Aku bukan jenis malas nak update blog,
tapi malas nak bukak blog and taip dalam tu. Plus, ari tu blog blog semua ni
kena block kat PC opis. Kehkeh. So aku taip semua dalam word. Sedar tak sedar,
sejak December tahun lepas aku peram. So yeah. Have a look. Selamat membaca
segala jenis throwback.
I DECEMBER 2014.
Last week dapat info yang aku dah boleh
tunang, skrg ni nak get ready with the prep and so on.
Weee!
5 DECEMBER 2014
Maaf lah yew PC office jadi diary aku.
Hehe! Tak salah kot, bukannya buat jahat mana. Anyways, semalam dah dpt caterer
dah. Tapi tgh PK PK lagi kalau ada better offer. Plus, nak decide sgt pun tak
buleh sbb confirm pax x sure lagi. 60 should be ok la kot. Kalau agak agak
terlebih, beli je kepci (hotak kau! Hahaha!).
Apa lagi eh? Oh! Tunggu weekend yg sesuai
nak jejalan tengok dulang2, deco hantaran and kalau boleh beli je hantaran
siap2. Pheww! Mcm la bosa bona majlis nye. Haha! Kalau boleh nak jugak la
mintak tlg makcik2 baik hati sponsor apa yg ptt, tp gile? Takde maknanye! Tak
berani nak request mcm tu kat org.
17 December 2014
Huish! Nampaknya cerita tunang ni dah
sampai ke kampung. Abah laaa! Pegi bagitau atok depan aunties. Semua pun dah la
paparazi tak bertauliah. So now, habis lah. Bukan je adik beradik dah dapat
info, semalam jumpa makngah effy pun dia dah tawu. Bahahahaha! But then, satu
kampung dah tau, mummy je yang buat dak. Hmph.
Ari tu jugak, bafis, kakwani dah jumpa
bakal ai. Haha! So far, takde masalah J
Now, proceed ke abah pulak. At the same time, pegi survey cincin jugak. Wee!
26 December 2014
Semalam jenjalan tengok cincin (weeeeee!!)
boleh la kalau budget dlm 1K tu untuk cincin should be okey J
. hari nie lemau je masok office dengan cuaca yang mendung sejuk ala ala kat
Brighton mcm nie.
2 Jan 2015
Yay! Happy new year!
5 Jan 2015
Malam tu aku ajak si dia pegi jumpa abah
& mummy. Surprisingly mummy ok je. Takde masalah pun nampak, abah pun ok.
Malam tu abah soal banyak jugak la. Shahadah, alfatihah, selawat. Haha!
Benda simple, tapi bila dah gugup benda
senang pun jd susah. Pastu we all semua dinner ramai2.
Malam bila dia dah balik, we all sit down
and bincang pasal event tunang and wedding. Yay!
6 Jan 2015
Hari nie jumpa mama and papa dia pulak.
Hehe! Jumpa kat Ikea je. At first ok la, makan mcm biasa. Lepas tu start serious.
Mama dah start talking. Huhuhu! Mama tanya, serious ke nak anak dia ni? Anak
dia biasa je. Ok bla bla bla. Hmm hmm, aku angguk angguk jela. Hihi. Nak cakap
apa lagi, pastu mama dia cakap pasal keseriouskan perkahwinan, benda bukan main
main semua. Then discuss pasal tunang, hantaran and stuff. Yay!
Nak start calling the aunties, tp dia
cakap tunggu papa reconfirm dulu.
Oh ya! Wondering why mummy tetiba berubah
: most probably sebab abah dah back to the family.
12 Jan 2015
Yay! Semalam dah beli cincin, tak mahal
pun, both cincin RM1k je. Beli kat Tomei. Okey la. I survey kat Habib dah takde
size, kat Poh Kong punya design aku tak berkenan, because i look for something
simple je. Takmo la cincin bagak sangat, mcm datin datin je. Huh!
Alhamdullillah, bab cincin dah settle, bab dulang hantaran pun dah settle.
Balik nie nak discuss about catering and mini pelamin J
Things should be okey punya la. Insyallah. Tak sabarnya nak tunang! Hahaha!
Orang cakap tunang darah manis, em lets see.
13 Jan 2015
Abah tambah lagi satu menu untung tunang –
Lontong. Total cost catering jadi RM1300. Nasib dia yang bayar, kalau tak mmg
tak mauu nye aku.
15 Jan 2015
Semalam jumpa Jamsari kat The cURVE. Fuhh
pelamin dia cantek jugak. So aku minta full quotation sekali dengan food.
Wehooo! Dia jugak ajar, kalau nak amek pakej, jgn amek yang pakej lengkap.
Sebab kalau lengkap tu murah, sure ada smtg wrong somewhere. Tah sape OP dia
pakai, entah sape MUA dia pakai. Kan aku dah fix nak amek kak pip jadi MUA
kawin. OP je tengah survey lagi, MOM should be okey J
So untuk menyenangkan segalanya, aku malas nak pk banyak, aku takmo amek
pelamin for tunang, Back to basic! Sebab aku pemalu nak duduk berteleku macam
patung sorang sorang tu. Biarlah senyap2 duduk dalam bilik je. Bhahaha!
Cake hantaran dah order dari kak Aisyah I
Heart Desserts, F&B dari Eika, MUA dari kak ainul, Hantaran deco by IG.
Haha!
26
jan 2015
Im basically over excited for the wedding!
Despite that we can’t block 7/11 date, but well i think that should be okey J
Semalam pergi expo Jom Kawin kat Wangwa Walk. Alhamdulillah, i manage to grab
few good deals. Book photograher, book kad kawin, book photobooth.
Photobooth??
Haha! I know i should focus on something
much more important. Baju kawin, caterer and pelamin pun tak settle lagi
hahahha. Tapi deal nie bapakkk murahnya! Ari tu time wedding Kak Nina, aku dah
enquire dia kasi rate RM2600. Gila mahal terus mcm ahhhh takpayahh! Then
semalam, aku dapat harga RM 1600! Cheaper RM 1000! Yayyyy jimattt! Terus la
book tanpa fikir dgn lebih lanjut. Miahahaha. Plus i know my cousins will love
it kan? Boleh simpan buat kenangan J
at least im doing something to make everyone happy dah. Yay!! (im a happy bride
too)
4 Feb 2015
Tinggal lagi berapa hari je nak jadi
Tunang orang dah puteri oi. Wehooo! Alhamdulillah, preparation tunang boleh
dikatakan 80% settle. Cake hantaran dah order, pelamin pun ada you olss!
Managed to booked yang cantik and simple with best price. Plan asal memang
takmo pelamin, tapi bila no of pax abah dah makin bertambah, mcm terpaksa jugak
la add on pelamin. Kang tetamu tanya banyak pulak. Fine laa, tambah la. Nak ber
drama photoshoot kan? #24moredays
Date kawin pun nampak gayanya dah confirm.
Both families dah lock the date. Aku pun dah bgtau abah. Nikah 31 Oct,
bertandang 14 Nov. Since dok berebut dgn Wan sangat kan. Haiiiishh!
Takpe, Aku nikah dulu. Miahahahahaha.
Dalam pada Mama takmo buat majlis
bertandang tu, tiba2 nak pulak buat majlis belah lelaki. Haha! Tiba tiba kan?
^_^ miahahah. Takpe la, good for me too. Aku kan suka! Yayyyy takde la kot kang
atok tanya “bilo ehh nak poei Penang pulak?” haa sudahh. Bab bertandang,
settle!
6 Feb 2015
Semalam singgah rumah makcik dia, nak pick
up dulang untuk belah lelaki. Hee sambil tu borak la sekali pasal preparation
tunang apa bagai, pukul berapa lelaki nak sampai semua tu. J
Huwiee. Tak sangka nya! Diorang dh tempah cake hantaran, dengar cerita cake
siap fondant, alamak! Aku bagi pavlova je pun. Habis lah. Maafkan la ye? Semua
pun budget constrain. Miahahaha. Lagi pun takpe la, asyik makan cake je bosan
la dop? Pavlova la pulek.
16 Feb 2015
12moredaystogo for engagement. Wehoo! Now
now now aku dah close deal dgn Eika Catering, tapi cheque belum menyempat nak
bagi lagi. Tapi cheque dh siap sign la. Tang pelamin pulak, nanti aku follow
up. Tang hantaran pick up minggu depan. Yang aku runsing, tang cakes untuk
guest nie. Aku harap sempat la bake 2 RV khamis tu. Jumaat tinggal nak
settlekan hantaran & arch. Pastu kalau sempat nak buat meni pedi sekali.
Nasib baik Kaknis offer diri nak sleep sini Jumaat tu. Kakwa pun sampai hari
yang sama.
Emm! Hari apa nak beli buah buahan?
18 Feb 2015
Exactly 10 days to go! Now mummy dh start
masuk campur, nak tambah kambing lah, nak tukar warna khemah lah. Aiyo! Aku
pulak, time nie laa nak demam. Flu sakit mata batuk semua satu pakej lengkap.
Pre engagement fever katakauu! Semalam pun tidur dh mimpi baju tak jumpa la,
shawl hilang la. Hahahaha! Padahal semua elok je bersemadi dalam lemari tu. J
Paranoid tak aku?!
Bila kira kira balik, list desserts buffet
aku mcm meriah. Ada RV, Vanilla Cake,Tiramisu, BBP, Bubur Kacang DLL. I think
should be okey J
Insyallah..
2 March 2015
Im officially engaged! Yay! Alhamdulilah
things went out PERFECT! Execpt some slight glinch sbb Papa nervous tersebut
Encik Nasharuddin instead of Raja. But actually, personally abah OK, mummy pun
sepatutnya OK. Tapi makcik2 yang over. Makcik2 bising2. So bila makcik bising,
mami yang ok pun jd tak ok. Sbb mami cakap tadi “makngah bisik2 dah kat mummy”
tapi makngah pulak mcm “mummy mesti bising tu kang” omg! Tapi well, Bak kata
kak adrin, there will be some dramas but buat bodoh je! Listen and shut up.
Jangan melawan. But so far semua (yang lain lain) tu semua ok. Flowers are
perfect, bridal bouquet perfect, pelamin perfect, food best and desserts banyak
pilihan. Everyone Loves it! Cousin tak jadi bermalam, End up Rein jugak la
tanah tumpah darah ku, Tapi rein buat buffet table jela, takmo kasi banyak,kesian
org pregnant oi. Nasib baik jugak Makyang datang malam tu buatkan semua
hantaran. Nasib baik aku sempat tempah flower stands and nasib baik jugakkk aku
sempat book Nails On Wheels untuk kuku kuku ku, semuanya smooth! Alhamdulillah.
Banyak sgt nasib nasib baik.
Sukanyaaa dah jadi tunangan orang nie J
asyik nak pegang cincin je iolls hahahaha! #imhappier #7monthsleft
#kenapatakdupdapfasterpun
6 March 2015
Again, aku rasa mcm demam lagi. Ari tu
sebelum tunang dah demam dah. Haiyoo kenapa manjang nak sakit ni syg? Oh about
wedding! Abah dah bagi kata putus nak invite 500pax je. Mummy pulak cakap pakai
je bekas doorgift masa bafis kawin ritu. Tinggal dia nak kena buang nama bafis
& kakwani je. Okey la, so far semua should be okey. Pastu pasal baju pun
settle discuss, pasal budget pun settle, hahaha! Lega.
9 March 2015
Dugaan tunang. Rasanya lah, orang tunang
ni mcm mcm dugaan (kot) first sekali aku sendiri, sejak hari pertama tunang aku
keep on not feeling well, start with takde appetite makan, lps tu angin sampai
muntah muntah berlarutan, lepas tu sekarang batuk selesema. I know well myself
bila batuk and sakit. Mestiii batuk berpanjangan.
Lepas tu hari nie, mama masuk ward. She
start with sakit dada and aku ingat dia ada cakap, angin and pedih. Waktu tu
dah terdetik smtg not right. Tapi diam kan jela. Rupanya hari nie mama warded.
Rupanya itu heart attack. Macam abah jugak ritu. Hmmph. See how, kalau tak ok
by this end of the week, Jumaat ni aku balik la tengok jap. Tunang ai pun nak
gerak besok jugak nie. L
13 March 2015
Petang ni aku pun gerak balik Penang
sekali dgn tunang. Jumpa mama.
17 March 2015
Lamanya tak update! Hari tu balik PEN
jumpa mama sbb sakit kan. Pastu alang alang tu singgah bridal tengok baju. Hurm
Hurm, so so lah. Takde la aku fall in love. Boleh la. Hopefully next month
datang, ada laaa design baru. Warna pink salmon. Erk! Merah menyerla’ tapi ok
la kot. Entah. I’m bad at choosing baju eventho for myself J
Redha. Nama pun orang yg sponsor kan?
Sudah la tu pasal baju – aku dah 2 malam
tido mimpi baju kawin . serabut ok.
Semalam aku jumpa Kak Ina, eheheh terus
terang jeee psl bakal tunang. So far, dia okey je. Tapi yang lain lain x pasti
la. Hopefully semua should be okey la kan? Insyaallah.
Lawak bila bgtau bakal tunang tu staff dia
jugak. Ternganga dia. Speechless tak sudah. Cara aku simple je, “akak nak tau
siapa tunang sy kan?” aku tunjuk gambar. Terdiam dia jap. Kehkeh. Tapi overall
dia ok, as long as professional. Belum sampai kat atas lagi nie. Hurm.
...But again, perihal baju lagi banyak
merunsingkan drp hal kerja..
19 March 2015
Dah kenapa minggu ni rasa bosan sgt oi!
Kerja pun tak berapa nak banyak. Maka
aku bosan & mengantok lah. Ohh tadi ada Pan Pac punya product briefing J
I get the hotel voucher, 1N stay kat PanPac Singapore. Yehoo! Boleh la guna
pakai utk honeymoon karang. Insyaallah, kalau jadi Ahad ni jumpa tailor.
Bincang pasal baju kawin sket. Harap harap dpt la baju yang kena dgn taste.
Huh.
*nak songket, tapi mcm mahal je*
23 MARCH 2015
Yay! Weekend yang berjaya. Half a day
settle baju. Actually plan nya nak tempah baju nikah pakai kain lace putih beli
kat bandung tu, tapi aku bawak jela segala jenis aneka mak nenek lace simpanan
aku nie. Ada white, gold and silver
blue. So, aku bawak semua. End up terjadi lah baju gold reception sekali yg aku
tempah J
sekali dgn baju pengantin lelaki. Alhamdulillah J
total semua baju: RM 1,670 sahaja. Tinggal nak beli Cuma kasut dgn baju melayu
pengantin lelaki utk nikah. Thats all for Alam Damai’s side. Yang lain TBA J
Happy me! Jimat duit tang sewa baju yang cost nya mencecah lagi ribuan ringgit!
Yeah! Thanks to myself too yang suka shopping tak bersebab nie. End up berguna
jugak kan lace simpanan tu? Hahaha!
24 April 2015
Phew Sebulan tak hapdate sebab demam.
Okey, today is the day. Kitorang nak berhadapan dgn pihak atasan untuk terus
terang pasal status ni juga untuk menentukan which and what should we do next.
Insyallah, things will be okey and smooth. Eventho apa yang kau harapkan tu
Cuma 30%. Yes, 30% goodnews and 70% bad news we will be getting. But, well
stand by jela dgn back up plan nanti. Dhesu pun nak pindah Bangsar jugak kan?