Tuesday, April 29, 2014

Misi Tunang 2014

Oh okey, berbalik kepada kisah “match make” mummy tu. So far takde pape yang luar biasa, Cuma nya tiba tiba abang aku yang psyco sorang ni sms:
Abg psyco: Bila birthday?
Aku: 8 May. Awat, nak kasi hadiah ke?
Abg psyco: Ohhh patut la mummy cakap nak buat birthday party besar besaran.
Aku: huiishh..
Hurm hurm, sounds so weird jugak la. Dia ada jgk sms lagi, cakap nak ajak budak tu sekali. Hurgh. Puhleaseee.. So dalam erti kata lain, birthday aku kali ni mcm menakutkan aje. OMG! Jangan la macam macam.
Pastu cousin aku pun cakap pasal masuk meminang kind of thing. Dia kan suka pasang telinga bila orang tua tua gossip! Goshh.
Mati den! mati den! mati den!!
Pastu bebaru ni, aku ikut family aku g holiday. Memang time tu diorang ada sibuk sibuk cakap pasal birthday pun, tapi most of it mcm nak sambut birthday aku sekali ngan anak buah. Tapi bunyi mcm party besar jugak. Wallahualam. Aku pikir positive je, ala cucu sulung dah umur 1 tahun, mesti la nak sambut bambambom! Alang alang aku share bulan yang sama, aku join la sekaki.
Fikir positive..

Tapi tak la nak positive sgt! Aku kan kalut kadang kadang, so terus aku teeet sms, push cintahati cakap nak kawin cepat sikit, karang kena paksa kawin ngan orang lain!
Alhamdulillah, lelaki kan..takda la kalut mak enon, dia diam diam ubi berisi, dia balik umah mak dia, slow talk cakap nak kawin. Zaaaasssss! ,mama ajak g g bank la, g ASB la, g sana la, g sini la, tup tap tup tap cakap Insyallah by November tunang! Warghhh! Hebat!
So.. sekarang misi gagalkan misi mummy and misi lembutkan hati Abah! J
Misi JomKahwin (dgn calon pilihan sendiri)

Zassss!!

XOXO

Friday, April 18, 2014

DISASTER SUNDAY

Disaster!!
Last week masa kat rumah sewa, tengah tengah sedap landing lepas kerja tu, tetiba mummy call. Jarang Ok dia nak call anak dia yang sorang nie. Conversation dia lebih kurang macam ni:
Mom: Weekend ni kerja tak?
Aku: Weekend ni maybe ada kerja sikit.
Mom: Kerja office ke kerja lain?
Aku: Kerja lain, tapi maybe ada kerja office (sambil pikit ayat nak kelentong apa kali nie, sebab dah perasan something weird)
Mom: takyah la kerja, weekend ni balik tau. Abah nak bawak g jenjalan.
(time ni dah rasa pelik semacam dah, abah bukan jenis nak ajak berjalan nowadays)
Aku: Berjalan like berjalan jalan or berjalan pergi rumah orang?
Mom: (gelak gelak sinis) Alaaa.. sama aje kan? Berjalan Jugak.
(Ahh that’s it! Ini something fishy!)
Aku: tengok la camne, kalau free balik la. Insyaallah..
Mom: Kena balik jugak tau, awk ada baju tak? Ke smua baju dah bawak g rumah sewa?
(dah kenapa concern pasal baju aku pulak nie, pelik sgt nie)
Aku: Takde! Semua dah angkut mai sini. See how lah later..
Teet.. Disconnected

Ok! Ini dah pelik, maybe korang tak paham apa yang pelik. Ini meh, nak cerita. Firasat aku, ni mesti another match making agenda mummy lagi nie. Point yang pertama, SURUH BALIK JUGAK. Point ke dua, BAJU. Baju? Takpernah dia nak Tanya selama ni ok, anak dia ni pakai baju apa pun dia tak da pulak nak soalkan. Cukup makan pakai pun dia takde pulak nak Tanya. Uikk?
So, emm. Aku sms abang 2nd aku Tanya dia. Hasilnya dia gelak besar je and cakap later la, tengah makan burgerbyte. Cis! So not helpful.
So, punya la nervous Jumaat tu. Sabtu nak pegi office pun tak tenang je jiwa raga. Sabtu petang, fikirkan nak balik ke tidak?
Kalau tak balik, mau mengamuk dia sampai ke sudah. Kalau tak balik, aku nervous bodoh je tak tau reason apa?
Kalau balik naya jugak. Kalau balik, at least kita tau kenapa hati ni rasa nervous kan? Curiosity kills the cat, but not me. So aku buat keputusan, aku balik jela. Redahkan apa yang bakal jadi.
Alah, paling teruk pun, pegi merisik je. Takkan la abah ajak anak perempuan dia pergi meminang lelaki kan?
Petang tu, dok delay kan time lagi, sampai mummy sms Tanya, pukul berapa gerak?
Ok! “Soalan dia pukul berapa gerak balik?”, bukan “jadi balik ke tak?”
So maknanya balik rumah itu SATU ARAHAN YANG WAJIB DIPATUHI.

Bagaikan lembu di cucuk hidung, aku pun amek kunci, pack barang sikit and drive home!

Esoknya..
Pagi lagi takde petanda pelik. Bila dah nak pukul 11am kot, dapat sms dari abang yang duduk kat tingat bawah aje tuu, dia tulis “beware of makcik XXXX”.
Hah! Told ya! Memang betul pun. Makcik XXX tu lah yang suka match make kan orang. So sah la. Berhati hati.
Pastu mummy ketuk pintu, cakap siap! Lepas zohor bertolak.  Dia tak cakap banyak, Cuma cakap tu aje.
Tengg! Lepas tu bunyi phone lagi. Abang sms lagi “heading to Klang”
Uish, gila suspen!
Time ni, nervous dia Allah je yang tau. Apa lah nasib aku lepas ni.

Lepas Zohor..
Bertolak ke Shah Alam, abang suruh waze Masjid Shah Alam.
Woiii.. Lawak apa nak pegi masjid time ni. Dah sembahyang Zohor dah! Jangan nak macam macam. Time nie gigil la tangan, bahu, kaki semua bagai, sambil sms bestfriend update segala bagai, update sang boyfriend pun ye jugak. Kot la kalau aku kena nikah kat Masjid tu, boleh la cintahati kidnap aku sepantas mungkin.
Lepas dah sampai masjid, abah cakap tunggu makcik XXX pulak. Grr!
Dah half an hour aku macam kena kidnap dek family sendiri Tanya tau hala tuju dan tujuan ni, makcik XXX and husband sampai. Dia salam semua. Aku lega “oh ok, no sirih junjung bagai”. So lepas tu kitorang update kan waze lagi, heading to Klang, as per sms abang pagi tadi.
Perjalanan ke Klang aku dah lega dah, tak nervous dah sebab dah tau, nothing serious gonna happen.

Klang..
Sampai dah rumah dia, as usual la, mak bapak ni rupanya baru nak kenal kenal balik, baru nak kaji salasilah, connect tang mana, sambil diorang borak tu, tengggg! Another  incoming sms, abang aku yang psyco nie hantar “bakal bapak mertua kat depan” .  Kuajaq tak? Pastu aku mula lah, bermalas malasan, jadi antisocial, dok main phone, gigit bantal, layan drama kat TV semua.  Pastu abang aku sms lagi “behave depan mak mertua”   Uishh! Kisah pulak?
Makcik ni duduk sebelah aku je, lantak la nak buat apa pun, I is bored.
Bila dah lama gila kat sana tu, muncul la bakal manusia yang bakal aku porak peranda kan hidup dia.
Urghhhh! Tengok muka pun benci.
Yang mak mak ni suruh duduk sekali, Ok fine! Tapi sepatah pun x bercakap, tak bertegur apatah lagi nak ingat nama dia, ingat segala pasal dia. Kisah?
Serious, tengok muka pun rasa meluat. So, aku buat derk je.
Pastu dah nak pukul 6 ptg, time nie la aku jadi anak yang baik, remind mummy “kita kena balik ni, tak sembahyang asar lagi ni”
Bila mummy tgk jam, baru kalut nak balik. Phewww!

Dalam kereta..
Nothing happen, just mummy and abah dok berdiskusi pasal kenalan baru dia tadi. And aku? Baik tido!
Done for the day, sampai rumah, solat and cepat cepat capai beg and text cintahati
“ see you in another half an hour”



XOXO!
P/S : Akan update lagi apa jalan cerita NEXT!