Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts
Showing posts with label Kota Bharu. Show all posts

Monday, February 22, 2016

Kota Bharu & Rayani Air Review

6 – 10 February 2016 Kota Bharu Kelantan

6 February 2016 (sabtu)

Esok nak g KB, disebabkan ada Izara omey yang berumur 6 bulan ni, kitorang decide nak stay kat hotel area KLIA jela. Senang esok nak gerak g airport. Flight pun pagi. So petang tu ayah ibu hantar kitorang g Concorde Inn KLIA. Dah sampai kat area situ, perut terasa lapar. Rein bodek bodek ayah ajak makan seafood. Haha! End up jumpa restaurant seafood kat area situ jugak. Nama dia Downtown KLIA Seafood Restaurant. Taste wise, aumm sedap! Thumbs up! Price wise entah lah tatau nak cakap mahal ke murah, sini menu diorang apa yang kitorang order:
1.     Nasi Putih 7
2.     Ikan Masak Steam
3.     Sup lala dgn ginger
4.     Kailan Ikan Masin
5.     Ginger Beef
6.     Spicy thai chicken
7.     Air untuk 5 orang
Harga untuk total semuanya around RM200++ . mahal ke murah? Mcm murah ke kan?
Lepas makan, kitorang balik hotel dan tido! Oh pasal hotel concorde inn KLIA pulak, hotel dia okey simple. Yelaa, nak gah sangat pun buat apa, transit hotel je pun, and hotel kat airport mana boleh tinggi tinggi. Sekali tengok mcm kuarters pun ada. Haha!
Tapi facilities, amenities semua bagus. Smart! Dia offer shuttle every 1 hr from hotel to KLIA and KLIA2. Cumanya kitorang tak sempat nak rasa breakfast. Kenapa? Haa kejap lg cerita.


7 February 2016 (ahad)

Semua orang kunci jam seawall 5am sebab nak catch flight Rayani ke KBR pagi ni. Bila jam bunyi, semua tengok phone pastu ada sms. “flight retime to 1pm” Emm terkejut kejap sebab ni first time nak merasa Rayani tapi retime pulak, tapi no biggie! Masing2 tarik selimut tido balik. Kuikui!
Terlama la pulak tido, semua kelam kabut bersiap nak g airport. Pasal tu lah tak sempat nak rasa breakfast kat situu. Mandi siap semua, amek shuttle terus ke KLIA2.
Breakfast kat airport, pastu naik flight.
Rein bawak baby, so lepas calling utk business class diorang priority untuk mom with babies pulak. Okey lah Rayani, mmg Islamic habis, siap bagi salam semua (terasa mcm naik flight g Umrah pule haha) pastu seats dia luas mcm Malindo, seats dia colourful, oh! Dia ada 20kg luggage inclusive ok! Pastu dia bagi refreshment which is better than Malindo. Dia offer juice, muffins dgn kacang. In flight service bagus. Cuma masa take off dgn landing to agak rough. Maybe sebab kat KBR angin super kuat kot.
Sampai je KBR, kitorang amek luggage pastu jumpa apot kat arrival hall. Apot pick up bawa g rumah diorang kat Pengkalan Chepa. Lepak kejap lepas tu keluar acah acah minum petang tepi pantai.
Kitorang singgah Pandai Berirama kat Bachok. Perh! Angin sangat lah kuat. Ombak pun super tinggi. Ai is orang kay ell, haha batak jakun sangat tengok ombak tinggi. Terus otak ligat pikir bukan bukan, pokok mana aku nak capai nanti kalau ombak ni sampai kat aku, mana nak beli pelampung, belum mintak maaf kat sume orang lagi J (okey dramaaa)
Mulut tak berhenti cakap “tingiiinyaaaaa Ombakkkk”
Hahahahaha! Okey walaupun mcm ketakukan ombak mengganas, kitorang tetap lepak makan tepi pantai jugak. Ada stall stall tepi tu offer makanan sedap senghoti. Kitorang makan kepok lekor, ABJ (air batu jagung) , nyiur susu (kelapa susu), aiskrim kelapa, sausage tak sedap, air kosong J haha. FYI! Aku pertama kali rasa kelapa susu! *memalukan je*
Lepas tu, kitorang dinner kat Juara Ikan Bakar kat Kubang Kerian. Sedaaaaap! J makan seafood lagi aku, masuk hari ni dah 2 hari berturut turut nampaknya J. Lepas dinner, nak g wakaf che yeh, tapi ramai sangat umat kat situ, jem teruk sangat. Tak sanggup lah nak bersesak, kitorang decide g downtown RTC je. Eventho downtown, tapi menarik! Sempat lah borong shawl 5 helai. Haha! Satu Cuma RM10 – RM15 je. Kain pula mcm Benang Hijau tau! Sana jual RM 30, aku beli RM15. Jimat separuh.
(actually orang cakap shawl semua ni org KB beli kat Kenanga Mall/Jalan TAR je, pastu jual kat KB. Aku yang org KL ni pegi beli kat KB. Tapi entah ler betul ke tak. Nak harapkan aku shopping kat Jalan TAR? Emmmmm MEMANG MUSTAHIL LAH!)


8 February 2016 (isnin)

Tujuan datang KB sebab nak attend kenduri Syara! Haha! So hari ni, pagi pagi lagi dah siap. Apot dengan Bak belikan breakfast nasi kerabu kat kedai depan, pastu makan je kat rumah sambil tunggu each other bersiap. Dah set dengan Kak Lini nak berkumpul kat Masjid Kampung Sireh. Lama juga menunggu, sebab rombongan stuck dengan jem & hujan. Lepas semua dah berkumpul, gerak ke kenduri Syara. Wallaaah! Sampai pun kat kenduri cousin tercinta Puan Tengku Syarafina ini. Wehoo! Lauk Alhamdulillah, sedap (walaupun makanan Kelantan manis). Makan bagai nak rak, senak perut sebab kenyang sangat.
Lepas makan, kitorang takleh nak stay lama, sebab kesian kat Izara nak menyusu semua kang. So kitorang minta diri, balik awal. Lepas tu, terus ke Kampung Raja, Besut Terengganu tengok rumah.
Huaaaa! Rindu sangat rumah ni. Sini lah kecik kecik dulu kitorang main bunga api, kitorang main dengan anak kucing Syara. Time ni Syara pendiam sangat, kena takes time nak bercakap dengan dia. Tapi dah nama pun kitorang je cousin 4 paling bongsu (termasuk kuzin), malu malu pun end up jadi geng! Main pasir bawah rumah, carik ulat bawah rumah, emmm. Rindu! Rindu time malam ketakutan tengok jambatan sambungan Istana Kampung Raja dengan rumah. Haha! Kenangan paling takleh lupa bila rumah bergegar! Kenangan benda mistik banyak betul! Haha! In a way, rindu semua tu. Sobs!
Lepas dah lama menung tengok rumah, dah nak masuk lewat petang dah pun, takut terdelay nak ke maghrib, dengan bawa baby lagi, so kitorang bertolak balik sebelum malam.
Plan asal nak makan Ikan Bakar Abang Zul kat Besut, tapi tutup! Dengggg!
Tapi end up kitorang makan Megi ketam terbaik dari laut! Sedappppnyaaaa! Nama tempat tu, D’syaz Maggi Ketam. (google lokasi sendiri). Harga semangkuk dalam RM 22. Ketam nipah. Sedap! Dia bagi seko ketam tu campak dalam maggi, kau makan lah puas puas. Dia bagi sekali dengan tukul. Haha! Selamat bertukang!
Sedar tak sedar dah pukul 1am lepak makan maggi. Kesian Izara. So, semua pakat balik rumah.


9 February 2016 (Selasa)

Hari ni, mcm biasa semua set jam nak balik KL dah. Takut terlajak tidur lagi pulak. Set punya set, sekali dapat sms flight balik retime pukul 4.40pm. Cheh! *Tarik selimut tidur balik*
Pagi tu, about pukul 9 pulak, Rein ketuk pintu. The conversation went like this:
Rein: awak awak! Baca sms tak?
Aku: Baca lahh, kan sy dah whatapps awak. Flight kita retime kul 4. Tidur la balik.
Rein: Ini bukan retime dah ni! Check phone awak skrg!
Aku: apa pulakkkk, *carik phone* Baca
RN163 FROM KBR-KUL ON 9 FEB HAS BEEN CANCELLED DUE TO TECHNICAL ISSUE
Dahelll!!  
Terus aku keluar bilik, termenung sama sama dengan Rein.
Pastu aku masuk bilik kejutkan Bak, bagitau dia flight cancel. Dia dalam mamai slumber je jawab “nak buat camne, EL lah esok”
Ehhh? Suka hati.
So kitorang decide untuk kejutkan Bak, bersiap pergi airport takyah bawak luggage lagi, pegi kaunter Rayani pastu Tanya apa nak buat. Disebabkan Izara taknak bangun, kitorang tinggalkan dia dengan Apot dulu. Kitorang terus ke airport.
Sampai je sana rupanya dah ramai berkumpul kat kaunter Rayani. Tanya mcm mana, dia kata boleh refund. Okey, bagi PNR. Tunggu jela process refund. Sambil tu, carik alternative flight balik. Tapi the only available is Firefly which is cecah RM400++ seorang. Takmaoooo!
Tak lama lepas tu, staff Rayani offer. Siapa nak balik naik Firefly sila drop ur PNR number. Kitorang agreed on amek flight FY ke KUL pukul 5pm. Fine. At least dapat balik. Staff Rayani cakap, nanti pape update diorang akan call.
Aku & Rein suruh Bak balik, pick up Izara dengan Apot. Pastu bersiap sebab flight kul 5. Boleh buat last min shopping dengan sepantas kilat. Itupun dah tengahari. Kitorang stay kat airport makan KFC.
Sambil makan sambil tunggu update dr RN. Sambil tunggu suami suami datang balik bawak Izara.
Sejam lepas tu diorang sampai, aku suruh semua makan dulu kat KFC aku turun jap Tanya update kat RN. Again, staff dia cakap tunggu je call. Okey fine.
Kitorang pun decide untuk tunggu je call pastu keluar airport pegi shopping.
Nak masuk pukul 3 camtu kot, still takde call. Aikkk! Flight kul5 nie.
Pegi balik airport Tanya update.
Rupanya diorang cakap, HQ tak approvekan lagi cost untuk beli ticket FY. Bukan sikit, tapi banyak sangat amount nye. Okey la faham. So next is?
Dia cakap, dia akan cuba untuk bawa balik semua penumpang hari ni jugak. Dia tengah dapatkan MH aircraft tapi tunggu respon MH dulu. And yela faham. Dia bukan HQ untuk dptkan segala confirmation.
The best is. Walau mcm mana payah pun, staff ni handle bapakkk ah cool gila. Sangat professional.
Kitorang decide nak amek contact number dia, kalau tunggu dia call entah zaman bila.
Amek contact number Encik Fadli Team Leader Rayani Air. Done!
Kitorang cakap, tak kisah lah whatever pun tapi janji kena bawa balik juga, and dia cakap YES and without any additional cost. Okey good! Alhamdulillah. That’s good enough for us. Sebab the next day takde any urgency (kecuali kena g kerja)
Kitorang pun balik . Malam tu g wakaf che yeh. Ahaha! Shoppinggg timeee! Kat sini tak banyak nk beli dah sebab shawl dah banyak borong, price mcm lebih kurang je pun untuk shawl. Yang lain lain tak pasti. Tapi banyak choice kalau nak menyoping nye actually.
Lepas tu, kitorang balik rumah. Tak lama lepas tu, contact En Fadli tanya status. Rupanya ada flight malam tu around 2am. Cheh! Tapi memandangkan mcm kalut je nak packing and sampai KL takde siapa nak pick up lepas tu dgn bawak Izara yang umur 6 bulan ni, better not. En Fadli offer flight the next day.
Next flight kul 11am KBR/KUL same flight by Rayani. Bagusnya En Fadli tolong book kan this flight. Few minutes lepas tu dpt email eticket untuk flight esok.
Daripada orang berkecoh kecohan kat airport, En Fadli arrangekan dalam WA je sambil kitorang golek golek atas katil. Miahaha.
Kitorang Tarik selimut, tidur balik. Zzzzz!


10 February 2016 (Rabu)

Skip breakfast sebab bangun lambat dengan sengaja J.
Tetibaa dapat sms Rayani retime lagiii, dpt pukul 11am ke 1pm pulak. Okey finneee. Aku kiasu teramat sangat g whatapps En Fadli lagi sekali. “flight retime, jangan cancel pulok deh?” dia pastu reply “takdop, retime jah tuu” Okey fine.
Kitorang lepak kejap, mandi, pastu bertolak untuk lunch. Lepas lunch g airport. Check in apa bagai. Time check in tetiba org kat kaunter tu cakap.
“eh ini BC (business class) ni!”
“ehh BC (business class) ke? Tatau pulak, kitorang la yang pttnya balik semalam tu” sambil wink wink kat Rein dgn Bak. Miahaha!
“okey takpe deh, nanti ini seat number, nanti ddk kat area BC”
Yaay! Beli economy, Rayani kasi free Business Class. Alhamdulillah rezeki. Nasib baik tak berebut balik kul 2am semalam.. Phew!
Lepak sambil tunggu time boarding apa bagai, naik atas aircraft. Meh nak cerita pengalaman naik BC pulak:
Mcm biasa, BC priority boarding. Naik dulu takyah sesak beratur. Seat, mmg lah, bigger! From 3 seat ekonomi jadi 2 seats untuk BC. So yah, dapat imagine how big is that lah. Once seated, dia kasi cold towel untuk lap muka dengan tengkuk yang kepanasan kat luar tadi tu. Lepas tu dia offer juice.
Lepas juice, take off. Dekat seat dia kasi bantal. Emm tidur pun sedap ni.
Time dah kat atas dia offer refreshment meal pula which is Tuna sandwich, Chicken sandwich, Kacang dgn Chocolate Cake. Memangg lahhh kenyang nak mampus!
Lepas tu dia offer coffee, tea atau milo pulak. Memang aku order milo lah.
Lagi lah kenyang perut aku. Alhamdulillah. I love it! Lepas makan dia kasi hot towel pulak! Ehhh banyaknya towel hehehe.
Stewardess pun tersangat lah baik. Cantik pula tu. Eh?
Tak lama lepas tu dah nak land. Hokaloh!
Tak sempat nak tidur pun. Hahaha! Asyik bagi makanan je, tak sempat nak tidur. Kahkah!
And we finally land dengan jayanya. Sampai KLIA2 ayah ibu pick up kitorang. Drama kejap, ibu nangis tengok Izara. Rindu gamaknya 5 hari tak jumpa. Kehkeh! Comelnya Ibu ni tauu.

Lepas tu from Taman Melati gerak balik ke Alam Damai. Maka berakhirlah percutian singkat kami ke Kota Bharu. 

Sunday, November 17, 2013

Destinasi Timur . Kelantan jewww!

17 November 2013

Dah balik kampung dah, sekarang time untuk ke Kelantan. Bila lagi kan? Alang alang dah sampai tu. Singgah la sebentar.

Sampai je Kelantan, Kitorang check in kat Habib Hotel Kota Bharu, Ok let me judge this hotel. 

Hotel ni kira good location jugak sebab dekat dengan shopping area (kalau nak compare, Royal Guest House lagi dekat) Location semua ada dalam link kat atas tu, jangan malas nak click. Yela, hotel ni 2 star je so jangan lak expect to much. Tapi for the facilities, they did a good job. semua pun ada yang basic basic tu. Iron board ada kat depan bilik, kat luar. Tapi still, ada la jugak drp takde? Bilik kalau nak muat 3 orang pun boleh je kalau malas nak amek extra bed. Muat la sangat sangat. Bilik kitorang dapat twin bed, so rapatkan jela both the beds boleh la tido 3 org! Haha. Tak la too sempit ke apa, tapi just nice. Yang paling paling paling best pasal hotel ni, kat depan hotel tu ada warung. Warung tu punya foods especially nasi goreng ikan masin dia memang extraordinary. Kalau tengah malam lapar pun tak jadi masalah, bukak ke pintu lobby dah boleh jerit "makcikkkk,, nasi goreng ikan masin se, teh o beng se!" Warung tu bukak dari pagi breakfast sampai ke tengah malam. Taktau la bila staff dia tidur, huhu!

Entrance depan Habib Hotel. Oh, saya tak kenal pakcik ni. Curi gambar dari Mr.Google je sebab tak sempat nak amek gambar sendiri.

 Lobby hotel. Kanan tu cafe dia. Tapi foods tak seberapa. Baik makan kat warung depan. Hikhik.


Lepas check in and solat, kitorang jenjalan pergi pasar Siti Khadijah :)
Hua! Aku bukan spesis wanita yang suka beli kain whatsoever, for me ini membosankan. Haha. Nothing much for me to shop. Tapi yang suka beli kain tu, leh la singgah sini. Kaftan pun banyak! Boleh beli..


Ini kalau shopping pagi, waaa meriah! Elok beli breakfast kat sini, sure macam macam benda best boleh makan!

All the kains! Cantik actually. Tapi tak berapa minat nak beli kain. Nak buat camne kan?

I like this one! Cantik. Rasanya price dalam RM300 kot. Tak leh nak beli sebab tgh save budget untuk next trip  :(

Actually datang sini sebab mummy nak shopping. Haha, well biasa lah momies! But end up this happen to my brother. 

Katanya dia memang tidur mati siap boleh mimpi. Nampak tak betapa lamanya? 


Ok OK. Letih jalan, now masa untuk makan! Yaaaay ini suka! Next destination is Restoran Hoover Kota Bharu dia sediakan ala ala nasi Padang. Seriously sedap ayam dia! Wee! Harga pun tak mahal mana, kitorang makan 11 of us pun baru RM100++ Ok lah kan? 



Hik Hik terliur tak? 
 Nak g KB sila google ini kedai. Atau click je kat link atas tu Okie? 
Nak pulak waktu sampai KB tu, hari Keputeraan Sultan Kelantan. Wah. Kemain! 
Singgah kejap, tengok kemeriahan diorang untuk celebrate. :)

Esok nya pulak, pagi pagi buta Abah ajak jenjalan kat Pengkalan Kubur. As a pure org KL yang lupa daratan nie, memey la tak tahu menahu apa tempat tu. Tapi, bila dah sampai. Wah! Menarik. 
Time for shoppinggggg!!

 Kitorang sampai pun pagi, so banyak kedai yang belum bukak lagi and belum meriah lagi. Should be lagi meriah la kot bila petang petang nti kan?

 Tak sangka ok sini pun ada duty free chocolate! Tapi takleh la nak compare with Langkawi, sini tak banyak choice pun sangat.

Tengah mencari shawl ke atau tudung pape yang best! Jom Jom Jalan lagi sebelum abah mengamuk panggil semua balik, haha! 

 Kain pelikat, Kain Pelikat Oh yeah yeah yeah!



Bila dah puas jalan, perut pun ada sikit bunyi . so we end up makan makan kat dalam nie sekadar nak alas perut, Hee! 
As a food lover, let me show you what I had for my precious tummy!!
 First! Cendol Durian dengan Tapai. Wee! Lazat jugak. Plus tapai lagi kan. Awesome la namanya! 

 Somtam. Dah sampai kat border Thai ni, takkan la takmau try Thai Food kan? 
Sedaaaapp habaq hang! First time try terus jatuh cinta you alls. Taktau la kena makan with rice ke tak, tapi aku ratah camtu je macam makan mee! haha!
*mummy cakap somtam ni dibuat daripada betik muda* 

 Tako Tao! Haha kenapa ada kat Kelantan? Walaupun origin dia macam takde kena mengena, kitorang beli sebab kalau beli kat Jusco selalu kena beratur. Plus harga dia murah, dan sedaaaap! 

Nyums Nyums! 
Destinasi seterusnya lepas check out hotel, kitorang singgah kat museum. Hikhik.
Best jugak! sebab museum Istana. 









Lepas berjalan sambil belajar kat museum, kitorang nak kena g airport dah, nak balik KL! :( end this trip and time untuk balik KL sambung kerja.

Great KB trip with great cousin ! Muah! Love u! :)


XOXO!







Back to Besut, Terengganu (:

17 November 2013

Salam! :) Hikhik Sopan sungguh.
Last weekend kitorg 2 family habiskan sepanjang minggu pergi KB and Besut. Melawat kampung :)
Start journey hari Sabtu, beli flight pun tiba tiba je sebab family matters kan. Emergency!
Nasib baik ada seats jugak, eventho dalam system dia cakap seats sold out. Bila pergi kat kaunter and explain kat dia, rupanya ada je seats. End up bila dah masuk flight, ada jugak seats lagi walaupun hot seats. (kenapa dia x jualkan aje semua seats,ingat org x de pitih ke huh?)

Sesampai je kat Airport KB, kitorg carik kereta sewa. kat sana rasanya cuma ada dua company je yg bertapak kat airport, HERTZ car rental company and HAWK rent-a-car. Disebabkan Hertz ni kerek sangat tamau terima cash and terms and conditions yang bukan bukan, kami pilih HAWK.
Its a good company jugak la doll, Check out their website sini : Hawk Rent A Car.
Pasal harge, ai is not so sure sebab semua nya Bandel yang bayarkan :) So kalau nak tau lebih lanjut pasal price, google la sendiri. Tapi, kereta pun good condition and org nya baik. Itu yg pasti :)

Perjalanan dari KB ke Kampung Raja memakan masa selama 1/2 hour sepatutnya, tapi bagi kitorg orang KL lama x balik kampung ni, perjalanan jadi sejam, itu pun lepas dah pakai Waze. Sampai je Kat Kampung Raja, emm settlekan hal familia. Pastu singgah kat Istana Tengku Long yang Idris Jusoh dah rembat dari family kami. (kuajaq).


Ini la dia, gambar kampung kitorang. Actually this is an old castle, kitorg use to stay sebelah tu bila balik kampung, now Gomen dah rampas sesuka hati dia, baik castle baik rumah wan pun dia amek, so kitorg stranded takde tempat utk dipanggil kampung lagi


Lepas semua selesai, kitorang check in kat Bukit Keluang Beach Resort .



My personal opinion: Hotel nie sangat sangat lah lame! Terpaksa je tinggal sini sebab nearest dgn rumah my arwah uncle. Kitorang sampai hotel tu malam. Maigadd! bila sampai je hotel tu dah la mcm banyak pokok pastu dia x reti reti nak letak banyak lampu. Rasa scary gila kot. Dah la dia konsep chalet. Nak pegi from one chalet to another chalet pun mcm menakutkan!
Bila dah masuk bilik, emm emm one more thing, maintenance dia sgt poor. Sangat ok! :( Teruk sangat.
Harap harap pihak yang bertanggungjawab leh la baiki apa yang patut.
Daripada kami plan nak lepas BKBR 2 malam terus cancel. Kitorang stay 1 Night je pastu balik KB.
Esok nya, breakfast pun sedih! Waaaa! Waaaa! Baik makan kat luar la dol. Lagi banyak choice.

Sampai sini je cerita Besut, next entry cerita KB Pulak ok?

Overall the trip not so fun sebab reason balik pun bukan sebab yang fun, but yang nak bagi tau ni, the hotel is bad, takda maintenance. Haiish . And kalau nak cari kereta sewa, Hawk ada! :) Senang je nak deal ngan diorang, keluar pintu arrival tu dah jumpa dah (kat area taxi menunggu)


Okey? Sampai sini dulu.
Bye!


P/S: I baru balik holiday yaww!


XOXO