Sunday, November 3, 2013

Ahad bersama D.Dell.

Monday 4 NOV 2013

Ini cerita hari ahad :) Semalam. Saje nak buatkan weekend lebih bermakna pastu boleh update dlm blog yang takda pembaca ni. KahKahKah. Motif? sebagai bahan bacaan sendiri bila dah tua tua nanti.

Semalam Ahad (duhhh...). Mummy suruh bandel pergi kenduri customer dia kat Kepong. Sebab mummy kena pegi Kenduri Aunty Mujah (Tunku Muhaizah) Hehehe kat Royale Bintang, The Curve. So Bandel (abaanggg kitee) ajak la adik dia yang comel nie ikut sekali. Sebab dia taknak nampak pelik lah tu pegi wedding sorang sorang. At the same time juga, nak settlekan customer check out dari homestay Taman Wahyu and drop Seri (the maid)  untuk buat housekeeping :)

Oh Oh, Homestay adalah family business. Sila follow this link : Swanky Homestay untuk lebih info.

So drop Seri and terus g wedding. Rupanya pengantin perempuan seorang Polis. So wedding pun dalam kuarters polis jugak. Sebagai org normal mcm kami ni, memang la tak penah nak masuk dalam tu. So Jakun!

Disebabkan kami berdua nie tak kenal sesiapa dlm majlis yang gilang gemilang tu, so kitorg datang dan makan aje laa. Hahaha. Ini lauk dia. Awesomeee!


 Tak berapa nak pasti apakah itu. Tapi nasi minyak, ayam masak merah, sambal, daging, kambing and ada sayur mcm jeruk jeruk kot, tapi sedap! Kampung sangat lauk dia. Seronok je makan.

 Silat dan pengantin ye. :) Macam best je budak budak ni bersilat.
Seram pun ada, macam nak gaduh. Haha! *ok jakun lagi* 

 Ok dah siap silat. 
P/S: Macam x kena je warna warna pengapit dia eh?
Ok pu3 jgn mengada. Org pgl kenduri. Respect sket!

Reception yang simple, tapi tetap meriah. Maybe sebab DJ yg hyperactive and kareoke! Wa suka suka suka!

 Time ni hujan lebat ok! Pakai heels and baju kurung, berlari dalam hujan nak balik ke kereta. Jauhhhh gilas nak berlari. Mmg kena gunakan skill lari guna heel nie. kehkehkeh. 
Ouh, posing dgn motor polis. 
See? Jakun kan?

 Lepas makan kat Kenduri, teringat yang Seri tak makan lagi sebab dok mengemas kebun la itu la ini la, so bawak dia g makan kat Kari Kepala Ikan E&O! Awesome kari kepala ikan dia, dari aku sekecik kecik budak sampai dah besar macam ni pun, rasa dia maintain je sedap. 
Try google : Kari Kepala Ikan E&O Taman Wahyu

Kisahnya, lepas kenduri, settlekan perihal kunci homestay dengan guest sampai kul 5.30 petang.
 (stress org tak on time nie dol, check out kul 2pm okehh) 
Lepas tu ajak bandel jenjalan kat Publika. Aww Aww abang kesayangan pun agree! So ke Publika lah kami dgn aku sopan ayu berbaju kurung.

Jakun jugak, sebab tak pernah sampai rasanya Publika ni. Hahaha! Terukkan? Nama je ai orang kay ell. Tapi katak bawah tempurung!


 Bila sampai Publika, dari atas tu nampak Magnum! Mati mati la ingat kan Magnut Cafe dah bukak kat Malaysia. Cis. Rupanya tertipu. Magnum booth aje rupanya.  Tapi best jugak. Sebabnya... INI!

Amek gambar sempena Magnum Moments :) Hahahaha! Eksiden tak muka? 
Lepas amek gambar, dapat free eskim! Layan je makan benda free kan! 

Lepas tuu.. Kami jelajah lagi Publika. Ehem Ehem teringat kat Picknik. Ari tu Ninah datang sni amek gambar ngan chef Nik. Nak jugakk! 
 
So yes, kami pun pegi la Picknik. Perut masih kenyang sebab dah makan banyak hari nie, tapi disebabkan nak merasa kan. Bandel cakap ok la fine, jom cuba! *ku melompat girang lagi*

Bandel as usual akan order desserts. Haha! So ini la dia, Pandan Creme Brulee.
For me, tak rasa pandan sgt pun. Rasa mcm normal creme brulee je. BUT! I prefer this one daripada Chef Zubir punya, kehkehkeh. Sebab dia tak rasa pandan. 
Kenapa menu nak sama je? 

This is what i ordered. Rasanya nama dia Garlic and Chicken Sausage with Bread. 
Nama simple, godek godek pun macam simple je dlm mangkuk tu sebab mainly adalah sosej! Hahaha. Tapi tapi tapi, dont judge a book by its cover, Rasa dia sangat menawan hati bila makan sekali dgn roti.
 
So.. tengok camne aku pulak punya food presentation keatas makanan di atas :)

Haa! Tu dia. Chef Pu3 pulak. Hahahaha. Sekali tengok balik, lawa la pulak. Main main dgn foods dia and amek gamba. Chef Nik, awak impress tak? 
 
Air? Ouh, Kami cukup diet. Jadi minum air mineral sudahh! 
 
The moment of excitement! Bawah nieee....!
 
 
Last but not least, kenapa singgah kalau tidak menegur? 
Jadi kami jumpa sat and cakap cakap and amek gambar! 
Dia sgt sgt sgt friendly. Best je nak cakap ngan dia pun. Bukan mcm personality lain yang takda "uhmmp" tu. Harap je pelakon bagai tapi sombong yang amat (im referring to some artis yang jumpa masa kerja sekali kat Fames Bazzar - Jutaan Belia) 

Ok jauh menyimpang! But But But.. dear followers (KALAU HADEEE!) HAHAHAHAHA! Sila la singgah makan kat Publika. Lokasi agak complicated kalau kita park dalam parking Publika tu. Aku pun konpius, Tapi takpe, dlm mall ada sorang customer service kat Directory yang sangat  baik boleh membantu anda.
Dear That Indian Girl Customer Service Publika, You such a wonderful girl. Layan orang sesat barat jakun macam kami nie. Awak baik!
 
 
P/S : Kemain seronok dpt bergambar, jalan pun tgk gambar yang amek td. Almost nak langgar pintu kaca automatic tu. Kuajaqq!! kenapa ada pintu situ. Nasib baik alert lagi. Kalu x? Makin penyek idung aku tahuu? 

P/S: Boyfie jelous! :) Hikhik I love you more baby. You're my real chef.



No comments:

Post a Comment