Sunday, November 3, 2013

Lelaki yang mampu hanya bertitle EX bopyen


 Entry tah hape hape kali ni, takda motif. Nak post pun tak sure pasal apa exactly. Sebab minda berkecamuk dan macam banyak benda yang main main dalam kepala hotak nie.

Ni nak tanya, kalau kita keep on mimpi orang yang sama, repeat repeat repeat maknanya apa?
Tiap kali mimpi ada je pesanan tajam dia bagi. Cis!

Semalam mimpi lagi manusia yang sama, uisshh!

Kali nie pesanan dia camni.

"Kalau orang tanya kenapa dengan kita, cakap je takda jodoh, takyah nak bagitau detail sgt. Saya pun cakap benda yang sama, takda la bagi tau segala reason" 

Uik! Terasa tahu? Baru nak buat entry pasal kenapa lelaki Mampu jadi sekadar EX! kehkeh. Based on own experience dan sejujurnya dalam hati :)

Tapi kalau post saje tanpa nama takpe kan?

Ok mari kita mulakan. Huuuu! (:  Atas tu mukadimah poyo semata mata.

P/S: kalau antara mereka yang baca, mohon terasa. (tralalalala..)


Lelaki yang mampu hanya bertitle EX bopyen
  1. Hot Tempered! Gosh, manusia macam ni memang la, mampu sgt! Tak balas msg nak hamuk, tak angkat call nak hamuk, tak bangun bangun nak hamuk, segala bagai nak sawan! Rasanya kau boleh dah nak dapat darah tinggi by now. Tahu? 
  2. Kaki Perempuan. Kannnnn? semua orang pun meluat dengan manusia macam nie. Derrr! Muka baik macam ustaz KOT! Orang keliling macam cakap, aww aww muka dia sgt sweet dan nampak baik. Pasal muka innocence tu lah ramai yang cair. Pastu, dia lak kaki pompuan. Memang la elok.Bercinta bertahun2 pun dh bertukar tukar scandal. Elok la, pastu nak blame orang lain bila relationship MATI. pergi mati aje la kau!
  3. Oh! ini tak masuk topik, tapi nak jugak selingan kat sini. Jangan percaya dengan mitos seperti "muka sama, jodoh panjang"  Tak masuk akal! Muka sama tak da maknanya ada jodoh. Hampeh semata.Nipuuu.. Jangan nak ingat kalau muka dia dengan korang sama, korang perasan jodoh panjang.Macam aku dulu la, zaman bebal bebal dulu " ala,org ckp muka sama, mesti jodoh panjang nie" Perasan! Hahaha. Hasilnya? EX jugak.
  4. Tak Sweet! Tak Manis macam Gula Gula. (huh?) Gila kau, tak pandai langsung nak amek hati pasangan, harap je ada rupa, tapi macam kayu! 
  5. Penipu, Memang dasar Penipu. Ha! Ini pun sama, sampah masyarakat jugak. Cakap ke lain, hasilnya ke lain. Cakap keluar dengan Ahmad, rupa nya keluar dengan Siti. Dasar penipu! Tapi kan, naluri perempuan la kot, dengan si Penipu sorang ni, aku dah boleh sense dah kalau dia cakap betul ke cakap tipu. So, kalau kau tipu pun aku tahu aje selama ni la bengong. Euks! 
  6. Cakap nak hebat belaka. Ok ini spesis tah, perasan barangkali? Semua dia cakap nak UP UP UP and Awaaayyy! Kunun lelaki idaman malaya la? Tau la ada segalanya, tak payah la nak tunjuk kat serata dunia :) Lelaki macam ni, jerat perempuan pakai duit je semata, eh oh, rupa la sikit. Pastu bila dah dapat dia hilang. I think i should warn perempuan kat luar tu, jauhi mamat ini. Dalam masa tak sampai setahun, rasanya dah 2 perempuan dia rembat. Pastu hasilnya semua perempuan malang tu dah hilang kemanaa... 
  7. Tak pandai nak bergaya . Ok kalau korang expect gadis idaman macam Jennifer Lopez, kau kena la jugak macam Robert Pattinson. Ini idakkk! Nak awek macam stylo macam hape, tapi kau pakai mcm nak g kebun (ok itu over!) hahaha! 
  8. Biadap & Takda Adab.  Ini memang lah, mom most enemy! Haha, dah jumpa orang tua tu, salam jela. Dok bakar ayam sampai takmau salam bapak aku tu dah kenapa? Kan dah kena sound tepek! Mohon terasa. Padan la mak aku sampai bila pun tak ingat nama kau. Sila hormati orang sekeliling. Sekian.
  9. Navigation skill kurang. Perempuan kan suka berjalan jalan, nak dating naik kereta pusing pusing. Tapi kalau dah dapat lelaki yang tak reti jalan ni payah la woi. Jalan je silap, tah mana simpang masuk last last fed up aaah! 
  10. Tak pertahan kan cinta.  Kuikui, Itu pun satu, kalau dah sayanggg tu pertahankan lah hubungan. Ini bila family larang sikit je dah give up. Padahal bukan larang terus tu, ada je benda dia kena baiki. Tapi dia dah give up. Alih alih salahkan orang lain pulak? 
  11. Ada emas dlm mulut. Cakap bila ada hal penting je. Baikkk bercinta dengan kucing dol!
  12. Hardworking sangat.  Alaaahai, boring nya spesis macam ni. Kerja Kerja Kerja. Kalau memang dah timing kerja kena kerja tu takpe la, redha kan aje. Ini tak, time dia cuti pun nak buat kerja lagi. Tengkorakk laa weyyy!
  13. More into YOURSELF. Ini pun satu, semua nak suro kita kenal dia je. Kau la kaki kereta, kau la suka itu, kau la suka ini, kau la makan itu, kau la makan ini, kau laah segalanyaa! Hasilnya, perempuan tu berubah terus jadi bukan diri sendiri.
  14. Rules and Regulation Guy. Bercinta tapi stress. Buat apa? Sepak nak? Itu takleh ini takleh, dol! Kau bukan laki aku lagi tahu?
  15. Terlalu mengada. Aduhhh! Semak lah. semua nak kena bagi special treatment. Kau sape? Dah kawin kang boleh la, memang wajib punggg!  
  16. Janji Bukan Bukan. Baru couple sebulan dua dah janji bambumbam.Ok, kalau dapat laki suka berjanji macam macam ni. Hasilnya tak ada apa jugak. So, lupakan semua janji tu, Apa dia janji tu, cuba terbalik kan. 
Haa! So far itu la yang mampu teringat, Setelah flash back kenangan kenangan lampau, amek yang teruk teruk tu humban dalam blog buat peringatan diri sendiri.
Bukan kita mintak perfectionist dalam hidup kita, Kita pun tau kita tak perfect kan? Cuma mana yang boleh ubah tu. Benda macam sampah tu, ubah aje la.

Lagi satu. Rupa bukan segalanya, Amek la senarai lelaki yang ciri ciri idaman korang pun, tak semestinya bahagia. Ini based on own experience. Selama ni dok pick and choose lelaki yang masuk dalam carta 'my price charming'. Tapi last last kelaut jugak semuanya.
Cuba keluar dari kotak angan angan korang tu, pandang keliling, sape yang baik dengan korang selama susah dan senang ni.

Who knows your good friends ke yang boleh jadi insan paling bermakna dalam hidup korang?






P/S :) Much Love, Ebi.



XOXO


 







Friday, November 1, 2013

New Month. New Hope. More Love.

Friday 1 November 2013

Its Friday Friday Friday yeahh.. !!
Haha over excited. Nway, ofcourse semua pun akan suka hari Jumaat kan. Sebab nya esok cuti. Kepada yang kena kerja half day atau lebih malang FULL DAY sabtu tu, maaf kan kite ye. Kau memang malang!
Thanks to company ni, kerja Sabtu Ahad memang BIG NO NO. Tak hengen nak kerja extraordinary rajin. Gaji pun bukan extraordinary banyak pun kan?

Entry kali ni takda motif. Bahan bacaan bodoh korang je, itu pun kalau masih ada yang membaca. Tak banyak benda nak cerita sangat melainkan Oh! Aku tengah nak cuba masukkan boyfie tercinta kerja sekali kat sini :) Eheeee..  Apee? Bukan nak gedik gedik. Ai is very professional. Kerja Kerja. Cinta Cinta. Hehe! Yela kesian kat dia, kerja kat hotel nu bukan ada apa sangat, kerja pun tak tentu masa. Aku nak struggle kumpul duit kawin dengan bukak weekend bazaar balik ni. Tak leh la nak laksanakan hasrat murni tu kalau dia kena kerja weekend! So kalau dia kerja sesama kan banyak faedahnye. Cuti sama, kerja sama, balik pun sama. Takpayah nak sms "saya dah sampai offie nie,ebi" "ayang,I'm home" lagi. (hahahaha!)
Kan? 

November! New month! Bulan ni juga merupakan satu bulan yang keramat. Haha. Keramat sangat kan? Tak la this coming 26 NOV nie merupakan 1sy year anniversary kitorang :)
Ye Ye, korang dah berabad.. aku baru setahun.. Heh, suka hati lah, nak excited gak sambut anniversary bagai nie! Setahun sekali jeww. At least boyfie kite tak pernah lupa tarikh anniversary. (memang aku aje memanjang yang lupa date, hurgh)



Huh! Bosan dah menaip entry takda isi. Entry syok sendiri.


Ok Bye! Happy Deepavali! :)

XOXO

P/S: Duhh lupaa, asalnya nak tayang Cathy Doll baru beli kat BLOG!

Tuesday, October 29, 2013

Meriende De Eva - Damansara Height

Tuesday 29 OCT 2013

Wuwiii! Its payday payday payday! Hari nie kan gaji, so nak lah special kan diri makan benda lain sikit dari hari hari biasa (kalau x hari2 makan nasi campur atau pun bawak bekal, BORINGG)
So, one of my colleague ada la rekemen makan kat sini. Merienda De Eva. Ahaaa! Sedap! Especially cakes dia. Kalau lunch time office dia buat lunch set, harga berpatutan lah. Sedap pun sedap, tapi masalah dia set dia 2 - 3 jenis je sehari, tapi tukar tukar. Untuk aku yang kerja kat area situ boleh la nak lalu lalu tengok menu apa yang dia ada, untuk yang lalu situ hari2, leh la try apa saje yang dia offer.

Dia offer Western & Filipino cakes and pastries :)  Kalau lalu depan kedai dia leh nampak kek kek yang boleh menggoda iman! haha! So far pernah try Carrot Cake dia, tapi sebelum tu tanya dulu, dia letak liquor ke tak, sebab tak silap ada sikit dalam Black Forest dia. Tanya tauuu...

 Set Lunch dia datang sekali dengan Ice Lemon Tea :) 

 Interior kedai. Comel la gak kedai dia. Yang penting bersih & selesa! kan?

Menu hari ini, Grill Chicken + Butter Rice + Vege
Sekali dengan dessert of the day. 
Tapi dah habiskan dessert sebelum sempat snap gambar! Gila lah pelahap..


Lunch Set Today RM 16 ++

Info Kedai Makan nie,

Meriende De Eva
50G, Jalan Medan Setia 2,
Plaza Damansara, Bukit Damansara,
50490, Kuala Lumpur, Malaysia.
Telephone : 03 20922072

Opening hours : 7am - 10pm (MON-SAT)


Hee! Thank You

XOXO