Thursday, June 18, 2015

JB- Singapore - Islands Trip Suka Suka Pre Ramadhan - Day 03


Singaporeee! Oh ye, malam tu aku tido rumah maksu sebab dah penat yang amat, nak balik hotel naik lift pukul 1am memang idak la. So pagi tu, breakfast and fetch bandel kat airport. Lepas tu siap siap, gerak ke Singapore. 

Kali ni g Singapore naik kereta ye!

Ok meh nak ajar cara cara masuk SIN naik kereta:
Nasib baik laa pegi dgn uncle zul. Senang the whole process. Mula mula fill up card masuk Negara org tu, ape nama tah. Lupa! Yang fill up Purpose travel, address during stay bende alah tu. Haha. Pas tu, kepilkan kad tu kat passport. Nak elak jem melampau, jgn masuk kat woodland. Masuk kat 2nd link. Tuas kot namanya. Pastu gerak la seawall 8 am. Kalau naik kereta senang, xyah keluar kereta pun. Dia punya imigresen tu mcm toll gate aje pun. So mula2 imigresen kita. Senang je, tunjuk passport. Pastu senyum pastu jalan.

Lepas tu rempuh jem 1 jam lebih untuk masuk Singapore punya imigresen. Situ, again bagi passport. Time tu jangan la tidur ye penumpang? Dia nak tengok muka setiap seorang. Pastu, jalan depan lagi, dia nak tengok kereta. Time ni pemandu kena keluar kereta. Bukak bonet. Muka suspicious tentulah kena tahan lama, muka suci cam kami ni tak sampai seminit pun. Lepas tu, jalan.

Kalau kereta tak pernah ada sejarah masuk Singapore, sila stop untuk registerkan kereta. Tak susah pun, dia nak tau kereta insured by which company je dgn no plate kereta. No documentation needed. Lepas tu masuk Singapore! Yay!!

Ok one more, SIN nie amalkan system mcm kita punya touch n go jugak. Tapi dia automatic deduct from the pass card. Xpayah touch. Kau letak kad tu dalam poket baju pun dia boleh detect. Segala toll, parking shopping mall akan pakai pass card ni. So, as soon as masuk SIN, singgah kat booth pass card untuk beli kad and top up. Kalau sehari jalan je, boleh la USD50 each car. So once you have the touch card, you can use the card for a lifetime. Nak masuk SIN 10 kali pun xda hal, asalkan top up ye?
Itu sahaja!

Kitorang pegi Singapore mainly sebab nak berjalan and aku nak beli hantaran. Alhamdulillah, dapat la few barang J tangkapan Singapore adalah handbag, hangbag lagi, and purse. Jimat ok! Takmo shopping banyak banyak.

Lepas shopping, terus pegi rumah aunty (gooowdd! Lupa nama) kat SIN. Sedihnya bila tengok rumah kat sana, FLAT aje pun with two rooms pun dah almost 1 million harganya. Sobs! Dah la kecil & sempit. Sobs. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia ye?


Lepas makan malam, shoot balik JB. FYI, nak balik pun kena touch pass card tu masa balik ye? Kat kaunter imigresen tu. Kalau lupa nak touch/swipe the card, haaaa stand by lah bayar saman. 


Kali ni enjoy Singapore trip versi lain pulak. Selalu pegi SIN masuk USS aje kan?








No comments:

Post a Comment