Thursday, February 11, 2016

Pengalaman ZERO, gaji nak HERO

Tersentak dengan orang share kat FB, fresh grad demand gaji tinggi. Same goes with my situation baru2 nie. Tapi bukan gresh graduate punya orang, tapi penukaran bidang.

Ada je orang yang hantar resume, nak minta tlg tanyakan kat HR ada kerja kosong tak. Tapi tengok resume dgn background dia balik rasa mcm tak sampai hati nak pass ke HR. Background chef, kerja memasak, nak masuk travel agency, ok fine, benda boleh belajar. Tapi, gaji mintak RM3000. Blerghh! Aku dulu pun tak dapat la mcm tu sekali.

Bila Tanya, gaji takmau kurangkan ke? Dia cakap gaji sekarang ni 2k lebih, so terasa nak tukar bidang so nak gaji yang lebih kurang sama atau higher. Sobss! Kalau aku sendiri yang culinary student pun, aku nak masuk kitchen balik aku redha je gaji sikit je, sebab aku faham dah lama tinggalkan bidang tu & dah tak layak nk gaji tinggi2.

So, sedar lah diri anda, mula kerja dengan gaji sikit dulu ye? Lama lama kalau dh boleh catch up dengan work flow insyallah bos akan naikkan gaji sikit demi sikit.

I remember once when aku start bidang tourism. Time interview bos Tanya nak masuk outbound ke inbound? Sepatah haram aku tak faham. YES! I’m not from travel industry. Aku more on hotel and culinary. Kalau belajar bab travel pun Cuma 1 subject je, Cuma guiding.
So tentulah operational punya terms aku tak faham lagi J

Tapi Alhamdulillah walaupun blur time interview, bos amek aku kerja jugak, dengan gaji berbekal kan RM1,300 jew. Kerja isnin sampai sabtu. Time matta kene kerja. Orang g kenduri kendara aku menaip email kat PC. Sobs! Tapi Alhamdulillah, bila dah start kerja terus mcm minat kat travel tourism, bos Nampak kita kerja mcm mana, naik lah gaji sikit2. Lps tu pergi course untuk tambah skills. Baru la resume Nampak berbaloi dgn gaji.


Memang la sekarang kos sara hidup tinggi, tapi kalau ye pun jangan lah demanding sangat dalam pemilihan kerja. Start je dulu, belajar selok belok. Pengalaman tu yang penting. 

:) #adayangsentapkah

No comments:

Post a Comment