Thursday, June 18, 2015

JB- Singapore - Islands Trip Suka Suka Pre Ramadhan - Day 02

Hari ke dua, iaitu Jumaat. Kitorang breakfast pastu terus gerak rumah maksu. Hotel dgn Tampoi Indah 30 minit ye. Jauhh gilas. Nasib baik tak jem. Kalau jem mmg tak sampai. Sampai rumah maksu, lepak breakfast lagi sekali and lepak sampai semua habis solat jumaat. Lepas tuu, baru kitorang gerak g JPO.
Yaaayy shopping.

Tangkapan JPO adalah seutas jam tangan dan 2 pasang kasut. Lepak kat JPO sampai dah nak maghrib. Puas shopping sakan. 






Balik tu, dinner kat rumah maksu. Yang tua tua keluar pegi rumah sedara kakwani, and yang muda mudi bujang (kamil bujang ke?) pegi JB Film Festival kat MMU. 

First time ok pegi tengok movie camni. Sebab artistic sangat. Yang pegi pun student cinematic dgn pencinta film. Erma Fatimah pun join sekali. Storyline cantik. Tajuk dia “Televison”. Berkisahkan seorang ketua kampong yang mengharamkan penggunaan TV kat kampong dia. Bukan je TV, segala jenis image pun x boleh. Handphone pun Cuma org tua je pakai. Muda mudi xleh sentuh. Itu pun bukan phone yang ada kamera. Even gambaaar pun x boleh. Dalam pada larangan dia tu, anak dia bercinta dgn seorang perempuan, and diorang mcm tak boleh nak communite sebab takde medium komunikasi. So anak ketua kampong pun against the father.

End of the storyline dengan ayah dia finally terpaksa terima TV and gambar untuk buat passport sebab ayah dia nak pegi haji tapi tak kesampaian.
Fuh, kalau nak cerita the whole movie mmg sampai esok tak siap menaip. Tunggu la kalau cerita ni dah sampai kat mana mana ye. Tengok sendiri.
Lepas movie siap ada Q&A dengan director and actress lagi ok?

Soalan dari penonton banyak la psl lighting la, camera la, filming la. 

Haha. Aku tau tengok movie, movie jela kan? So not artistic la aku nie pun. 



Ini la dia Director and Actress yang actually wife dia jugak :) Sweet oh diorang.



lepas semuanya selesai untuk hari kedua, kitorg balik ghumah and tido!



No comments:

Post a Comment