Monday, June 27, 2016

NEW MISSION!

Yay! ada lagi sebulan nak berhenti kerja!

Tapi tak, less than one month actually. sebab, last day should be 30th July pastu tolak annual leave maybe tentatively  22nd July dah last day. Tentatively lah. Sebabnya HR tak panggil lagi, aku pun tak sure zaman bila diorang akan panggil, maybe few weeks sebelum last day lah kot.

Takmo cerita dah pasal company! Now I have another mission.

Emm, actually aku quit ni sebab dah fed up nak kerja, plus company ni pun mcm &%$#^* je. Baik aku blah sebelum lagi banyak aku carutkan kat sini kan?

Aku confident je hantar surat resign hari tu, tanpa ada back up plan yang lebih meyakinkan. The actual back up plan was balik Alam Damai, tinggal sana and buat lunch food delivery sekitar KL & Klang Valley. It was a great idea dah at first, aku pun dapat stay kat rumah teman mummy and mummy boleh tolong.

BUT, the idea ruined setelah beberapa minggu planning. Sebabnya mummy tiba tiba takmau tolong. Knowing mom, aku tak sepatutnya berharap kat dia pun actually. Sigh! Lepas tu mummy suruh handle homestay dia pulak and semua expenses AD & semua homestay aku kena tanggung, Kiranya aku yang jobless ni kena tanggung expenses SEMUA ORANG kat rumah.

Mati lahh!

Terus aku fed up lagi sekali. Aku merajuk dah, tak bg kata putus terus. Diam je.

Time tu, down lah apa lagi, mana aku nak cari income ni weh? Pikir nak jual kek je, tapi berapa sen jela sangat income?

So, suatu hari yang bertuah, aku scroll internet. Saje google “kedai untuk disewa” google “peluang perniagaan” google google, terjumpa lah lifesaver!

Advertising ni mcm nie:
--------------
Tapak Kedai untuk Disewa. Shah Alam Area
Salam Sejahtera kepada usahawan Majalah.

Nama Kedai : Restoran DeDon
(Food Court Concept/ Konsep Medan Selera)

Lokasi: Jalan Juruwang A U1/A, Laman Glenmarrie (TTDI Jaya Shah Alam) Shah Alam, Selangor.
Kedai corner lot dan mempunyai ruang untuk membuka meja di kaki lima jalan, berdekatan kawasan kepesatan penduduk disekeliling banggunan, bersebelahan hotel RedWood Inn Hotel Shah Alam, berdekatan tempat pengajian Politeknik, KDU Colleague dan Montfort Boys, berdekatan kawasan pejabat dan kedai-kedai di seberang jalan, berhadapan dengan Kompleks Sms PDRM. (Penduduk, pekerja dan pelajar ramai dan boleh menjadi tempat strategik untuk mereka mencari makanan yang perlbagai kerana berkonsepkan foodcourt).

Moto Restoran: Join The Family
(JOIN: Dikhususkan kepada pelanggan dengan mengalu-alukan kedatangan mereka ke Restoran De'Don.
FAMILY: Merujuk kepada semua vendor, peniaga, pekerja, dan pihak pengurusan yang bernaung di bawah payung Restoran De'Don)

Tarikh pembukaan :
August 2016

-----------------

Hahaha! Aku terus call encik Aiman nie. Dia offer buat konsep foodcourt so nak sewakan slot, Bak terfikir satay tokmi. Aiman cakap untuk satay sewa RMXXX per month.
Aaaahhh! Grab je terus.  Murah sangat dah tu!

Malam tu jugak aku jumpa Tokmi discuss pasal satay and lepas beberapa hari jumpa Aiman deal direct and terus bayar booking.

planning menu whatsoever, costing semua, siap!

Done! 

Aku dah Nampak masa depan, haha! Alhamdulillah..

Nanti next post aku warwar kan pasal kedai okey?


Rezeki! Rezeki! Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment