6 –
10 February 2016 Kota Bharu Kelantan
6 February 2016 (sabtu)
Esok nak g KB, disebabkan ada Izara omey yang berumur 6
bulan ni, kitorang decide nak stay kat hotel area KLIA jela. Senang esok nak
gerak g airport. Flight pun pagi. So petang tu ayah ibu hantar kitorang g
Concorde Inn KLIA. Dah sampai kat area situ, perut terasa lapar. Rein bodek
bodek ayah ajak makan seafood. Haha! End up jumpa restaurant seafood kat area
situ jugak. Nama dia Downtown KLIA Seafood Restaurant. Taste wise, aumm sedap!
Thumbs up! Price wise entah lah tatau nak cakap mahal ke murah, sini menu
diorang apa yang kitorang order:
1. Nasi
Putih 7
2. Ikan
Masak Steam
3. Sup
lala dgn ginger
4. Kailan
Ikan Masin
5. Ginger
Beef
6. Spicy
thai chicken
7. Air
untuk 5 orang
Harga untuk total semuanya around RM200++ . mahal ke
murah? Mcm murah ke kan?
Lepas makan, kitorang balik hotel dan tido! Oh pasal
hotel concorde inn KLIA pulak, hotel dia okey simple. Yelaa, nak gah sangat pun
buat apa, transit hotel je pun, and hotel kat airport mana boleh tinggi tinggi.
Sekali tengok mcm kuarters pun ada. Haha!
Tapi facilities, amenities semua bagus. Smart! Dia offer
shuttle every 1 hr from hotel to KLIA and KLIA2. Cumanya kitorang tak sempat
nak rasa breakfast. Kenapa? Haa kejap lg cerita.
7 February 2016 (ahad)
Semua orang kunci jam seawall 5am sebab nak catch flight
Rayani ke KBR pagi ni. Bila jam bunyi, semua tengok phone pastu ada sms.
“flight retime to 1pm” Emm terkejut kejap sebab ni first time nak merasa Rayani
tapi retime pulak, tapi no biggie! Masing2 tarik selimut tido balik. Kuikui!
Terlama la pulak tido, semua kelam kabut bersiap nak g
airport. Pasal tu lah tak sempat nak rasa breakfast kat situu. Mandi siap
semua, amek shuttle terus ke KLIA2.
Breakfast kat airport, pastu naik flight.
Rein bawak baby, so lepas calling utk business class
diorang priority untuk mom with babies pulak. Okey lah Rayani, mmg Islamic
habis, siap bagi salam semua (terasa mcm naik flight g Umrah pule haha) pastu
seats dia luas mcm Malindo, seats dia colourful, oh! Dia ada 20kg luggage
inclusive ok! Pastu dia bagi refreshment which is better than Malindo. Dia
offer juice, muffins dgn kacang. In flight service bagus. Cuma masa take off
dgn landing to agak rough. Maybe sebab kat KBR angin super kuat kot.
Sampai je KBR, kitorang amek luggage pastu jumpa apot
kat arrival hall. Apot pick up bawa g rumah diorang kat Pengkalan Chepa. Lepak
kejap lepas tu keluar acah acah minum petang tepi pantai.
Kitorang singgah Pandai Berirama kat Bachok. Perh! Angin
sangat lah kuat. Ombak pun super tinggi. Ai is orang kay ell, haha batak jakun
sangat tengok ombak tinggi. Terus otak ligat pikir bukan bukan, pokok mana aku
nak capai nanti kalau ombak ni sampai kat aku, mana nak beli pelampung, belum
mintak maaf kat sume orang lagi J
(okey dramaaa)
Mulut tak berhenti cakap “tingiiinyaaaaa Ombakkkk”
Hahahahaha! Okey walaupun mcm ketakukan ombak mengganas,
kitorang tetap lepak makan tepi pantai jugak. Ada stall stall tepi tu offer
makanan sedap senghoti. Kitorang makan kepok lekor, ABJ (air batu jagung) ,
nyiur susu (kelapa susu), aiskrim kelapa, sausage tak sedap, air kosong J haha. FYI! Aku pertama
kali rasa kelapa susu! *memalukan je*
Lepas tu, kitorang dinner kat Juara Ikan Bakar kat
Kubang Kerian. Sedaaaaap! J
makan seafood lagi aku, masuk hari ni dah 2 hari berturut turut nampaknya J. Lepas dinner, nak g wakaf
che yeh, tapi ramai sangat umat kat situ, jem teruk sangat. Tak sanggup lah nak
bersesak, kitorang decide g downtown RTC je. Eventho downtown, tapi menarik! Sempat
lah borong shawl 5 helai. Haha! Satu Cuma RM10 – RM15 je. Kain pula mcm Benang
Hijau tau! Sana jual RM 30, aku beli RM15. Jimat separuh.
(actually orang cakap shawl semua ni org KB beli kat
Kenanga Mall/Jalan TAR je, pastu jual kat KB. Aku yang org KL ni pegi beli kat
KB. Tapi entah ler betul ke tak. Nak harapkan aku shopping kat Jalan TAR?
Emmmmm MEMANG MUSTAHIL LAH!)
8 February 2016 (isnin)
Tujuan datang KB sebab nak attend kenduri Syara! Haha!
So hari ni, pagi pagi lagi dah siap. Apot dengan Bak belikan breakfast nasi
kerabu kat kedai depan, pastu makan je kat rumah sambil tunggu each other
bersiap. Dah set dengan Kak Lini nak berkumpul kat Masjid Kampung Sireh. Lama
juga menunggu, sebab rombongan stuck dengan jem & hujan. Lepas semua dah
berkumpul, gerak ke kenduri Syara. Wallaaah! Sampai pun kat kenduri cousin
tercinta Puan Tengku Syarafina ini. Wehoo! Lauk Alhamdulillah, sedap (walaupun
makanan Kelantan manis). Makan bagai nak rak, senak perut sebab kenyang sangat.
Lepas makan, kitorang takleh nak stay lama, sebab kesian
kat Izara nak menyusu semua kang. So kitorang minta diri, balik awal. Lepas tu,
terus ke Kampung Raja, Besut Terengganu tengok rumah.
Huaaaa! Rindu sangat rumah ni. Sini lah kecik kecik dulu
kitorang main bunga api, kitorang main dengan anak kucing Syara. Time ni Syara
pendiam sangat, kena takes time nak bercakap dengan dia. Tapi dah nama pun
kitorang je cousin 4 paling bongsu (termasuk kuzin), malu malu pun end up jadi
geng! Main pasir bawah rumah, carik ulat bawah rumah, emmm. Rindu! Rindu time
malam ketakutan tengok jambatan sambungan Istana Kampung Raja dengan rumah.
Haha! Kenangan paling takleh lupa bila rumah bergegar! Kenangan benda mistik
banyak betul! Haha! In a way, rindu semua tu. Sobs!
Lepas dah lama menung tengok rumah, dah nak masuk lewat
petang dah pun, takut terdelay nak ke maghrib, dengan bawa baby lagi, so
kitorang bertolak balik sebelum malam.
Plan asal nak makan Ikan Bakar Abang Zul kat Besut, tapi
tutup! Dengggg!
Tapi end up kitorang makan Megi ketam terbaik dari laut!
Sedappppnyaaaa! Nama tempat tu, D’syaz Maggi Ketam. (google lokasi sendiri).
Harga semangkuk dalam RM 22. Ketam nipah. Sedap! Dia bagi seko ketam tu campak
dalam maggi, kau makan lah puas puas. Dia bagi sekali dengan tukul. Haha!
Selamat bertukang!
Sedar tak sedar dah pukul 1am lepak makan maggi. Kesian
Izara. So, semua pakat balik rumah.
9 February 2016 (Selasa)
Hari ni, mcm biasa semua set jam nak balik KL dah. Takut
terlajak tidur lagi pulak. Set punya set, sekali dapat sms flight balik retime
pukul 4.40pm. Cheh! *Tarik selimut tidur balik*
Pagi tu, about pukul 9 pulak, Rein ketuk pintu. The
conversation went like this:
Rein: awak awak! Baca sms tak?
Aku: Baca lahh, kan sy dah whatapps awak. Flight kita
retime kul 4. Tidur la balik.
Rein: Ini bukan retime dah ni! Check phone awak skrg!
Aku: apa pulakkkk, *carik phone* Baca
RN163 FROM KBR-KUL ON 9 FEB HAS BEEN CANCELLED DUE TO
TECHNICAL ISSUE
Dahelll!!
Terus aku keluar bilik, termenung sama sama dengan Rein.
Pastu aku masuk bilik kejutkan Bak, bagitau dia flight
cancel. Dia dalam mamai slumber je jawab “nak buat camne, EL lah esok”
Ehhh? Suka hati.
So kitorang decide untuk kejutkan Bak, bersiap pergi
airport takyah bawak luggage lagi, pegi kaunter Rayani pastu Tanya apa nak
buat. Disebabkan Izara taknak bangun, kitorang tinggalkan dia dengan Apot dulu.
Kitorang terus ke airport.
Sampai je sana rupanya dah ramai berkumpul kat kaunter
Rayani. Tanya mcm mana, dia kata boleh refund. Okey, bagi PNR. Tunggu jela
process refund. Sambil tu, carik alternative flight balik. Tapi the only
available is Firefly which is cecah RM400++ seorang. Takmaoooo!
Tak lama lepas tu, staff Rayani offer. Siapa nak balik
naik Firefly sila drop ur PNR number. Kitorang agreed on amek flight FY ke KUL
pukul 5pm. Fine. At least dapat balik. Staff Rayani cakap, nanti pape update
diorang akan call.
Aku & Rein suruh Bak balik, pick up Izara dengan
Apot. Pastu bersiap sebab flight kul 5. Boleh buat last min shopping dengan
sepantas kilat. Itupun dah tengahari. Kitorang stay kat airport makan KFC.
Sambil makan sambil tunggu update dr RN. Sambil tunggu
suami suami datang balik bawak Izara.
Sejam lepas tu diorang sampai, aku suruh semua makan
dulu kat KFC aku turun jap Tanya update kat RN. Again, staff dia cakap tunggu
je call. Okey fine.
Kitorang pun decide untuk tunggu je call pastu keluar
airport pegi shopping.
Nak masuk pukul 3 camtu kot, still takde call. Aikkk!
Flight kul5 nie.
Pegi balik airport Tanya update.
Rupanya diorang cakap, HQ tak approvekan lagi cost untuk
beli ticket FY. Bukan sikit, tapi banyak sangat amount nye. Okey la faham. So
next is?
Dia cakap, dia akan cuba untuk bawa balik semua
penumpang hari ni jugak. Dia tengah dapatkan MH aircraft tapi tunggu respon MH
dulu. And yela faham. Dia bukan HQ untuk dptkan segala confirmation.
The best is. Walau mcm mana payah pun, staff ni handle
bapakkk ah cool gila. Sangat professional.
Kitorang decide nak amek contact number dia, kalau
tunggu dia call entah zaman bila.
Amek contact number Encik Fadli Team Leader Rayani Air.
Done!
Kitorang cakap, tak kisah lah whatever pun tapi janji
kena bawa balik juga, and dia cakap YES and without any additional cost. Okey
good! Alhamdulillah. That’s good enough for us. Sebab the next day takde any
urgency (kecuali kena g kerja)
Kitorang pun balik . Malam tu g wakaf che yeh. Ahaha!
Shoppinggg timeee! Kat sini tak banyak nk beli dah sebab shawl dah banyak
borong, price mcm lebih kurang je pun untuk shawl. Yang lain lain tak pasti.
Tapi banyak choice kalau nak menyoping nye actually.
Lepas tu, kitorang balik rumah. Tak lama lepas tu,
contact En Fadli tanya status. Rupanya ada flight malam tu around 2am. Cheh!
Tapi memandangkan mcm kalut je nak packing and sampai KL takde siapa nak pick
up lepas tu dgn bawak Izara yang umur 6 bulan ni, better not. En Fadli offer
flight the next day.
Next flight kul 11am KBR/KUL same flight by Rayani.
Bagusnya En Fadli tolong book kan this flight. Few minutes lepas tu dpt email
eticket untuk flight esok.
Daripada orang berkecoh kecohan kat airport, En Fadli
arrangekan dalam WA je sambil kitorang golek golek atas katil. Miahaha.
Kitorang Tarik selimut, tidur balik. Zzzzz!
10 February 2016 (Rabu)
Skip breakfast sebab bangun lambat dengan sengaja J.
Tetibaa dapat sms Rayani retime lagiii, dpt pukul 11am
ke 1pm pulak. Okey finneee. Aku kiasu teramat sangat g whatapps En Fadli lagi
sekali. “flight retime, jangan cancel pulok deh?” dia pastu reply “takdop,
retime jah tuu” Okey fine.
Kitorang lepak kejap, mandi, pastu bertolak untuk lunch.
Lepas lunch g airport. Check in apa bagai. Time check in tetiba org kat kaunter
tu cakap.
“eh ini BC (business class) ni!”
“ehh BC (business class) ke? Tatau pulak, kitorang la
yang pttnya balik semalam tu” sambil wink wink kat Rein dgn Bak. Miahaha!
“okey takpe deh, nanti ini seat number, nanti ddk kat
area BC”
Yaay! Beli economy, Rayani kasi free Business Class.
Alhamdulillah rezeki. Nasib baik tak berebut balik kul 2am semalam.. Phew!
Lepak sambil tunggu time boarding apa bagai, naik atas
aircraft. Meh nak cerita pengalaman naik BC pulak:
Mcm biasa, BC priority boarding. Naik dulu takyah sesak
beratur. Seat, mmg lah, bigger! From 3 seat ekonomi jadi 2 seats untuk BC. So
yah, dapat imagine how big is that lah. Once seated, dia kasi cold towel untuk
lap muka dengan tengkuk yang kepanasan kat luar tadi tu. Lepas tu dia offer
juice.
Lepas juice, take off. Dekat seat dia kasi bantal. Emm
tidur pun sedap ni.
Time dah kat atas dia offer refreshment meal pula which
is Tuna sandwich, Chicken sandwich, Kacang dgn Chocolate Cake. Memangg lahhh
kenyang nak mampus!
Lepas tu dia offer coffee, tea atau milo pulak. Memang
aku order milo lah.
Lagi lah kenyang perut aku. Alhamdulillah. I love it!
Lepas makan dia kasi hot towel pulak! Ehhh banyaknya towel hehehe.
Stewardess pun tersangat lah baik. Cantik pula tu. Eh?
Tak lama lepas tu dah nak land. Hokaloh!
Tak sempat nak tidur pun. Hahaha! Asyik bagi makanan je,
tak sempat nak tidur. Kahkah!
And we finally land dengan jayanya. Sampai KLIA2 ayah
ibu pick up kitorang. Drama kejap, ibu nangis tengok Izara. Rindu gamaknya 5 hari
tak jumpa. Kehkeh! Comelnya Ibu ni tauu.
Lepas tu from Taman Melati gerak balik ke Alam Damai.
Maka berakhirlah percutian singkat kami ke Kota Bharu.