Sunday, February 14, 2016

4D3N Ad Hock Langkawi Honeymoon - Langkawi Lagoon Resort

Blog ni dah pending terlalu lama, cerita bulan November 2015 baru berkesempatan nak post February 2016! Nasib lah...  :)

TRAVEL REVIEW: LANGKAWI
DATE: 6 – 9 NOVEMBER 2015

Actually kan, the original plan was pegi Bali. Tapi dek disebabkan gunung berapi kat Lombok, pastu semua flight ke Bali cancel. And MH bagi notification in less than 24 hrs. nasib baik kitorang dah well aware dengan benda ni, so at the same time dok arrangekan plan B. which is: LANGKAWI LAGOON!
Minta MH change destination and bayar sikit fare difference so wallah! We are In Langkawi.


Sampai LGK around 12pm gitu, sampai ke kat airport, Bak dah arrangekan car rental. Kitorang dapat Toyota Vios yang baru which is cost us RM 360 untuk 4 hari. So, dapat kereta terus carik makanan. Since hotel check in is 3pm, kitorg g lunch dulu.
#tips: most of the warung/foodcourt tutup hari Jumaat.

Kitorang terjah ke Paparich untuk Lunch. Kelakarnya, dok makan kat mall ni, dia tulis THE LARGEST SHOPPING MALL IN LANGKAWI. Sobs! But more likely to look like Mutiara Kompleks kat Jalan Ipoh je.
Okey fine, faham la, nak besar camne la sangat kan. Hehe. Jgn marah naa org Langkawi. Hihi
So! Lepas lunch dan jalan-jalan, kitorang proceed ke Langkawi Lagoon.


Lokasinya: depan Kuala Melaka Inn, dekat Jalan Kuala Muda. Takde la dekat sangat dgn Chenang, kena naik kereta sikit je.
#tips: sesuai la kalau korang takmo dgn keserabutan Chenang
#tips: Chenang banyak gila construction sekarang
Hotel dia besar, cantik, bilik puas hati, aircond kuat gila, pool ada dua yang luas, private tak ramai orang sangat, breakfast sedap walaupun choice tak banyak sangat, and hotel mmg kena banyak maintenance. Ceiling kitorang bocor, nasib baik kat depan pintu masuk tu je.
Oh, kitorang dapat bilik Jr.Suite Room with seaview. Bilik tu siap ada kitchenette,living hall and balcony. Toilet ada shower & bath tup sekali. Yay!
First day kitorang sampai, disebabkan penat, kitorang bantai tido sampai 8pm. Hahahaha! Bapak lama gilaaa! Apa pun x sedar. Dgn aircond yang best! Memang tido jela manjang.
Bangun je malam tu kitorang g makan kat Uncle Jai. Lepas makan, kitorang ke Chenang untuk jalan jalan, tapi semua kedai dah tutup. Cis! Tido lama lama lagi.
#tips: UNCLE JAI - makanan dia affordable and sumpah sedap! Lokasi: Kuah.
#tips: bulan November, Langkawi hujan. Sigh!



2nd day
Breakfast. Wohooo! Breakfast dia sedap, especially roti canai. Cintahati bantai makan 2 roti. Dok ulang alik pegi kat stall roti canai dia. Hahaha! *gemok la woi*



Lepas tu, kitorg jenjalan buat tour kat hotel area. Okey, Ombak Villa dia bebetul tepi pantai. Mcm bungalow la, nama pun villa. Sure luas jugak dalam tu. Pastu, for me yang cantik and menarik is diorang punya Sea Village. 


Kitorang x berapa nak cukup budget untuk book those two rooms. Tapi dapat Jr Suite pun okey sebab view dari bilik dia super awesome!
Hotel ni luas, boleh men beskal, boleh buat water activity, boleh gym, sauna.
#tips: untuk travel agent yg buat group. Diorang ada luggage room and medical room.
Tak banyak yang kitorang boleh berjalan sangat sebab Hujan. Keluar je kereta hujan, keluar je hotel hujan.


So banyak termenung dalam kereta je. Haha! The only place kitorang dapat singgah Cuma Beras Basah, which aku Cuma Nampak sebijik rumah yg lawa. And pegi Galeri Perdana. Haha! Nothing much la to act as tourist kat Langkawi kot. Maybe sebab aku bukan jenis sukakan muzium & history kot.






Ohoo! 2nd day kitorang ada candle light dinner. Yay! Malam tu lepas maghrib kitorang turun kat restaurant dia. And diorang set up kan candle light dinner. Lawa! Bebetul tepi pool. Agak agak kalau staff dia tersadung kat meja sure dah tercampak masuk pool hehe. The food was marvelous! Sedap gila. Potion pun sangat lahhh puas hati. Makan sampai kenyang, ngantok terus kitorang.




Lepas dinner Bak ajak jalan jalan kejap, saje cuci mata. Tidur terus lepas makan kan tak elok. So, kitorang pusing pusing Chenang lagi. Hahaha! *mana lagi nak pusing*

3rd day
Saat paling menyedihkan, kena tinggalkan Langkawi Lagoon. Time to check out! Disebabkan kitorang ada sehari lagi, kitorang decide untuk stay 1 more night kat Bayview. Book hotel pun tersangat last minit, rupanya bilik yang available Cuma kat executive room. (dah check in baru perasan, maka ada lah free flow hi tea apa bagai)

4th Day
Last day bermakna hari untuk shopping! Habiskan sepenuhnya masa untuk shopping. That’s one of the reason kenapa stay kat Bayview, senang sket nak menghabiskan duit! Sigh. Lepas shopping, drop kereta kat airport and balik KL!
Conclusion, trip kali ni agak mahal, bukan agak, tapi SANGAT mahal. Mana taknya, semua pun book last minit. Flight last minit! Nasib baik member keje under Langkawi Lagoon. Dapat la special rate siap honeymoon package. Yang buatkan mahal adalah last minit change plan tu lah kot, and nak ke mana pun tak boleh sangat, ada sehari je untuk plan honeymoon.

Tapi takpe, dah kawin boleh honeymoon hari2! Kuikuikui!

No comments:

Post a Comment