Tuesday, October 4, 2016

TTC Journey Beta

Ececeh, tajuk atas kemain. Orang nak TTC journey kau pun nak ye? ahaks! actually, benda ni bukan berniat untuk di blog kan pun. cumanya apa yang aku buat monthly sejak awal kawin sampai lah aku berjaya pregnant after 10 months trying. aku dok la update segala kaedah ni semua untuk rujukan masa depan, biasa lah, PC office lah selalu jadi tempat aku luahkan segala info.

Nota nota monthly aku kikiki:
Jom sini nak letak few usaha aku untuk dapatkan baby. I’m 6 months married to my husband and trying for babies.
Kawin bulan October, 2015. Lepas tu teruskan baby making dengan manjang pegi bercuti je. Haha! Start makan folid asid dah even sebelum kawin. Tapi itu lah, makan pun tak consisten je nie. Kejap on kejap off. ishh! 

4 months after, Mid bulan Febuary, 2016 Rein ajak pegi berurut kat sorang makcik Indonesia nie kat Ampang. Urut dia simple je, untuk naikkan peranakan. Dia usik pun bahagian perut je. Tak sampai setengah jam pun, few minutes je. Tapi rasa la sakit sikit time nak gerak kan tu. Dia cakap Rahim jatuh, dia dah naikkan. Dia cakap ada 4 ke 5 telur tah, which means telur tu untuk jadi baby. Wallahualam. so kalau betul dia cakap aku ni kemungkinan ada 4-5 orang anak ler. again, wallahualam. Tawakal jela. 

Time ni aku dah start consume minum susu kambing. But won’t last forever, cukup pack tu habis je. Aku tak sukaaa susu kambing! Lepas tu takmo beli dah. sebab maybe susu kambing tu tak kena dengan tekak. untuk orang lain, selagi boleh minum tu, minum lah. orang cakap susu kambing bagus.

Next, lepas tu next cycle period datang. Normally period happen between 26 – 28hb every month. Time tu bercuti kat Singapore time birthday Husband. Period datang tapi langsung tak sakit. Okey, few days lepas tu habis. Balik KL, around 4th March kot, period datang lagi. Perhhh time ni banyak gila and sakit. Time ni pelik dah kenapa period sampai 2 kali pastu banyak terlalu banyak.

Rein cakap, its normal lepas berurut. Dia pun dulu period banyak lps urut and the next month dia pregnant dah, Wah! Terus aku berhenti panic dan berharap. Haha!

Bulan March, aku try beli toujours balik. Tengok Hanis Zalikha pregnant aku pun beli. Miahahahha!

April 2015: Time ni, aku confuse the next period datang bila, normal 26th atau 4th? Haha! So aku tunggu sampai 3hb takde khabar berita. Excited dah! Siap pegi Guardian beli pregnancy kit. Beli and test the next morning. Sedih sbb negative. Sobs! The next day terus period. Hampehhh!

Bulan April aku makan ubat apa tah yang ada manjakani tu, dia mcm liquid. Officemate lah belikan sempena nak kawin ritu, katanya sesuai utk org nak kawin. Aku minum je, tatau la ada kena mengena dengan pregnant tak.

Mid April, aku sakit perut sampai takleh bangun. Terasa mcm ada bola berguling2 kat bawah perut belah kiri. Bulan sebelum tu, aku g masuk kemera kat Hospital Putrajaya sbb gastrik, Husband melawak cakap kemera tertinggal dalam perut! Cheh. So, one fine Sunday sakit sangat aku g klinik. Doc tu cakap takde pape, ini sebab kencing kotor and kurang minum air kosong je. Finee! (nampak tak aku ni sakit sikit je dok berharap pregnant? psyco kan?)

And bulan April ni jugak aku start kira waktu subur and babymaking time time quality itu lah. 

Early May, bebetul 1 May dah period dah. Kali ni banyak and berketul. Cuma banyak on the 1st and 2nd day je, masuk 3rd day kureng dah sikit tapi still darah. Cuma minimal.

Pastu aku g Jogja. bercuti lagi. Rasanya balik Jogja ni kena usahakan pergi Klinik Umra jugak. Kena jugak tau apa masalah perut nie.

Dah sebulan dah balik Jogja, tak lagi pergi Klinik Umra. Dah period utk bulan June dah pun. End of May. 26 May dah period, sekejap je Cuma dalam 4 hari camtu je, 2 hari je heavy lepas tu cool down dah.

Okey, dah masuk June. Aku Berjaya jugak pergi Umra. Tapi just normal check jela. Dia buat ultrasound untuk check Rahim je and Tanya basic questions mcm umur berapa, dah berapa lama kawin, 1st kawin ke, sebelum ni pernah pregnant ke tak ke mcm tu.

Dia cakap normally orang akan refer fertility lepas setahun trying, tapi aku ni mcm awal sangat, baru 8 bulan kawin dah jumpa diorang. Tapi takpe kot, at least takde lah too late to try. Kalau ada pape masalah insyallah boleh settlekan awal. Plus, I’m freaking 28 years old okey!

So, dia just check biasa je dulu. Nanti bila 1st or 2nd day period dia suruh datang lagi katanya nak bg ubat kesuburan and check lagi sekali. So far hari tu pegi doc cakap takde pape, cysyt ape semua tu takde, Rahim ok etc. overall, cost consulation + ultrasound kat Umra RM110.

End of June (24th) period balik, ikutkan kena pegi Umra balik. Tapi mcm fikirkan kos dia so tak jadi. Hold lah dulu, nanti ada rezeki lebih boleh la ke sana balik. As for now, nak try few other cheaper options like:
1)     Ovaluation kit (nak beli kat ig nanti)
2)     Buah zuriat (sekali dgn atas tu, pun beli kat ig)
3)     Susu kambing
4)     Kurma
5)     Habbatussauda
6)     Almond

Aku dah mula dengan minum jus delima, nak beli ovulation kit tapi seller ig dah takmo post dah sebab nak raya. So terpaksa lah delay sket beli lepas raya kang. Tapi mcm terlambat seminggu lah trial dia. Haiiish!

Finally, seminggu lepas raya bru aku beli. So far semua pun negative, yelaa dah lepas waktu subur kot. Kalau ada pun samar samar positive lepas tu negative balik.
Kali ni, aku keep on makan asid folic dgn jus delima je dulu.

Harap2 mendatangkan keberkesanan. Hari ni 26th July belum period lagi. Tapi aku taknak over excited, kita tunggu sampai 4th August. Kalau belum gak, baru buat test. Sbb skrg ni period aku mcm tak teratur, paling awal period 26th pastu paling lambat 3rd awal bulan. So wait and see lah.

Kalau period balik, lepas ni mmg hari2 la aku pakai ovulation test tu kan. Hikhik
What should YOU do every month pu3:
1.     Asid folic plsss lah hari hari
2.     Jus delima tu, jangan lah malas nak minum
3.     Pakai olulation kit tu tiap2 malam
4.     Beli susu kambing . MAKE AN EFFORT to drink


SEMUA NI KENA BUAT HARI HARI WOII

End up. rupanya sampai situ je TTC journey. 4 August tu aku tak period pun. ahaa! Jom next post!



No comments:

Post a Comment