Tuesday, June 26, 2012

HILANG

Ya Allah, rasa macam nak delete je semua post lepas lepas pasal lover dovey tu pastu act macam tak ada apa apa pernah jadi. Boleh taK?

Its 4 months. Dah 4 bulan aku dengan ML. Tengah tengah OK, dia pulak menyepikan diri. Tak sms, tak call, rasanya dah nak 2 minggu tak contact each other. Tak jumpa dalam seminggu lebih.

Its fine for me kalau dia busy, but agak agak lah pun kan? Busy pun tak kan tak sempat nak tanya khabar ke, sms sehari sekali pun jadi lah, cukup buat diri ni rasa dihargai. Ni terus senyap tu! Hebat memang hebat!

Drama apa dia bagi dulu? Drama cinta monyet apa dia tawarkan? Lepas tu lari. Ya Allah, terasa macam orang sepak kita dengan kaki lepas tu pijak sampai kemek! Haish.

That day aku masuk hospital. Alah, buat macam last year punya cardiac tu je. Kali ni second time I know what to expect dah lah. So macam malas nak drama sangat, takde la kecoh dalam FB. Even best friend sendiri pun tak tau. (sorry awakkk..) Disebabkan ML dok buat drama dia sendiri, nak marah orang tiba tiba semua nie, aku rasa macam malas nak inform. Bukan dia tak penting bg aku, just macam, aku tak rasa aku penting pun bagi dia. So macam, buat apa nak semak kan otak dia fikirkan aku kan? Aku just inform pun kat bakal kakak ipar dia je, itu pun pesan awal awal jangan bgtau orang. Just inform dia, in case umur tak panjang, dia boleh lah sampai kan pesanan terakhir kan.. hehehe..


Operation bukan nak operate sangat lah, bukan open heart pun. Just.. argh too scary to explain.
Senang cakap benda tu not that bad sampai kena stay lama kat hospital. One night is enough.
Pulakk.. aku balik je rumah, esok nya pegi keje. Dah tu aku mula lah mengupdate status balik kat FB.

Yang si ML nie, baik punya buat kesimpulan sendiri, cakap aku tipu dia? OMG!

Nak cakap get well soon pun takde, nak bagi kata kata semangat pun takde, nak tanya dah sihat ke belum ke takde, nak tanya how's the things pun takde, dia pegi buat spekulasi " aku penipu " Perhhhh! Sadis doh.. sangat sadis!

Soo... entah lah, macam melampau kat situ. dia taktau kita sakit cane, kita hidup kat sini cane, kita perlukan seseorang cane, dia boleh buat statement camtu?

Perhhh.... tertusuk tajam! After that, memang seriously aku pun takde mood langsung nak perbaiki semua nie. Aku sakit kau buat cerita lain kan? huh!

Nak percaya atau tidak, TERPULANG!

Sekian..


Yang panas hati
PN

Sunday, May 13, 2012

PN & ML

Hello!
Its been almost 3 months me and ML been together, Hooooray! Alhamdulillah, so far so good. So far, I'm happy and hopefully this happiness will never end. I love him, so much, truly love him.
Hihi.. Tak sangka eh? sangat tak sangka.. When I first met you I don't know you become this important to me. <3
Kita jumpa kat KDU, first setakat pandang senyum senyum, yang aku plak mcm "eh... perhh.. sape tu" haha, cuci mata dalam diam. ngeh ngeh.. nak makan kat cafe time tu ase mcm heaven gila! rasa mcm, ishhh bila lagi lunch time nie, lepas kelas sanggup saje pass by cafe tu.. Yela kot2 terserempak. *gediks.

Siapa sangka, He is my man. He is my everything. and I can't live without him dah sekarang.

Dear ML, sangat2 thank you kerana hadir dalam hidup saya. me love you thiiiiiiiiiiiiiiis much!

Insyaallah, kali nie harap lah kami kekal yea.. Aminnn


Loves,
Pu3

Sunday, April 29, 2012

Taj Mahal dalam kenangan!

Helloo. baru lah ada kesempatan nak sambung blog pasal trip India nie.
Okey.. next destination is Agra! where is Taj Mahal located. From Kashmir to Delhi kena naik flight, malangnya hari tu flight delay sejam. So sampai Delhi dah malam. From Delhi nak pegi Agra pulak dlm 4 jam lebih perjalanan. Sepanjang perjalanan tue semua lapar, singgah McD beli dinner take away jap..
Aku as a tour leader nie turun dgn tour guide and sorang client ni, berlari pegi McD tapau untuk 24 orang.
McD India takda beef. and ada meal utk vegetarian. so bayangkan vege burger. huhu. mostly kitorang makan fillet o fish jea.
Tengah malam baru sampai hotel kat Agra. Lupa pulak namanya.. sesampai je buffet dinner kitorang dh disediakan. Bayangkan eh, tgh malam diorg still fresh utk siapkan meal utk kitorang and makanan dia sangat sedap and still panas. bagus kan? even ngantuk, tp disebabkan makanan sedap, kitorang makan mcm zombie. hahaha..

and let me show you my room..
Bilik dia bagi executive suite, and sangat besar and aku stay sorang. I can't sleep well that night sbb takut. haha! pasang semua lampu and ON kan tv. layan kan aje lagu hindustan time tuu.

The very next day, cover Taj Mahal

Betul orang cakap, bila kita sampai sana and dengar cerita cinta dia nie, rasa sebak pulak. Sangat cantik Taj Mahal nie, no wonder lah. serious sangat cantik. I repeat, SGT CANTIK!