Sunday, February 14, 2016

4D3N Ad Hock Langkawi Honeymoon - Langkawi Lagoon Resort

Blog ni dah pending terlalu lama, cerita bulan November 2015 baru berkesempatan nak post February 2016! Nasib lah...  :)

TRAVEL REVIEW: LANGKAWI
DATE: 6 – 9 NOVEMBER 2015

Actually kan, the original plan was pegi Bali. Tapi dek disebabkan gunung berapi kat Lombok, pastu semua flight ke Bali cancel. And MH bagi notification in less than 24 hrs. nasib baik kitorang dah well aware dengan benda ni, so at the same time dok arrangekan plan B. which is: LANGKAWI LAGOON!
Minta MH change destination and bayar sikit fare difference so wallah! We are In Langkawi.


Sampai LGK around 12pm gitu, sampai ke kat airport, Bak dah arrangekan car rental. Kitorang dapat Toyota Vios yang baru which is cost us RM 360 untuk 4 hari. So, dapat kereta terus carik makanan. Since hotel check in is 3pm, kitorg g lunch dulu.
#tips: most of the warung/foodcourt tutup hari Jumaat.

Kitorang terjah ke Paparich untuk Lunch. Kelakarnya, dok makan kat mall ni, dia tulis THE LARGEST SHOPPING MALL IN LANGKAWI. Sobs! But more likely to look like Mutiara Kompleks kat Jalan Ipoh je.
Okey fine, faham la, nak besar camne la sangat kan. Hehe. Jgn marah naa org Langkawi. Hihi
So! Lepas lunch dan jalan-jalan, kitorang proceed ke Langkawi Lagoon.


Lokasinya: depan Kuala Melaka Inn, dekat Jalan Kuala Muda. Takde la dekat sangat dgn Chenang, kena naik kereta sikit je.
#tips: sesuai la kalau korang takmo dgn keserabutan Chenang
#tips: Chenang banyak gila construction sekarang
Hotel dia besar, cantik, bilik puas hati, aircond kuat gila, pool ada dua yang luas, private tak ramai orang sangat, breakfast sedap walaupun choice tak banyak sangat, and hotel mmg kena banyak maintenance. Ceiling kitorang bocor, nasib baik kat depan pintu masuk tu je.
Oh, kitorang dapat bilik Jr.Suite Room with seaview. Bilik tu siap ada kitchenette,living hall and balcony. Toilet ada shower & bath tup sekali. Yay!
First day kitorang sampai, disebabkan penat, kitorang bantai tido sampai 8pm. Hahahaha! Bapak lama gilaaa! Apa pun x sedar. Dgn aircond yang best! Memang tido jela manjang.
Bangun je malam tu kitorang g makan kat Uncle Jai. Lepas makan, kitorang ke Chenang untuk jalan jalan, tapi semua kedai dah tutup. Cis! Tido lama lama lagi.
#tips: UNCLE JAI - makanan dia affordable and sumpah sedap! Lokasi: Kuah.
#tips: bulan November, Langkawi hujan. Sigh!



2nd day
Breakfast. Wohooo! Breakfast dia sedap, especially roti canai. Cintahati bantai makan 2 roti. Dok ulang alik pegi kat stall roti canai dia. Hahaha! *gemok la woi*



Lepas tu, kitorg jenjalan buat tour kat hotel area. Okey, Ombak Villa dia bebetul tepi pantai. Mcm bungalow la, nama pun villa. Sure luas jugak dalam tu. Pastu, for me yang cantik and menarik is diorang punya Sea Village. 


Kitorang x berapa nak cukup budget untuk book those two rooms. Tapi dapat Jr Suite pun okey sebab view dari bilik dia super awesome!
Hotel ni luas, boleh men beskal, boleh buat water activity, boleh gym, sauna.
#tips: untuk travel agent yg buat group. Diorang ada luggage room and medical room.
Tak banyak yang kitorang boleh berjalan sangat sebab Hujan. Keluar je kereta hujan, keluar je hotel hujan.


So banyak termenung dalam kereta je. Haha! The only place kitorang dapat singgah Cuma Beras Basah, which aku Cuma Nampak sebijik rumah yg lawa. And pegi Galeri Perdana. Haha! Nothing much la to act as tourist kat Langkawi kot. Maybe sebab aku bukan jenis sukakan muzium & history kot.






Ohoo! 2nd day kitorang ada candle light dinner. Yay! Malam tu lepas maghrib kitorang turun kat restaurant dia. And diorang set up kan candle light dinner. Lawa! Bebetul tepi pool. Agak agak kalau staff dia tersadung kat meja sure dah tercampak masuk pool hehe. The food was marvelous! Sedap gila. Potion pun sangat lahhh puas hati. Makan sampai kenyang, ngantok terus kitorang.




Lepas dinner Bak ajak jalan jalan kejap, saje cuci mata. Tidur terus lepas makan kan tak elok. So, kitorang pusing pusing Chenang lagi. Hahaha! *mana lagi nak pusing*

3rd day
Saat paling menyedihkan, kena tinggalkan Langkawi Lagoon. Time to check out! Disebabkan kitorang ada sehari lagi, kitorang decide untuk stay 1 more night kat Bayview. Book hotel pun tersangat last minit, rupanya bilik yang available Cuma kat executive room. (dah check in baru perasan, maka ada lah free flow hi tea apa bagai)

4th Day
Last day bermakna hari untuk shopping! Habiskan sepenuhnya masa untuk shopping. That’s one of the reason kenapa stay kat Bayview, senang sket nak menghabiskan duit! Sigh. Lepas shopping, drop kereta kat airport and balik KL!
Conclusion, trip kali ni agak mahal, bukan agak, tapi SANGAT mahal. Mana taknya, semua pun book last minit. Flight last minit! Nasib baik member keje under Langkawi Lagoon. Dapat la special rate siap honeymoon package. Yang buatkan mahal adalah last minit change plan tu lah kot, and nak ke mana pun tak boleh sangat, ada sehari je untuk plan honeymoon.

Tapi takpe, dah kawin boleh honeymoon hari2! Kuikuikui!

Thursday, February 11, 2016

Pengalaman ZERO, gaji nak HERO

Tersentak dengan orang share kat FB, fresh grad demand gaji tinggi. Same goes with my situation baru2 nie. Tapi bukan gresh graduate punya orang, tapi penukaran bidang.

Ada je orang yang hantar resume, nak minta tlg tanyakan kat HR ada kerja kosong tak. Tapi tengok resume dgn background dia balik rasa mcm tak sampai hati nak pass ke HR. Background chef, kerja memasak, nak masuk travel agency, ok fine, benda boleh belajar. Tapi, gaji mintak RM3000. Blerghh! Aku dulu pun tak dapat la mcm tu sekali.

Bila Tanya, gaji takmau kurangkan ke? Dia cakap gaji sekarang ni 2k lebih, so terasa nak tukar bidang so nak gaji yang lebih kurang sama atau higher. Sobss! Kalau aku sendiri yang culinary student pun, aku nak masuk kitchen balik aku redha je gaji sikit je, sebab aku faham dah lama tinggalkan bidang tu & dah tak layak nk gaji tinggi2.

So, sedar lah diri anda, mula kerja dengan gaji sikit dulu ye? Lama lama kalau dh boleh catch up dengan work flow insyallah bos akan naikkan gaji sikit demi sikit.

I remember once when aku start bidang tourism. Time interview bos Tanya nak masuk outbound ke inbound? Sepatah haram aku tak faham. YES! I’m not from travel industry. Aku more on hotel and culinary. Kalau belajar bab travel pun Cuma 1 subject je, Cuma guiding.
So tentulah operational punya terms aku tak faham lagi J

Tapi Alhamdulillah walaupun blur time interview, bos amek aku kerja jugak, dengan gaji berbekal kan RM1,300 jew. Kerja isnin sampai sabtu. Time matta kene kerja. Orang g kenduri kendara aku menaip email kat PC. Sobs! Tapi Alhamdulillah, bila dah start kerja terus mcm minat kat travel tourism, bos Nampak kita kerja mcm mana, naik lah gaji sikit2. Lps tu pergi course untuk tambah skills. Baru la resume Nampak berbaloi dgn gaji.


Memang la sekarang kos sara hidup tinggi, tapi kalau ye pun jangan lah demanding sangat dalam pemilihan kerja. Start je dulu, belajar selok belok. Pengalaman tu yang penting. 

:) #adayangsentapkah

Thursday, January 28, 2016

Kaki Travel


10 years travel past and future
2008: Switzerland, Venice & Milan
2009: Cambodia
2011: India (Delhi/Agra/Jaipur/Kashmir)
2012: Singapore, Australia (Gold Coast)
2013: Bandung
2014: Ho Chi Minh
2015: Singapore, Bangkok
2016: Singapore, Jogjakarta

It starts with aku dah semakin gila buka airline & hotel site untuk book vacation, and I consider myself addicted kat travelling. In a way, rasa bangga jugak, managed to travel almost 30% of the world. (30% kew?). Meh sini, kita throwback sikit. Kira macam every year pun aku travel rasanya nie.

Back in year 2008, travelled Europe dgn just mummy & abah. Orginal plan nak carik kolej untuk futher studies, tapi rasa macam jauh sgt je nak merantau J so, amek jela kesempatan ni untuk holiday saje. Cover more than 10 days, every part of Swiss, lepas tu naik train ke Italy, singgah Milan & Venice. Tak naik the gondola tu sbb mahal nak mamps. Mampu tengok je.

The next year, kemain jauh cari kolej, end up aku belajar kat KDU je. Alhamdulillah, collage ada buat class trip ke Cambodia. Dapat la berjalan ke Cambodia pulak tengok Angkor Wat dan shopping kat Phnom Penh.

Tahun seterusnya, bila dah mula kerja, bos hantar pergi India pulak. Kali ni mencabar sbb pertama kali bawa group, 9 hari pula tu woi! Tapi in a way, dapat la jejak kaki ke India covering Delhi, Agra, Jaipur dengan Kashmir. Pegi time winter! Mmgg awesome lah trip nie.

Saat dah kerja, dah ada duit sendiri. Punya la buat girls outing kat Singapore. Aku, Rein & Sherry. Kali nie bawak diorang pulak pegi USS. (kali kedua ye g USS, 2 kali jugak naik battlestar galactica walaupun ketakutan) . disebabkan kononnya dah kaya, pegi Singapore pun duduk 5 Star hotel kau!!

Lepas tu Bafiz kawin. Diorang plan nak honeymoon ke Queensland & Gold Coast sambil melawat kuzin yg belajar kat sana time tu. Ahhhhh kitorang apa lagi, follow lah! Dapat masuk Seaworld! Yg lain x dpt nak join sbb tak sesuai je dgn group ni naik rides. Hahahaah!

Next! Cousins ajak buat trip ke Bandung. Wehooo! The best Indo trip ever! Good crowd, good guide, good shop and good food ever.

Lepas Bandung, company suruh pegi Vietnam bawa group. Alhamdulillah kesempatan lagi. Berjalan sakan ke Ho Chi Minh, Ben Than Market dgn Cuchi Tunnel.

Tahun lepas 2015. Tahun aku tunang dan tahun aku kawin. Kali ni pegi Singapore lagi, buat roadtrip dgn Maksu & Family. Tujuan adalah, beli hantaran kawin. Ahaha! Alhamdulillah, good catch and good deal.

Lepas kawin, lagi sekali company hantar kali ni ke Bangkok pula! Wehoooo! Travel free lagi. Tapi travel free pun berkerja la kan. Dapat la jejak kaki ke Thailand. Good place for shopping toooo.

Tapi, agak sedih sbb sepatutnya honeymoon aku ke Bali. Tapi sbb ada volcanic eruption tu, terpaksa cancel kan. Sobs!

Tapi takpe! tahun 2016 ada lagi 2 travel plan.Insyallah this Feb pegi Singapore balik, reason wise sebab nak melawat cousin Syafiq kat sana and kitorang pun dapat stay voucher kat Pan Pasific. Alang alang tu kan.. 

And in May pulak, insyaallah ke Jogja. Saje saje berjalan laki bini + member seketul nak ikut. Ahaha!

Tapi masih lagi gigih carik cheap flight untuk bulan 10 pulak. Tapi shuben tak bagi dahhh :( sobs! Dia suruh kumpul duit untuk travel tahun depan. Aummm. Okey.