Sunday, April 29, 2012

Taj Mahal dalam kenangan!

Helloo. baru lah ada kesempatan nak sambung blog pasal trip India nie.
Okey.. next destination is Agra! where is Taj Mahal located. From Kashmir to Delhi kena naik flight, malangnya hari tu flight delay sejam. So sampai Delhi dah malam. From Delhi nak pegi Agra pulak dlm 4 jam lebih perjalanan. Sepanjang perjalanan tue semua lapar, singgah McD beli dinner take away jap..
Aku as a tour leader nie turun dgn tour guide and sorang client ni, berlari pegi McD tapau untuk 24 orang.
McD India takda beef. and ada meal utk vegetarian. so bayangkan vege burger. huhu. mostly kitorang makan fillet o fish jea.
Tengah malam baru sampai hotel kat Agra. Lupa pulak namanya.. sesampai je buffet dinner kitorang dh disediakan. Bayangkan eh, tgh malam diorg still fresh utk siapkan meal utk kitorang and makanan dia sangat sedap and still panas. bagus kan? even ngantuk, tp disebabkan makanan sedap, kitorang makan mcm zombie. hahaha..

and let me show you my room..
Bilik dia bagi executive suite, and sangat besar and aku stay sorang. I can't sleep well that night sbb takut. haha! pasang semua lampu and ON kan tv. layan kan aje lagu hindustan time tuu.

The very next day, cover Taj Mahal

Betul orang cakap, bila kita sampai sana and dengar cerita cinta dia nie, rasa sebak pulak. Sangat cantik Taj Mahal nie, no wonder lah. serious sangat cantik. I repeat, SGT CANTIK!



Tuesday, April 24, 2012

Video punya pasal! cis..

Benda yang menyakitkan hati dah datang setelah dah berapa lama aku dah normal ni.
Beberapa hari lepas aku nampak dlm FB si gila nie post videoclip slide show dia dgn AA kat satu online travelguide nie. Semua tempat diorang pernah jelajah bersama ada dalam tuu, termasuk Melaka. The same spot, the same exact location.

Mana tempat aku dgn AA pernah pergi dulu, AA g visit dgn dia nie pulak. Huahuahua. Meroyan kejap bila imagine kan the same location, the same pictures, but different character. Instead of aku dulu, sekarang tukar orang dah.

Yela, patutnya dia ada hak untuk pergi mana dia nak kan? But well, I’m a human being jugak. Macam mana pun rasa sedih tetap ada. To tell the truth, perasaan agak tergangu waktu tu.

Sorry ML, bukan sengaja. Just that bila gambar tu keluar, siap dengan pelbagai macam post, siap dengan lagu lagi.. buat aku sedih. Termeraung kejap..

Bukan kita tak bahagia dengan hubungan sekarang.. Just that serpihan kenangan lampau tetap segar lagi. Serpihan sedih, kecewa, sakit hati tetap ada.

Insyaallah., suatu hari nanti jiwa nie tenang balik…

Monday, April 23, 2012

NORTH INDIA TRIP December 2011

Dah berzaman, baru ada masa nak upload gambar India.
Alkisahnya macam nie, dah setahun kerja baru la dpt offer bawa group ke India ari tu. 
Alhamdulillah.. 
Biasa la, as a group leader, semua pun FREE lah kan! ahakss.
seronok jugak even pergi bekerja. Stress tetap ada, tapi anggap itu sebagai pengalaman..
So.. ini gambarnyaa..
Pergi naik Airasia X. 
Perjalanan dalam 5 jam. 
*take note, sila book hot seat kalau nak selesa sikit. Lama jugak kot, and ofcos semua pun tau AK seat sempit kan. 

Ini hotel aku :) 
Ramada BMK. 4 Star
Good hotel, staff pun baik. 
kalau nak tau, kat India, 4 star dia mcm kita punta 3 star. 3 star dia mcm kita punya? 
2 star! pandaii..

Ini lah group yang aku lead kan tu.. All chinese in one family.
Bagus kan? family trip taw..

Lepas dah stay semalaman di Delhi, esoknya kitorang gerak ke Kashmir pulak. Weehoooo! 
December is winter. sooo... gila la diorang semua excited nak ski.

Di Kashmir kitorang stay dalam houseboat, houseboat terletak di Srinagar, to be exact di Dal Lake. Houseboat ni maknanya.. tinggal atas air..
Haa... nie houseboatnya..

interior houseboat nya cani laa..
ini biliknya..

living room..

and this is dining room.. wuu wee

Satu boat ada 3 bilik. so boleh muat 6 - 7 orang. tengok aje lah bilik aku yang stay sorang tu pun, sampai 2 katil dia bagi. seronok gila nak golek golek. lepas tu dia sediakan electronic blanket kasi kita warm masa tidu. Senang cakap, well equip lah benda alah nie. Seronok. 


Okey.. ini boatman! dia pun baik. 
Dr main land nak ke houseboat kena naik boat, so that's it. memang sepanjang ber-boat aje lah kan.

2nd day in Kashmir, in ready for my Gulmarg trip.

Up up and away..
Naik cable car!


Overexcited kanak kanak di dalam snow. 
Oh ye, one thing pegi atas dasar kerja ni, sy takde geng!!! arghh

Okeyy.. trip to Kashmir sudah. nantikan sambungan trip ke Agra & Jaipur pula yea..


Sudah tu biarkan sudah. teeheee...

I just found out something, that MA dah ada bunga dalam taman dia. As for me? Nak kata apa lagi, tumpang happy ajer lah. Takde apa nak cakap agi. And tak perlu nak kata apa pun sangat lah kan. Its okey. Orang happy, kita pun happy. Why not kan?

Sekurang nya aku takyah nak pening sangat. Pening? Kenapa nak kena pening kan kepala? Hahaha.. haish. Entah la, feeling yang tak semena mena nie. Tak paham aku dengan diri sendiri.

Kita kena fokuskan pada mana yang ada depan mata. Insyaallah I will be happy.

Kita cuba untuk bahagia kan diri sendiri walau kadang kadang meraung jugak malam2 fikirkan tah apa2. Apa yang ML suruh buat tu betul, delete gambar AA. Buang kenangan sejauh yang mungkin. Takda apa nak dikenang kan sangat. Buat rugi kapasiti otak je. Ye tak?

Alhamdulillah, kehadiran ML dalam hidup banyak mengubah diri aku jugak. Yela, dulu mana ada orang nak arah aku buat macam2, sakit pun AA bukan peduli sangat. Nak dapatkan some word of advise dari dia? Huh. Macam tunggu bulan jatuh.So yeah.. that’s it. Aku kena belajar banyak untuk kenali hati budi orang baru. Yela, 5 tahun kenal orang yang sama jea, and 5 tahun jugak aku di manja kan sangat. Ahaha manja tu bukan ape, dulu nak pegi mana pun semua AA kena teman, hellooo nak pegi fotostat pun aku ajak AA okey? So skrg nie ML agak jauh, and kena la buat semua sendiri. And aku jugak takleh nak ngade2 sangat sbb ML garangg.. waaa….! Hehehehe…

Sunday, April 15, 2012

L.O.V.E

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you

(trumpet instrumental)

L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Yes, love was made for me and you

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you
Love was made for me and you
Love was made for me and you


* Dedicated untuk cinta tak kesampaian.. MA :)

New beginning..



I love the way you care for me
I love the way you make me feel safe, when wrapped in your arms
I love the way you protect me
I love the way you’ll always be there for me

This is how we begin...
First saw him: KDU College
First met: The Curve
First meal together: A&W The Curve
First movie: Azura
First date: Rasta TTDI

And its all start from 16 February 2012
until death, Insyaallah..




Friday, April 13, 2012

BUKU BARU OOOKEYYYY!

Hello. hello. hello! 
Dah berzaman kot asyik cerita sedih aje kan. Malas dah nak belek kamus lama balik,nak tatap untuk apa? Sakit kan hati sendiri? haa.. yang dh pergi tu biarkan pergi. Tuhan lebih sayang dia. Ehh.. mati ke kauu? haaahahahaha...

Aha, letih la nak sedih sedih sangat. Bengkak mata g office kan dah tak chantekkk?  Terpaksa la pakai eyeliner,celak,kaler semua bagai kan. Nak cover mata bengkak? takk payah! 

Daripada kita cerita kisah sedih berlagu pilu nie, balik aku cerita benda baru. Latest news yang tak seberapa nak latest lah.

Saya kini sudah ada cinta baru! Wakakaka. ayatt.. macam kasanova tak? Err.. tak lah. Daripada sedih teringat yang lama, kita bukak kisah baru, kan ke elok macam tu. Alhamdulillah, yang kini wayyyyy better than before. Haaa dengar tu AA! ko ingat ko hensemmm??? *sorry ter emo

Betul la, kita bukak buku baru jea. Fokus pada yang ada depan mata, kenapa nak kena toleh belakang lagi. 
Since AA pun tak hidup lagi dalam FB aku, so tak payah lah nak sedih2 mcm post lepas pasal ex dia post semua benda kan. So.. yeah! HAVE FUN! 

* nantikan kisah gedik pulak lepas ni. wakakaka...

so kepada ML. as i promised earlier. I will be my best for you.. only for you. 


Wednesday, April 4, 2012

kembali ke alam maya!

Helo, helo helo semua! (bapak perasan statement SEMUA tu kann?)
Lama sungguh aku x update blog yang sawang bagai nak rak dah nie. Ho Ho Ho! (gile?)

Okey, so ape cite skrg? Uish.. banyak sangat nak kena catch up nie? kasi summary cerita aje la boleh?
Last update tue rasanya lepas buat cardiac tu kan. Hurm, banyak sangat yang jadi lps tu. that was JULY last year. And DEC last year bermula lah segala ceritera yang agak sedih+annoying+sakit hati+gundah gelana ini.

JULY 2012 : kemain meriah sambut birthday insan tersayang AA.

DEC 2012: INDiA trip. Tourleading to Delhi,Agra,Jaipur + Kashmir di kala winter yang tebal.

End of DEC 2012: HUH! sang kekasih hati AA sudah punya kekasih baru dan tinggalkan kekasih lama yang hidup dengan dia sepanjang 5 TAHUN ini. WTF? WTH? haaa...! ofcos la sakit hati kan? hati sape tak sakit. aku rasa mcm nak pengsan kan dia pastu tikam hidop2. hahaha. astaga.. uish!  * takdelah memain je.

And yeah, banyak nak cerita psl AA. All my post previously pun semua pasal dia kan. and tup tap.. dia pergi macam tu aje. tau la gua tak baik sangat, tp gua dah berubah. saya dah berubah bang.. sudahh! percaya lah bannngg! (uish.. drama queen sgt nie)
and yeah, dia jatuh ke tangan seorang minah indon yang kerja as a trainee kat hotel dia. HUH!
mana tak nya, budak tu kan pandai masak, pandai geli2, panggil dia abanggg, manja2. aku nie? ganas, kaso, nak suh panggil abang? huisssh! abang aku pun aku x panggil abang tau? TOLONG. PLEASE. EXCUSE ME!

ahah. disebabkan faktor tah apa apa. dia tinggalkan aku camtu je. ayat dia best sangat:

"saya nak mulakan hidup baru.. tapi, bukan dengan awak.. dgn orang lain"

Hurm.. time tu nak buat ape kan? senyap jela. REDHA lah konon nya. Tapi itu la, ajal maut,jodoh ditangan tuhan. Nak meroyan sgt, nak marah sangat, nak merayu sangat, nak sayang sgt, nak cinta sangat pun tak guna kalau DIA tak tentukan.


So.. that's it lah, nak tak nak kena lah terima.
Untuk kaum wanita di luar sana, sayangi lah diri sendiri lebih dari anda sayangi boyfriend anda. Takde guna korang nak berkorban diri untuk lelaki kat luar sana. Ada jodoh ada lah tue. Kita cuma mampu berdoa untuk dapat kan yang terbaik.

Tipu diri sendiri lah kan kalau aku cakap tak sayang AMER ASYRAF BIN NAZRI tu kan? but well, apa boleh buat.

Insyallah.. kita akan bahagia akhirnya..