Sunday, November 17, 2013

Destinasi Timur . Kelantan jewww!

17 November 2013

Dah balik kampung dah, sekarang time untuk ke Kelantan. Bila lagi kan? Alang alang dah sampai tu. Singgah la sebentar.

Sampai je Kelantan, Kitorang check in kat Habib Hotel Kota Bharu, Ok let me judge this hotel. 

Hotel ni kira good location jugak sebab dekat dengan shopping area (kalau nak compare, Royal Guest House lagi dekat) Location semua ada dalam link kat atas tu, jangan malas nak click. Yela, hotel ni 2 star je so jangan lak expect to much. Tapi for the facilities, they did a good job. semua pun ada yang basic basic tu. Iron board ada kat depan bilik, kat luar. Tapi still, ada la jugak drp takde? Bilik kalau nak muat 3 orang pun boleh je kalau malas nak amek extra bed. Muat la sangat sangat. Bilik kitorang dapat twin bed, so rapatkan jela both the beds boleh la tido 3 org! Haha. Tak la too sempit ke apa, tapi just nice. Yang paling paling paling best pasal hotel ni, kat depan hotel tu ada warung. Warung tu punya foods especially nasi goreng ikan masin dia memang extraordinary. Kalau tengah malam lapar pun tak jadi masalah, bukak ke pintu lobby dah boleh jerit "makcikkkk,, nasi goreng ikan masin se, teh o beng se!" Warung tu bukak dari pagi breakfast sampai ke tengah malam. Taktau la bila staff dia tidur, huhu!

Entrance depan Habib Hotel. Oh, saya tak kenal pakcik ni. Curi gambar dari Mr.Google je sebab tak sempat nak amek gambar sendiri.

 Lobby hotel. Kanan tu cafe dia. Tapi foods tak seberapa. Baik makan kat warung depan. Hikhik.


Lepas check in and solat, kitorang jenjalan pergi pasar Siti Khadijah :)
Hua! Aku bukan spesis wanita yang suka beli kain whatsoever, for me ini membosankan. Haha. Nothing much for me to shop. Tapi yang suka beli kain tu, leh la singgah sini. Kaftan pun banyak! Boleh beli..


Ini kalau shopping pagi, waaa meriah! Elok beli breakfast kat sini, sure macam macam benda best boleh makan!

All the kains! Cantik actually. Tapi tak berapa minat nak beli kain. Nak buat camne kan?

I like this one! Cantik. Rasanya price dalam RM300 kot. Tak leh nak beli sebab tgh save budget untuk next trip  :(

Actually datang sini sebab mummy nak shopping. Haha, well biasa lah momies! But end up this happen to my brother. 

Katanya dia memang tidur mati siap boleh mimpi. Nampak tak betapa lamanya? 


Ok OK. Letih jalan, now masa untuk makan! Yaaaay ini suka! Next destination is Restoran Hoover Kota Bharu dia sediakan ala ala nasi Padang. Seriously sedap ayam dia! Wee! Harga pun tak mahal mana, kitorang makan 11 of us pun baru RM100++ Ok lah kan? 



Hik Hik terliur tak? 
 Nak g KB sila google ini kedai. Atau click je kat link atas tu Okie? 
Nak pulak waktu sampai KB tu, hari Keputeraan Sultan Kelantan. Wah. Kemain! 
Singgah kejap, tengok kemeriahan diorang untuk celebrate. :)

Esok nya pulak, pagi pagi buta Abah ajak jenjalan kat Pengkalan Kubur. As a pure org KL yang lupa daratan nie, memey la tak tahu menahu apa tempat tu. Tapi, bila dah sampai. Wah! Menarik. 
Time for shoppinggggg!!

 Kitorang sampai pun pagi, so banyak kedai yang belum bukak lagi and belum meriah lagi. Should be lagi meriah la kot bila petang petang nti kan?

 Tak sangka ok sini pun ada duty free chocolate! Tapi takleh la nak compare with Langkawi, sini tak banyak choice pun sangat.

Tengah mencari shawl ke atau tudung pape yang best! Jom Jom Jalan lagi sebelum abah mengamuk panggil semua balik, haha! 

 Kain pelikat, Kain Pelikat Oh yeah yeah yeah!



Bila dah puas jalan, perut pun ada sikit bunyi . so we end up makan makan kat dalam nie sekadar nak alas perut, Hee! 
As a food lover, let me show you what I had for my precious tummy!!
 First! Cendol Durian dengan Tapai. Wee! Lazat jugak. Plus tapai lagi kan. Awesome la namanya! 

 Somtam. Dah sampai kat border Thai ni, takkan la takmau try Thai Food kan? 
Sedaaaapp habaq hang! First time try terus jatuh cinta you alls. Taktau la kena makan with rice ke tak, tapi aku ratah camtu je macam makan mee! haha!
*mummy cakap somtam ni dibuat daripada betik muda* 

 Tako Tao! Haha kenapa ada kat Kelantan? Walaupun origin dia macam takde kena mengena, kitorang beli sebab kalau beli kat Jusco selalu kena beratur. Plus harga dia murah, dan sedaaaap! 

Nyums Nyums! 
Destinasi seterusnya lepas check out hotel, kitorang singgah kat museum. Hikhik.
Best jugak! sebab museum Istana. 









Lepas berjalan sambil belajar kat museum, kitorang nak kena g airport dah, nak balik KL! :( end this trip and time untuk balik KL sambung kerja.

Great KB trip with great cousin ! Muah! Love u! :)


XOXO!







No comments:

Post a Comment