing kotor and kurang minum air kosong je. Finee! (nampak tak aku ni sakit sikit je dok berharap pregnant? psyco kan?)

And bulan April ni jugak aku start kira waktu subur and babymaking time time quality itu lah. 

Early May, bebetul 1 May dah period dah. Kali ni banyak and berketul. Cuma banyak on the 1st and 2nd day je, masuk 3rd day kureng dah sikit tapi still darah. Cuma minimal.

Pastu aku g Jogja. bercuti lagi. Rasanya balik Jogja ni kena usahakan pergi Klinik Umra jugak. Kena jugak tau apa masalah perut nie.

Dah sebulan dah balik Jogja, tak lagi pergi Klinik Umra. Dah period utk bulan June dah pun. End of May. 26 May dah period, sekejap je Cuma dalam 4 hari camtu je, 2 hari je heavy lepas tu cool down dah.

Okey, dah masuk June. Aku Berjaya jugak pergi Umra. Tapi just normal check jela. Dia buat ultrasound untuk check Rahim je and Tanya basic questions mcm umur berapa, dah berapa lama kawin, 1st kawin ke, sebelum ni pernah pregnant ke tak ke mcm tu.

Dia cakap normally orang akan refer fertility lepas setahun trying, tapi aku ni mcm awal sangat, baru 8 bulan kawin dah jumpa diorang. Tapi takpe kot, at least takde lah too late to try. Kalau ada pape masalah insyallah boleh settlekan awal. Plus, I’m freaking 28 years old okey!

So, dia just check biasa je dulu. Nanti bila 1st or 2nd day period dia suruh datang lagi katanya nak bg ubat kesuburan and check lagi sekali. So far hari tu pegi doc cakap takde pape, cysyt ape semua tu takde, Rahim ok etc. overall, cost consulation + ultrasound kat Umra RM110.

End of June (24th) period balik, ikutkan kena pegi Umra balik. Tapi mcm fikirkan kos dia so tak jadi. Hold lah dulu, nanti ada rezeki lebih boleh la ke sana balik. As for now, nak try few other cheaper options like:
1)     Ovaluation kit (nak beli kat ig nanti)
2)     Buah zuriat (sekali dgn atas tu, pun beli kat ig)
3)     Susu kambing
4)     Kurma
5)     Habbatussauda
6)     Almond

Aku dah mula dengan minum jus delima, nak beli ovulation kit tapi seller ig dah takmo post dah sebab nak raya. So terpaksa lah delay sket beli lepas raya kang. Tapi mcm terlambat seminggu lah trial dia. Haiiish!

Finally, seminggu lepas raya bru aku beli. So far semua pun negative, yelaa dah lepas waktu subur kot. Kalau ada pun samar samar positive lepas tu negative balik.
Kali ni, aku keep on makan asid folic dgn jus delima je dulu.

Harap2 mendatangkan keberkesanan. Hari ni 26th July belum period lagi. Tapi aku taknak over excited, kita tunggu sampai 4th August. Kalau belum gak, baru buat test. Sbb skrg ni period aku mcm tak teratur, paling awal period 26th pastu paling lambat 3rd awal bulan. So wait and see lah.

Kalau period balik, lepas ni mmg hari2 la aku pakai ovulation test tu kan. Hikhik
What should YOU do every month pu3:
1.     Asid folic plsss lah hari hari
2.     Jus delima tu, jangan lah malas nak minum
3.     Pakai olulation kit tu tiap2 malam
4.     Beli susu kambing . MAKE AN EFFORT to drink


SEMUA NI KENA BUAT HARI HARI WOII

End up. rupanya sampai situ je TTC journey. 4 August tu aku tak period pun. ahaa! Jom next post!



Thursday, June 30, 2016

Hari Raya!


Selamat Hari Raya!
Tahun ni first time balik raya jauuuuuuuuh dari mummy abah. Tahun ni first raya sebagai isteri dan menantu. Cewaaaah!

Perh, sure macam sebak gila time raya pertama kang. Walaupun aku selalu cranky beraya kat KL yang membosankan (balik kampung pun selalu kejap je), tapi bila dah jauh nanti sure macam terkenang kenang. 

Raya tahun ni. beraya kat Penang rumah family shuben tersayang. Jom kita merasa beraya kat negeri lain pula, cara lain pulak.

Normally kitorang raya kat KL, pagi raya tu bersiap siap pergi sembahyang raya. Lepas tu balik rumah kalau abah tak missing in action, kitorang salam raya ramai ramai. kalau abah missing in action, kitorang akan lepak mcm tunggul kayu je sambil mummy bad mood the whole day. 

paling seronok pun, (again kalau abah behave) kitorang bertolak balik kampung lepas sembahyang raya. sampai kampung makan makan, borak borak, lepas tu ikut lah sape sape berjalan raya.
Tapi tak lama, petang je abah ajak balik KL dah.

so the next day, tidur je seolah olah tak raya. macam public holiday biasa. haha!

Malam tu lepak cafe hipster dengan bandel. eheh! 

Tahun ni taktau macam mana nasib diorang sebab, 2nd Raya bandel dah pegi Korea. So, tradisi lepak cafe hipster hari raya kirim salam. 



Monday, June 27, 2016

NEW MISSION!

Yay! ada lagi sebulan nak berhenti kerja!

Tapi tak, less than one month actually. sebab, last day should be 30th July pastu tolak annual leave maybe tentatively  22nd July dah last day. Tentatively lah. Sebabnya HR tak panggil lagi, aku pun tak sure zaman bila diorang akan panggil, maybe few weeks sebelum last day lah kot.

Takmo cerita dah pasal company! Now I have another mission.

Emm, actually aku quit ni sebab dah fed up nak kerja, plus company ni pun mcm &%$#^* je. Baik aku blah sebelum lagi banyak aku carutkan kat sini kan?

Aku confident je hantar surat resign hari tu, tanpa ada back up plan yang lebih meyakinkan. The actual back up plan was balik Alam Damai, tinggal sana and buat lunch food delivery sekitar KL & Klang Valley. It was a great idea dah at first, aku pun dapat stay kat rumah teman mummy and mummy boleh tolong.

BUT, the idea ruined setelah beberapa minggu planning. Sebabnya mummy tiba tiba takmau tolong. Knowing mom, aku tak sepatutnya berharap kat dia pun actually. Sigh! Lepas tu mummy suruh handle homestay dia pulak and semua expenses AD & semua homestay aku kena tanggung, Kiranya aku yang jobless ni kena tanggung expenses SEMUA ORANG kat rumah.

Mati lahh!

Terus aku fed up lagi sekali. Aku merajuk dah, tak bg kata putus terus. Diam je.

Time tu, down lah apa lagi, mana aku nak cari income ni weh? Pikir nak jual kek je, tapi berapa sen jela sangat income?

So, suatu hari yang bertuah, aku scroll internet. Saje google “kedai untuk disewa” google “peluang perniagaan” google google, terjumpa lah lifesaver!

Advertising ni mcm nie:
--------------
Tapak Kedai untuk Disewa. Shah Alam Area
Salam Sejahtera kepada usahawan Majalah.

Nama Kedai : Restoran DeDon
(Food Court Concept/ Konsep Medan Selera)

Lokasi: Jalan Juruwang A U1/A, Laman Glenmarrie (TTDI Jaya Shah Alam) Shah Alam, Selangor.
Kedai corner lot dan mempunyai ruang untuk membuka meja di kaki lima jalan, berdekatan kawasan kepesatan penduduk disekeliling banggunan, bersebelahan hotel RedWood Inn Hotel Shah Alam, berdekatan tempat pengajian Politeknik, KDU Colleague dan Montfort Boys, berdekatan kawasan pejabat dan kedai-kedai di seberang jalan, berhadapan dengan Kompleks Sms PDRM. (Penduduk, pekerja dan pelajar ramai dan boleh menjadi tempat strategik untuk mereka mencari makanan yang perlbagai kerana berkonsepkan foodcourt).

Moto Restoran: Join The Family
(JOIN: Dikhususkan kepada pelanggan dengan mengalu-alukan kedatangan mereka ke Restoran De'Don.
FAMILY: Merujuk kepada semua vendor, peniaga, pekerja, dan pihak pengurusan yang bernaung di bawah payung Restoran De'Don)

Tarikh pembukaan :
August 2016

-----------------

Hahaha! Aku terus call encik Aiman nie. Dia offer buat konsep foodcourt so nak sewakan slot, Bak terfikir satay tokmi. Aiman cakap untuk satay sewa RMXXX per month.
Aaaahhh! Grab je terus.  Murah sangat dah tu!

Malam tu jugak aku jumpa Tokmi discuss pasal satay and lepas beberapa hari jumpa Aiman deal direct and terus bayar booking.

planning menu whatsoever, costing semua, siap!

Done! 

Aku dah Nampak masa depan, haha! Alhamdulillah..

Nanti next post aku warwar kan pasal kedai okey?


Rezeki! Rezeki! Alhamdulillah :)

Monday, June 6, 2016

4 Days 3 Nights Jogjakarta (May 2016)

Actually plan Jogja ni aku dengan Syafiq je. Kitorang main redah je book flight, saje nak explore tempat lain. Lepas tu, bila dah book, search kat Pak Google, rupanya banyak gila tempat best kat Jogja.
Kitorang hasut Ilham ajak join, end up trip ni jadi bertiga!

Saje gedik nak share jugak ongkos perjalanan ke Jogja ni.

4D3N Jogja Trip #travelcompanion3
Overall budget Jogja for two pax
Flight ticket including 20kg luggage and meals   RM 640
Accommodation for 3 nights at Malioboro          RM 399
Fullday car usage and supir for 2 days               RM 256
Travel Insurance                                                RM 70
Meals and shopping                                          RM 750
Tour/Entrance Fee                                             RM 300
TOTAL                                                            RM 2415 / couple


Itinerary for 4 Days 3 Nights Jogjakarta
Day 1 – Kuala Lumpur to Jogjakarta
Hotel: Whiz Hotel Malioboro
Kitorang amek flight pagi, kul 9.45am. Dah siap check in online dah, so pukul 7 lebih camtu dah sampai airport. Drop luggage pastu breakfast kat KLIA2. Naik flight and bermula lah misi jalan kami.
Pukul 11.30am sampai Jogja. Airport dia kecil sangat, simple je airport nya. Ada dua terminal. 1 untuk International, 1 untuk domestic. Amek luggage semua pastu jumpa Pak Ariya. Pak Ariya ni la yang arrange kan transport kitorang kat sini. Dia kenalkan dgn driver nama Pak Dwi. Perjalanan dari airport ke hotel around 30 minit sebab jem. Sampai hotel before 2pm so tak boleh masuk bilik lagi. Kitorang check in and bayar deposit hotel.
Teruskan perjalanan ke Prambanan. Perjalanan dari Malioboro ke Prambanan dalam 1 jam. Bayar entrance fee kat Prambanan pastu masuk. Oh, kat Prambanan tu foreigner and local harga berlainan. Kalau ada student card pun harga lain. Kitorang ni mana laaa simpan student card lagi, kalau ada pun muka zaman bila entah.
Bila dah masuk Prambanan, ada local guide akan introduce diri dia and dia akan offer service guiding – with an additional cost. Tapi tak mahal pun. Dia punya explanation bagus gila. Dia akan cerita pasal kisah Ramayana, Krisna semua tu, pastu bawa masuk candi semua. Recommended amek guide untuk tau info pasal Prambanan. Even guide tu akan bagitau kita lagi mana HOTSPOT untuk amek gambar. Haha!
Kalau ada extra duit, boleh join Sunset tour Prambanan. Dia ada show lagi – nama dia Ramayana Ballet.

Lepas cover Prambanan, kitorang lapar. Request kat Pak Dwi nak makan mi ayam dengan Bakso. Perh, rasa dia terbaik! Minum pulak the botol dia yang sejuk.
Ptg tu Pak Dwi suggest pegi Queen Boko Temple, tmpt ni kat atas bukit, ramai org naik situ utk tgk sunset. Kalau nak pergi tgk sunset kat situ, entrance fee include dgn dinner..so xpayah susah2 nak carik makan dinner dah. Tapi, disebabkan hujan at that time, so Pak dwi cadangkan pergi tmpt indoor lah sbb bazir lah katanya lau kita nak balik hotel awal2. Dia bwk Muzium 3D dgn Wax museum
So, kitorang pegi muzium 3D dengan Wax Museum je. Pernah pegi yang dekat Bangkok punya, lagi best! Jogja punya kecik dan dekat dekat, so kalau ramai orang takde feel nak amek gambar. Baru nak posing, stranger kat sebelah dah photobomb. Argh!

Kitorang melepaskan kekecewaan dengan makan! Jalan jalan kat sekitar situ Nampak ada food truck. Eh cool! So kitorang order makan:
1.     Jus Alpukat x 2 (RM 3.90 each)
2.     Soda
3.     Cireng
4.     Saus Saus Ayam

Lepas tu kitorang jalan lagi, Nampak stall tepi jalan. Ilham nak minum air kelapa muda. Singgah la makan situ pulak:
1.     Air Kelapa Muda
2.     Chocolate Waffle
Ok. Taknak complaint pasal makanan. Haha! Tapi boleh complaint pasal harga. Mahal! Makan kat food truck murah lagi. Stall tepi jalan lagi mahal. Cheh!

Malam tu, on the way back Pak Dwi asyik mention Gudeg. It’s a local traditional food la kat sana. So, dia drop kitorang g tapau Gudeg. Gudeg is actually Nangka yang dimasak dengan santan dalam tempoh yang lama sampai kering. Makan dgn nasi putih and ayam atau daging, Mula mula rasa mcm taknak makan sbb aku tak boleh terima makan buah dgn nasi ni hahah! Sekali tu, bila dah cuba, Ya Allah sedapnya! Berbaloi lah makan. Tak tau mana rasa nangka dia. Semua pun sedap, fuh!
Recommended makan Gudeg Yu Djum.

Deposit Hotel: RM 18.00
Entrance Candi Prambanan: RM 70 per person
Local Guide kat Prambanan: RM 30 per guide. So, kami bertiga jadi RM10 seorang.
Lunch Mi Ayam & Bakso: RM 8.50 for 3 person
Wax Museum & 3D Art Museum: RM 30 per person combo package
Total makan kat food truck untuk dinner: RM 14.40 for 3 person
Air Kelapa muda & Chocolate Waffle: RM 12 for 3 person
Gudeg Yu Djum RM 5.70 per meal

Day 2 – Borobudur
Plan asal dengan Pak Dwi nak g Sunrise Borobudur tour, kena bangun kul 3am, dia pick up kul 4am. Tapi kitorang tak larat. Call balik cakap pegi tengok Borobudur biasa jelah. Mengantok!
Breakfast kat hotel, Whiz Hotel ni punya breakfast semi buffet. Main course kena order, ada mcm mcm nasi Jogja. Aku order Gugeg lagi, sebab semalam makan Gugeg tu best. Lepas breakfast, terus ke Borobudur. Perjalanan ke Borobudur dari Malioboro around 2 jam. Sampai sana sama mcm Prambanan, ada foreign rate & local rate. Kitorang pegi beli ticket kat International counter, takde manusia langsung sedangkan kat local tu terlalu ramai umat sampai beratur. Nak pula time travel ni waktu cuti panjang kat Jogja. Cis!
Kat Borobudur kitorang tak amek local guide, tapi driver dah explain dah sikit sikit sejarah Borobodur ni. Menarik! Nak sampai ke puncak candi tu memang kena jalan pastu panjat tangga yang tinggi. Penat la, tapi berbaloi. Sampai atas tengok view dia memang terbaik. Kalau time tak cuti panjang, sure lagi lawa candi tu. Around pukul 11 camtu kitorang dah turun untuk ke next destination.

Mount Merapi! Tengok bekas volcano. Tengok gunung berapi J Trip ini adventure! Pak Dwi drop kat base dia untuk kitorang naik jeep. Ini lah nama dia “mount merapi adventure volcano jeep tour” haha!
Okey, journey jeep ni ada 3:
Short – 2 jam
Medium – 4 jam
Long – 6 jam
The longer diorang cover, lagi banyak tempat pegi. Kalau amek long journey dia masuk dalam lopak air apa semua. So kena la stand by baju lebih.

Kitorang amek short journey je sebab dia cakap itu je yang available time tu. Tapi short dia pun 2 jam jugak whoa! Naik jeep masuk hutan, naik bukit, turun bukit curam memang pengalaman awesome gila. Lepas tu dia bawak g museum peninggalan rumah mangsa volcanic eruption tahun 2010 dulu.

Part sini sedih. Tengok rumah tinggal, gambar mangsa semua. Hmm..

Lepas tu, kitorang dibawa tengok “Batu Alien” gulp! Rupanya dia adalah sebijik batu besar yang dikatakan dulu sebelum meletus batu ni takde pun kat situ, batu ni wujud kat situ lepas volcano. Batu ni bentuk rupa pakcik tua tengah sedih. Wallahualam.

Sambil tu tengok aliran larva yang lalu waktu meletus dulu, tengok terowong yang dah runtuh.
Tanya pakcik tu, last was 2010, bila anggaran dia akan meletus lagi? Dia cakap patutnya setiap 5 tahun, maknanya anytime jelah. Gulp! Whoa! Kami kat bawah gunung je nieee!

Lepas tour, masing masing dah lapar. Yelah! Belum lunch lagi. So stop kat Restaurant Minang untuk lunch nasi padang. Kami 3 org lapar gila, amek lauk pun bukan sebarang lauk,nasi setimbun, ayam, daging, sayur, telur apa semua bagai. Harga tak sampai RM20 pun untuk 3 orang termasuk air.

Perut dah kenyang, singgah ke Gumuk Pasir untuk amek gambar.
Lepas tu, on the way back singgah beli Murtabak Terang Bulan dan Murtabak Telur! Argh my favourite!

Sampai hotel dalam pukul 9 malam, kitorang jalan jalan kat area Malioboro untuk tengok view malam dia dengan pegi shopping sekali.



Entrance Fee Borobudur: RM 78 seorang termasuk welcome drink
Entrance Fee Sunrise Borobudur: RM 120 seorang
Jeep ride short : RM 114 per trip. Satu jeep boleh muat max 5 pax.
Jeep Ride medium: RM 135 per trip. Satu jeep boleh muat max 5 pax.
Jeep Ride Long: RM 165 per trip. Satu jeep boleh muat max 5 pax.
Lunch Nasi Padang: RM 19.50 untuk 3 orang
Murtabak Terang Bulan (manis) & Murtabak Telur: RM 6 each
Tshirt: RM 5 sehelai dalam IDR14,500. Kalau XXL mahal sikit.

Day 3 – Free & Easy
Hari ni tak kemana mana, kitorang pun tak amek driver untuk hari ni. Saje nak spend masa kat Malioboro. Orang cakap hot spot Jogja! Nak juga tengok apa yang menarik.
Bangun hari ni agak lewat, tidur puas puas. Lepas tu breakfast. Hari ni punya meal pun sedap! Aku order beef steak rice, siap repeat order tauu! Lepas tu keluar jap kat Malioboro tengok apa yang ada. Kejap je round round area situ, agak dah panas sikit kitorang naik balik. Call reception mintak massage service. Spa diorang datang bilik around 1pm camtu. Kitorang massage kaki dengan tangan je.

Lepas tu agak dah redup sikit kitorang keluar carik makan, makan kat mall berdekatan. Masing masing dah kenyang, kitorang gerak pegi Beringharjo Market, jalan kaki je. Dia connecting dengan Malioboro Street. NOTE: Market ni tutup pukul 4.30pm.
Kitorang pergi agak lewat diorang dah nak tutup kedai dah. Dah jenuh berjalan, kitorang balik ke hotel. Rehat kejap.

Malam tu, keluar cari dinner. Jumpa satu restaurant yang agak moden kat situ. Bukan apa, banyak je stall kecik kecik boleh singgah makan, tapi takut sakit perut, kitorang kena la spend lebih sikit untuk makan kat restaurant. Kalau ada driver dia boleh rekomen gerai yang bersih dan sedap. Kali ni kami sendirian je, terpaksa la pandai pandai sendiri. So, Nampak kedai mcm hipster tu masuk jela. Tapi makanan dia tak kena dengan tekak, haha! Tapi dah lapar, redah jelah.

Lepas makan, jalan jalan kejap pastu balik hotel. Tido!


Batik : RM 88 untuk 3 kain. Each kain 2 meter.
Hand and Feet Massage RM 30 per hour/person

Day 4 – BALIK!

Breakfast kat hotel pagi ni makan nasi lagi! Haha. Tapi don’t mind sangat lah sebab food dia semua sedap gila. Memandangkan kitorang ni hari ni nak balik, and takde lunch dah, so makan lah breakfast puas puas! Flight kul 11, so pukul 8 dah check out bertolak ke airport. Sebelum tu singgah beli Bakpia diorang yang sedap tu. Actually for me, yang paling sedap kat depan hotel kitorang ni je. Yang supir bawa g kedai sorvenir tourist tu biasa biasa je. Beza harga pun takde lah mahal mana. Worth it lah.

Sampai je airport terus check in luggage pastu habiskan segala duit rupiah. Oh! Dulu mana mana destination from Indonesia, kena bayar departure tax kat airport. Dalam RM 32 seorang. Tapi sekarang dah takde. Semua dah include dah time kita book flight tu. So don’t worry lah kalau duit rupiah dah terhabis.


Lepas tu, naik flight and balik KL! Babaiii Jogja. Till we meet again, insyallah.

Monday, April 25, 2016

Kehilangan

23 April 2014 - Sabtu

Hari ni, hari aku kehilangan seorang yang bernama atok, my one and only grandmother. Sedih sebab mengejut sangat and tak dapat imagine how is the situation kalau balik kampong atok takde. Normally atok la yang akan stand by bila nak balik pastu masak best best!

Hari minggu tu, memang plan nak balik kampong. Aku pun ada plan food delivery untuk hari Ahad, so balik kampong kejap Sabtu tu. Order untuk Ahad pun dah masuk, plan nak balik jumpa atok and petang back to KL dah la. So Sabtu bertolak dari rumah awal pagi singgah beli brg untuk food delivery sekali, sampai kampong dlm kul12 lebih atau 1 camtu. Sampai je atok terus ajak makan sebab dah lunchtime, tapi atok x makan sekali sebab atok dah lunch dah time makan ubat tu. So kitorang makan ditemani atok. Yang balik kampong hari tu Cuma aku, Syafiq & kuzin je bertiga. Yang lain lain masing masing ada program diorang. So, lepas lunch atok g solat zohor.

Niat dalam hati ingat nak g lepak dengan atok kat bilik. So aku masuk bilik atok, tengok atok dah sleep. Okey la, biar la takmau kacau atok sleep, aku ajak Syafiq g rumah depan jumpa Tokyah. Since abah ada mende suruh aku pass kat tokUncle sekali. Aku ajak Kuzin, dia takmo g sebab dia nak sleep. Aku pun actually malas nak g rumah Tokyah time tu, sbb nak landing kat rumah je rasanya. Tapi fikirkan Abah pesan suruh jumpa Tokuncle and aku takut kalau aku lambat jumpa Tok Uncle, nanti diorang keluar g mana mana pulak. So dalam pada berat hati (ya allah berat hati nak keluar rumah time tu) aku gerak jugakk.
So lepak rumah Tokyah, pulak dah time tu kitorang terleka main dengan kucing. Lepas tu Tok Yah nak masuk rumah g solat Zohor, Syafiq ajak aku balik. Tengah kitorang on the way balik (berjalan kaki je) kuzin call suruh balik sebab sebab katanya Atok sakit. Berlariii aku balik rumah. Ya allah! Kenapa lahhh aku tak ikut gerak hati tadii untuk stay je rumah! Aku tengok atok dah terbaring atas katil. Syafiq patah balik g panggil TokYah dengan Tok Uncle. Time tu kakTi dengan Tok Yek sebelah rumah pun dah ada dalam bilik Atok.
Aku Nampak atok dah tak sedarkan diri. Tapi bernafas, tapi x sedar bila orang panggil takde respon.
Blur. Serious aku blur sangat tak tau apa nak buat.

Apa orang suruh itu aku buat.

Aku buka atok punya gigi palsu, bukak cincin atok, bukak gelang.

Aku bagitau Syafiq stand by dengan enjin kereta ON. Kita g spital. At the same time call jugak ambulance. Time tu lah, menggigil cari alamat penuh rumah semua.

Tapi time genting mcm tu, semua orang panic. Tok Yah suruh angkat atok bawa g spital, Tok Yek suruh tunggu Ambulance. Aku dah pening. At the same time tengok atok still x sedarkan diri. Ya Allah camne nie.
Tak lama lepas tu Ambulance call aku Tanya direction ke rumah, sumpah aku BLUR! Aku pass phone kat Syafiq dia lari g depan pagar pass phone kat Tok Uncle. Time tu memang suasana semua berlari lari. Menggigil seluruh badan.

Few minutes after that Alhamdulillah ambulance sampai. Ada orang masuk bilik, Tanya condition atok lepas tu check lepas tu bawak masuk ambulance. Aku grab handbag atok, bagi IC pastu Tok Yah pun ikut masuk ambulance.

Aku tunggu kakTI kunci rumah, amek semua ubat atok kitorang ber4 naik myvi terus ke spital. Sampai je atok dah ada dalam emergency room.
Tak lama lepas tu aku register Atok bg contact number aku. Bg ubat atok semua.
Doc check, doc Tanya condition dan mcm mana benda jadi. KakTi berulang ulang kali cerita. Time nie tenang sikit dah sebab Atok dah dengan doctor.

Lepas tu Makngah sampai, turn makngah yang berurusan dengan doctor. Lepas tu, beberapa orang sampai, Achek pun dah sampai. Semua berbincang. Makteh sampai, Abah pun sampai. Semua berbincang dan berbincang. Atok kena masuk tiub, atok kena CPR.

Lepas solat Asar, buat CPR kat atok. Kitorang semua boleh masuk emergency room tengok atok, langsir tutup tapi boleh dengar cpr tu semua, time ni semua pun faham kot, atok dah tua, dah tak kuat dah, anything can happen. Aku menangis. Tak sanggup dengar bunyi semua tu, kitorang semua baca Yassin. Sambil cpr kitorang baca Yassin. Sebak sangat time ni. Redha je

Tak lama tu, doc cakap CPR ok. Jantung dah ok, nadi dah ok. Alhamdulillah.
Tapi aku terlupa kakwani pesan, kalau orang tu nak “pergi” dia akan stabil dulu sekejap. Lepas tu terus pergi selamanya. Time stabil tulah actually time yang tak ok.
Mak Yang sampai time nie.

Kitorang duduk luar kejap sebab jiran katil sebelah atok nak guna mesin, so tak muat space, doc suruh keluar kejap. Few minutes lepas tu, makngah panggil semua. Kitorang yang cousins nie tengok mesin tu dah mendatar, lagi satu mesin tulis 90%. Tak faham, apa ni? Lepas tu semua aunty & uncle bacakan syahadah.
Tak lama lepas tu. Diorang cakap atok dah takde. Innalillahiwailahirojiun.


I didn’t cry, shocked. Of all happen in a day, flashback balik semua, balik kampong, makan, main kucing, berlari, ambulance, hospital, cpr and all gone. Tak sangka. Tak sangka.
Deep down rasa mcm bersyukur aku balik. Nasib baik aku sempat jumpa Atok. Atok sempat teman lunch sekali, atok cerita Husna dah pandai berjalan, atok cerita Mus’ab dah pandai main TV remote, atok cerita macam biasa. I can’t imagine itu lah hari terakhir atok bercerita.

Kalau lah aku tau itu hari terakhir, aku tambah nasi banyak kali so that atok cerita banyak lagi, aku tak pegi rumah Tok Yah hantar itinerary Lombok abah, aku tak main dengan kucing lama lama.
I’m gonna miss you Atok. Rindu atok punya lauk best best kat kampong. Rindu atok cerita mcm mcm, Musab dengan Husna pun takde onyen dia dah. Atok la the coolest atok ever. Paling selalu senyum. Syafiq too, dia suka balik kampong jumpa Atok. Jumpa atok dah jadi favourite dia, balik kampong explore rumah. Banyak mende kitorang semua akan rindu kat Atok, I bet every of us have our own memories with atok. And everyone gonna miss you too.

Semoga atok tenang di sana.

Alfatihah. Raja Hasnah Bt Raja Mohd Noor . 23 April 2015 : 6.33pm 

Tuesday, March 29, 2016

4D3N Bali (Tour Leading)

Actually hari tu Bos suruh tulis report. alang alang tu aku gunakan report yang sama untuk blog ini aje lah eh?

This time sendirian bawa group ke Bali. Tak ramai pun, cuma 26 orang je termasuk diri sendiri. Pastu child lagi ramai dari adult. :) ahaha! so, alhamdulillah. Semua pun smooth je. 

Nah details itinerary kat bawah . My 2nd trip to Bali. Tapi last was like darjah 6? so ingat ingat lupa. 

Disebabkan report nie untuk office so dia dalam english. tapi aku add on gambar, jadi agak pelik sikit bila caption in BM. Lantak lahhh, malas nak karang fikir ayat malam malam nie. 


Flight: Malindo Air
Accommodation: Holiday Inn Express, Kuta

Day 01: 13 March 2016 Kuala Lumpur - Denpasar
Arrived Bali and clear luggage. Meet guide upon arrival and proceed for lunch at Pawon Pasundan Restaurant. Everyone was tired due to early morning flight. Proceed for Coffee Farm to witness the coffee making and enjoy coffee and tea tasting. Afterwards, proceed for Uluwatu Ancient Temple.
Unable to check in hotel at this time. As mentioned by guide, need to proceed for dinner due to restaurant is in the same area as Uluwatu. Dinner is at Natrabu Minang Restaurant around 6.30pm.
Check in hotel around 8pm and rest.

Untuk malindo, flight jauh2 mcm Bali ni (KUL-DPS 3 Jam) dia akan provide hot meals, mcm hari ni aku dapat roti prata dgn dhall, juice, mineral water & biskut.

View Kintamani dari atas awan :)

Ini la dia ayam penyet kat Pawon Pasundan. Sedaaaappp! 
seisi melawat coffee farm

Diorang ada jual mcm mcm jenis coffee, in order nak menjual, diorang kasi la tester dulu. Hamekk! 12 jenis kopi & teh untuk di minum.
P/S: Lemongrass Tea sedap gila. 
Sini lah diorang jual semua jenis coffee! ada yang sugarfree ada yang biasa, mcm mcm jenis ada. Pilih jela mana suka ikut dari tester tadi :)

Next! Uluwatu Ancient Temple


Day 02: 14 March 2016 – Barong Dance, Kintamani & Tampak Siring
Wake up call at 6am and breakfast at 7am. Gather at lobby at 8am proceed for tour. Stop at Ralph Lauren shop for shopping for few minutes. Proceed to watch Barong Dance for 1 hour. Proceed for Celuk Mas and Woodcarving shops. Afterwards, proceed to Kintamani and lunch at Kintamani Restaurant. Enjoy buffet lunch facing the scenery.
Visit Tampak Siring and enroute stop at sourvenir shop. Buffet dinner at Suris Boutique Hotel and back to hotel at 7.30pm.

Day 03: 15 March 2016  - Water Blow and Tanjung Benoa
Wake up call at 6.30am, breakfast at 7.30am and gather at lobby at 8.30am. Proceed to Tanjung Benoa. Once arrive at Tanjung Benoa, local guide will explain about the water activities available and the advice the optional price for the activities. None in the group interested in water activity, we proceed for boat ride to Turtle Island. Boat ride will take about 5-10 minutes to the island. Enjoy activities and taking photos with turtle and other animals at the island. After Tanjung Benoa, proceed to see Water Blow in Nusa Dua.
Lunch at Bali Kakul, restaurant in Bali Baliku Beach Front Private Villa. After lunch proceed for shopping at Agung Bali and Krishna Ole Ole. Afterwards, proceed for Jimbaran BBQ Seafood dinner at The Ocean Bali Seafood & Grill while watching Sunset. Celebrate March born babies at Jimbaran.

Day 04: 16 March 2016 – Tanah Lot
Tour starts at 12 noon. Group have time for own leisure in the morning. Most of them enjoy the hotel swimming pool and do their laundry during this time. In the afternoon, proceed for lunch at Kemangi Restaurant and visit Tanah Lot. They are given 3 hours to have leisure time touring Tanah Lot and taking pictures with families.
They had crispy duck dinner today at hotel restaurant. Back to the hotel at 8pm and rest.

Day 05 : 17 March 2016 – Bali – Kuala Lumpur
Check out from hotel at 1pm and proceed to Galeria Mall Bali until 4pm. Group had their lunch by own arrangement at the mall. Various of Halal restaurant is available. 4.30pm proceed to airport for departure home.

Monday, February 22, 2016

Kota Bharu & Rayani Air Review

6 – 10 February 2016 Kota Bharu Kelantan

6 February 2016 (sabtu)

Esok nak g KB, disebabkan ada Izara omey yang berumur 6 bulan ni, kitorang decide nak stay kat hotel area KLIA jela. Senang esok nak gerak g airport. Flight pun pagi. So petang tu ayah ibu hantar kitorang g Concorde Inn KLIA. Dah sampai kat area situ, perut terasa lapar. Rein bodek bodek ayah ajak makan seafood. Haha! End up jumpa restaurant seafood kat area situ jugak. Nama dia Downtown KLIA Seafood Restaurant. Taste wise, aumm sedap! Thumbs up! Price wise entah lah tatau nak cakap mahal ke murah, sini menu diorang apa yang kitorang order:
1.     Nasi Putih 7
2.     Ikan Masak Steam
3.     Sup lala dgn ginger
4.     Kailan Ikan Masin
5.     Ginger Beef
6.     Spicy thai chicken
7.     Air untuk 5 orang
Harga untuk total semuanya around RM200++ . mahal ke murah? Mcm murah ke kan?
Lepas makan, kitorang balik hotel dan tido! Oh pasal hotel concorde inn KLIA pulak, hotel dia okey simple. Yelaa, nak gah sangat pun buat apa, transit hotel je pun, and hotel kat airport mana boleh tinggi tinggi. Sekali tengok mcm kuarters pun ada. Haha!
Tapi facilities, amenities semua bagus. Smart! Dia offer shuttle every 1 hr from hotel to KLIA and KLIA2. Cumanya kitorang tak sempat nak rasa breakfast. Kenapa? Haa kejap lg cerita.


7 February 2016 (ahad)

Semua orang kunci jam seawall 5am sebab nak catch flight Rayani ke KBR pagi ni. Bila jam bunyi, semua tengok phone pastu ada sms. “flight retime to 1pm” Emm terkejut kejap sebab ni first time nak merasa Rayani tapi retime pulak, tapi no biggie! Masing2 tarik selimut tido balik. Kuikui!
Terlama la pulak tido, semua kelam kabut bersiap nak g airport. Pasal tu lah tak sempat nak rasa breakfast kat situu. Mandi siap semua, amek shuttle terus ke KLIA2.
Breakfast kat airport, pastu naik flight.
Rein bawak baby, so lepas calling utk business class diorang priority untuk mom with babies pulak. Okey lah Rayani, mmg Islamic habis, siap bagi salam semua (terasa mcm naik flight g Umrah pule haha) pastu seats dia luas mcm Malindo, seats dia colourful, oh! Dia ada 20kg luggage inclusive ok! Pastu dia bagi refreshment which is better than Malindo. Dia offer juice, muffins dgn kacang. In flight service bagus. Cuma masa take off dgn landing to agak rough. Maybe sebab kat KBR angin super kuat kot.
Sampai je KBR, kitorang amek luggage pastu jumpa apot kat arrival hall. Apot pick up bawa g rumah diorang kat Pengkalan Chepa. Lepak kejap lepas tu keluar acah acah minum petang tepi pantai.
Kitorang singgah Pandai Berirama kat Bachok. Perh! Angin sangat lah kuat. Ombak pun super tinggi. Ai is orang kay ell, haha batak jakun sangat tengok ombak tinggi. Terus otak ligat pikir bukan bukan, pokok mana aku nak capai nanti kalau ombak ni sampai kat aku, mana nak beli pelampung, belum mintak maaf kat sume orang lagi J (okey dramaaa)
Mulut tak berhenti cakap “tingiiinyaaaaa Ombakkkk”
Hahahahaha! Okey walaupun mcm ketakukan ombak mengganas, kitorang tetap lepak makan tepi pantai jugak. Ada stall stall tepi tu offer makanan sedap senghoti. Kitorang makan kepok lekor, ABJ (air batu jagung) , nyiur susu (kelapa susu), aiskrim kelapa, sausage tak sedap, air kosong J haha. FYI! Aku pertama kali rasa kelapa susu! *memalukan je*
Lepas tu, kitorang dinner kat Juara Ikan Bakar kat Kubang Kerian. Sedaaaaap! J makan seafood lagi aku, masuk hari ni dah 2 hari berturut turut nampaknya J. Lepas dinner, nak g wakaf che yeh, tapi ramai sangat umat kat situ, jem teruk sangat. Tak sanggup lah nak bersesak, kitorang decide g downtown RTC je. Eventho downtown, tapi menarik! Sempat lah borong shawl 5 helai. Haha! Satu Cuma RM10 – RM15 je. Kain pula mcm Benang Hijau tau! Sana jual RM 30, aku beli RM15. Jimat separuh.
(actually orang cakap shawl semua ni org KB beli kat Kenanga Mall/Jalan TAR je, pastu jual kat KB. Aku yang org KL ni pegi beli kat KB. Tapi entah ler betul ke tak. Nak harapkan aku shopping kat Jalan TAR? Emmmmm MEMANG MUSTAHIL LAH!)


8 February 2016 (isnin)

Tujuan datang KB sebab nak attend kenduri Syara! Haha! So hari ni, pagi pagi lagi dah siap. Apot dengan Bak belikan breakfast nasi kerabu kat kedai depan, pastu makan je kat rumah sambil tunggu each other bersiap. Dah set dengan Kak Lini nak berkumpul kat Masjid Kampung Sireh. Lama juga menunggu, sebab rombongan stuck dengan jem & hujan. Lepas semua dah berkumpul, gerak ke kenduri Syara. Wallaaah! Sampai pun kat kenduri cousin tercinta Puan Tengku Syarafina ini. Wehoo! Lauk Alhamdulillah, sedap (walaupun makanan Kelantan manis). Makan bagai nak rak, senak perut sebab kenyang sangat.
Lepas makan, kitorang takleh nak stay lama, sebab kesian kat Izara nak menyusu semua kang. So kitorang minta diri, balik awal. Lepas tu, terus ke Kampung Raja, Besut Terengganu tengok rumah.
Huaaaa! Rindu sangat rumah ni. Sini lah kecik kecik dulu kitorang main bunga api, kitorang main dengan anak kucing Syara. Time ni Syara pendiam sangat, kena takes time nak bercakap dengan dia. Tapi dah nama pun kitorang je cousin 4 paling bongsu (termasuk kuzin), malu malu pun end up jadi geng! Main pasir bawah rumah, carik ulat bawah rumah, emmm. Rindu! Rindu time malam ketakutan tengok jambatan sambungan Istana Kampung Raja dengan rumah. Haha! Kenangan paling takleh lupa bila rumah bergegar! Kenangan benda mistik banyak betul! Haha! In a way, rindu semua tu. Sobs!
Lepas dah lama menung tengok rumah, dah nak masuk lewat petang dah pun, takut terdelay nak ke maghrib, dengan bawa baby lagi, so kitorang bertolak balik sebelum malam.
Plan asal nak makan Ikan Bakar Abang Zul kat Besut, tapi tutup! Dengggg!
Tapi end up kitorang makan Megi ketam terbaik dari laut! Sedappppnyaaaa! Nama tempat tu, D’syaz Maggi Ketam. (google lokasi sendiri). Harga semangkuk dalam RM 22. Ketam nipah. Sedap! Dia bagi seko ketam tu campak dalam maggi, kau makan lah puas puas. Dia bagi sekali dengan tukul. Haha! Selamat bertukang!
Sedar tak sedar dah pukul 1am lepak makan maggi. Kesian Izara. So, semua pakat balik rumah.


9 February 2016 (Selasa)

Hari ni, mcm biasa semua set jam nak balik KL dah. Takut terlajak tidur lagi pulak. Set punya set, sekali dapat sms flight balik retime pukul 4.40pm. Cheh! *Tarik selimut tidur balik*
Pagi tu, about pukul 9 pulak, Rein ketuk pintu. The conversation went like this:
Rein: awak awak! Baca sms tak?
Aku: Baca lahh, kan sy dah whatapps awak. Flight kita retime kul 4. Tidur la balik.
Rein: Ini bukan retime dah ni! Check phone awak skrg!
Aku: apa pulakkkk, *carik phone* Baca
RN163 FROM KBR-KUL ON 9 FEB HAS BEEN CANCELLED DUE TO TECHNICAL ISSUE
Dahelll!!  
Terus aku keluar bilik, termenung sama sama dengan Rein.
Pastu aku masuk bilik kejutkan Bak, bagitau dia flight cancel. Dia dalam mamai slumber je jawab “nak buat camne, EL lah esok”
Ehhh? Suka hati.
So kitorang decide untuk kejutkan Bak, bersiap pergi airport takyah bawak luggage lagi, pegi kaunter Rayani pastu Tanya apa nak buat. Disebabkan Izara taknak bangun, kitorang tinggalkan dia dengan Apot dulu. Kitorang terus ke airport.
Sampai je sana rupanya dah ramai berkumpul kat kaunter Rayani. Tanya mcm mana, dia kata boleh refund. Okey, bagi PNR. Tunggu jela process refund. Sambil tu, carik alternative flight balik. Tapi the only available is Firefly which is cecah RM400++ seorang. Takmaoooo!
Tak lama lepas tu, staff Rayani offer. Siapa nak balik naik Firefly sila drop ur PNR number. Kitorang agreed on amek flight FY ke KUL pukul 5pm. Fine. At least dapat balik. Staff Rayani cakap, nanti pape update diorang akan call.
Aku & Rein suruh Bak balik, pick up Izara dengan Apot. Pastu bersiap sebab flight kul 5. Boleh buat last min shopping dengan sepantas kilat. Itupun dah tengahari. Kitorang stay kat airport makan KFC.
Sambil makan sambil tunggu update dr RN. Sambil tunggu suami suami datang balik bawak Izara.
Sejam lepas tu diorang sampai, aku suruh semua makan dulu kat KFC aku turun jap Tanya update kat RN. Again, staff dia cakap tunggu je call. Okey fine.
Kitorang pun decide untuk tunggu je call pastu keluar airport pegi shopping.
Nak masuk pukul 3 camtu kot, still takde call. Aikkk! Flight kul5 nie.
Pegi balik airport Tanya update.
Rupanya diorang cakap, HQ tak approvekan lagi cost untuk beli ticket FY. Bukan sikit, tapi banyak sangat amount nye. Okey la faham. So next is?
Dia cakap, dia akan cuba untuk bawa balik semua penumpang hari ni jugak. Dia tengah dapatkan MH aircraft tapi tunggu respon MH dulu. And yela faham. Dia bukan HQ untuk dptkan segala confirmation.
The best is. Walau mcm mana payah pun, staff ni handle bapakkk ah cool gila. Sangat professional.
Kitorang decide nak amek contact number dia, kalau tunggu dia call entah zaman bila.
Amek contact number Encik Fadli Team Leader Rayani Air. Done!
Kitorang cakap, tak kisah lah whatever pun tapi janji kena bawa balik juga, and dia cakap YES and without any additional cost. Okey good! Alhamdulillah. That’s good enough for us. Sebab the next day takde any urgency (kecuali kena g kerja)
Kitorang pun balik . Malam tu g wakaf che yeh. Ahaha! Shoppinggg timeee! Kat sini tak banyak nk beli dah sebab shawl dah banyak borong, price mcm lebih kurang je pun untuk shawl. Yang lain lain tak pasti. Tapi banyak choice kalau nak menyoping nye actually.
Lepas tu, kitorang balik rumah. Tak lama lepas tu, contact En Fadli tanya status. Rupanya ada flight malam tu around 2am. Cheh! Tapi memandangkan mcm kalut je nak packing and sampai KL takde siapa nak pick up lepas tu dgn bawak Izara yang umur 6 bulan ni, better not. En Fadli offer flight the next day.
Next flight kul 11am KBR/KUL same flight by Rayani. Bagusnya En Fadli tolong book kan this flight. Few minutes lepas tu dpt email eticket untuk flight esok.
Daripada orang berkecoh kecohan kat airport, En Fadli arrangekan dalam WA je sambil kitorang golek golek atas katil. Miahaha.
Kitorang Tarik selimut, tidur balik. Zzzzz!


10 February 2016 (Rabu)

Skip breakfast sebab bangun lambat dengan sengaja J.
Tetibaa dapat sms Rayani retime lagiii, dpt pukul 11am ke 1pm pulak. Okey finneee. Aku kiasu teramat sangat g whatapps En Fadli lagi sekali. “flight retime, jangan cancel pulok deh?” dia pastu reply “takdop, retime jah tuu” Okey fine.
Kitorang lepak kejap, mandi, pastu bertolak untuk lunch. Lepas lunch g airport. Check in apa bagai. Time check in tetiba org kat kaunter tu cakap.
“eh ini BC (business class) ni!”
“ehh BC (business class) ke? Tatau pulak, kitorang la yang pttnya balik semalam tu” sambil wink wink kat Rein dgn Bak. Miahaha!
“okey takpe deh, nanti ini seat number, nanti ddk kat area BC”
Yaay! Beli economy, Rayani kasi free Business Class. Alhamdulillah rezeki. Nasib baik tak berebut balik kul 2am semalam.. Phew!
Lepak sambil tunggu time boarding apa bagai, naik atas aircraft. Meh nak cerita pengalaman naik BC pulak:
Mcm biasa, BC priority boarding. Naik dulu takyah sesak beratur. Seat, mmg lah, bigger! From 3 seat ekonomi jadi 2 seats untuk BC. So yah, dapat imagine how big is that lah. Once seated, dia kasi cold towel untuk lap muka dengan tengkuk yang kepanasan kat luar tadi tu. Lepas tu dia offer juice.
Lepas juice, take off. Dekat seat dia kasi bantal. Emm tidur pun sedap ni.
Time dah kat atas dia offer refreshment meal pula which is Tuna sandwich, Chicken sandwich, Kacang dgn Chocolate Cake. Memangg lahhh kenyang nak mampus!
Lepas tu dia offer coffee, tea atau milo pulak. Memang aku order milo lah.
Lagi lah kenyang perut aku. Alhamdulillah. I love it! Lepas makan dia kasi hot towel pulak! Ehhh banyaknya towel hehehe.
Stewardess pun tersangat lah baik. Cantik pula tu. Eh?
Tak lama lepas tu dah nak land. Hokaloh!
Tak sempat nak tidur pun. Hahaha! Asyik bagi makanan je, tak sempat nak tidur. Kahkah!
And we finally land dengan jayanya. Sampai KLIA2 ayah ibu pick up kitorang. Drama kejap, ibu nangis tengok Izara. Rindu gamaknya 5 hari tak jumpa. Kehkeh! Comelnya Ibu ni tauu.

Lepas tu from Taman Melati gerak balik ke Alam Damai. Maka berakhirlah percutian singkat kami ke Kota Bharu.